UMNO tempat rakyat berpaut |
- UMNO tempat rakyat berpaut
- Perkukuh akar umbi
- MTP usaha pastikan parti relevan
- Syor hilang deposit calon tiada sokongan
- Media Prima lancar Tabung Bencana Banjir
- Bah di Kelantan, Terengganu makin teruk
Posted: 05 Dec 2013 02:42 PM PST
Artikel BerkenaanKuala Lumpur: Pemimpin dan ahli UMNO perlu memahami isyarat jelas daripada Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak yang mahu tumpuan dan perhatian penuh diberikan kepada agenda transformasi UMNO. UMNO perlu melaksanakan dasar Program Transformasi Minda (MTP) dalam usaha meletakkan parti sentiasa relevan dan sejajar dengan perubahan minda generasi baru. Kuala Lumpur: UMNO Wilayah Persekutuan menyarankan agar semua calon pemilihan peringkat bahagian, dikenakan deposit dan hilang pertaruhan itu serta tidak layak dilantik bagi sebarang jawatan, jika gagal mendapat sekurang-kurangnya 20 peratus undi. Kuala Lumpur: Syarikat media bersepadu, Media Prima Berhad, semalam melancarkan Tabung Bencana Banjir New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) - Media Prima bagi membantu mangsa banjir yang sedang melanda negara sekarang. Kota Bharu: Banjir di Kelantan semakin buruk apabila 2,078 mangsa membabitkan 542 keluarga dipindahkan ke 28 pusat pemindahan sementara di lima jajahan di sini. Marang: Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terdiri daripada tujuh unit dengan kekuatan 2,463 anggota dan pegawai, kini dinaikkan taraf kepada briged dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa semalam. Kuala Lumpur: Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dilaksanakan menerusi sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan peperiksaan pusat, bermula tahun depan. Kutipan cukai duti eksais rokok pada November ialah sebanyak RM233 juta berbanding RM274 juta pada Oktober. Kuala Lumpur: Lebih 10,000 orang dijangka menghadiri program Blogrrr: Blogger Most Wanted yang akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) pada 14 Disember ini. Mersing: Seorang pemandu jentolak nyaris digigit ular sawa seberat kira-kira 80 kilogram ketika membersihkan kawasan parit selepas banjir surut di Kampung Gajah Mati, dekat sini, semalam. Kuala Lumpur: "Orang yang tidak pernah meluangkan masanya untuk membaca tidak lebih baik daripada orang yang tidak mampu membaca" itulah petikan penulis tersohor Mark Twain. Georgetown: Sebanyak 207 masjid di negeri ini diisytiharkan sebagai Masjid Bebas Asap Rokok (MASBAR) bagi memartabatkan kesucian rumah ibadat itu. |
Posted: 05 Dec 2013 02:37 PM PST Najib minta fokus agenda transformasi Kuala Lumpur: Pemimpin dan ahli UMNO perlu memahami isyarat jelas daripada Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak yang mahu tumpuan dan perhatian penuh diberikan kepada agenda transformasi UMNO. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ucapan dasar Najib menyuntik semangat ahli bagi memulakan gerak kerja awal untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang dijangka lebih mencabar berbanding PRU-13, yang sudah pun disifatkan sesetengah pihak sebagai 'ibu' segala pilihan raya. "Kita perlu berdamping dengan anak muda menerusi media sosial, membawa golongan agama ke dalam UMNO. Selain itu, kita harus melahirkan tokoh baru dan berdamping dengan orang muda untuk meyakinkan mereka bahawa UMNO adalah landasan perjuangan terbaik untuk menjamin masa depan negara," katanya. Tanggungjawab besar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata perwakilan ke perhimpunan agung parti menggalas tanggungjawab besar sebagai ejen terpenting membawa suara rakyat ke peringkat tertinggi. Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani, pula berkata Najib mahu pemimpin bahagian dan cawangan memantapkan pentadbiran akar umbi dan perkara itu akan dilaksanakan melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bermula tahun depan. "Sudah tiba masanya pemimpin di peringkat berkenaan mempunyai KPI, bukan hanya kerajaan. Ini antara yang perlu dilakukan dalam melaksanakan transformasi parti kita," katanya. Ahli MT, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perwakilan perlu faham betapa pentingnya UMNO membuktikan kepada rakyat bahawa parti itulah sebenarnya memperjuangkan Islam di negara ini. "Generasi muda dan tua mahukan agama. Jika mereka bertemu parti lain di jalan yang salah, ini amat mengecewakan. Sebab itu, Presiden mahu pemimpin UMNO mendekati masjid dan surau kerana kitalah sebenarnya yang memperjuangkan Islam," katanya. Manfaat media sosial Bagi Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berkesan untuk menarik lebih ramai rakyat menyertai parti itu. "Jangan bazirkan apa yang kita ada ketika ini. Manfaatkan kepesatan teknologi sebaiknya dalam usaha memperkasakan UMNO sesuai dengan amanat Presiden," katanya. Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata Najib memberikan penjelasan yang difahami rakyat serta ahli UMNO berhubung tohmahan pembangkang dan bertindak atas apa yang dinamakan paksi kebenaran. "Kita tidak mahu rakyat ditipu, kita hendak tahu kebenaran sama ada kebenaran itu berlawanan dengan dakyah atau kebenaran yang belum diketahui rakyat," katanya. Seorang lagi ahli MT, Datuk Hassan Malek, berkata Presiden memberi peringatan kepada ahli bahawa hanya UMNO satu-satunya harapan rakyat masa kini. "Ahli kena berfikir dan mencari jalan bagaimana hendak merealisasikan harapan Presiden ke arah memperkasakan parti," katanya. |
MTP usaha pastikan parti relevan Posted: 05 Dec 2013 02:32 PM PST UMNO perlu melaksanakan dasar Program Transformasi Minda (MTP) dalam usaha meletakkan parti sentiasa relevan dan sejajar dengan perubahan minda generasi baru. Pelaksanaan program itu selaras dengan beberapa dasar yang sudah dilaksanakan kerajaan seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Politik (PTP). 13.4 juta pengundi aktif Ini kerana, katanya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, ada 13.4 juta pengundi yang sebahagian besar adalah pengundi baru yang aktif dengan media sosial dan terbukti mempengaruhi landskap politik negara. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang, berkata pada PRU-14 akan datang, dijangka berlaku pertambahan pengundi baru yang diunjurkan seramai enam juta orang. Sehubungan itu, katanya sebelum terlambat, UMNO perlu memberi penekanan sewajarnya supaya pemikiran pengundi baru itu memihak kerajaan Barisan Nasional (BN). "Pemikiran baru dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO hendaklah menjadi satu agenda penting dalam memperkasakan parti. "Pemimpin dan ahli UMNO hendaklah berubah daripada pemikiran kolot ke arah pemikiran baru lebih dinamik dan mempunyai visi dan misi yang jelas," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden. |
Syor hilang deposit calon tiada sokongan Posted: 05 Dec 2013 02:10 PM PST Cadangan untuk elak terlalu ramai individu tak layak tawar diri bertanding Kuala Lumpur: UMNO Wilayah Persekutuan menyarankan agar semua calon pemilihan peringkat bahagian, dikenakan deposit dan hilang pertaruhan itu serta tidak layak dilantik bagi sebarang jawatan, jika gagal mendapat sekurang-kurangnya 20 peratus undi.
"Sekurang-kurangnya, calon yang mahu bertanding 'mengukur baju di badan sendiri'. Cara ini juga mengelak berlakunya pertandingan tiga hingga empat penjuru. Perpecahan sukar ditangani "Apabila berlaku pertandingan banyak penjuru, pergeseran dan perpecahan sukar ditangani kerana mengambil masa yang lama," katanya ketika membahaskan usul terima kasih ucapan dasar Presiden. Shafie juga mencadangkan agar kenaikan cukai pintu bagi rumah kediaman dan rumah kampung serta tarif elektrik yang diumumkan baru-baru ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Tenaga Nasional Berhad dimansuhkan kerana membebankan rakyat. "Pembinaan rumah PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia) juga perlu dipercepatkan di Wilayah Persekutuan pada harga tidak lebih RM200,000. "Kadar itu, bunyinya kecil tetapi apabila hendak dijual pada orang muda yang baru berkahwin, agak membebankan dan akhirnya rumah terbabit akan terjual pada orang yang kita tidak harapkan," katanya. |
Media Prima lancar Tabung Bencana Banjir Posted: 05 Dec 2013 02:01 PM PST Kuala Lumpur: Syarikat media bersepadu, Media Prima Berhad, semalam melancarkan Tabung Bencana Banjir New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) - Media Prima bagi membantu mangsa banjir yang sedang melanda negara sekarang. Tabung khusus untuk membantu mangsa banjir terutama Pahang, Johor, Terengganu dan Kelantan itu, dilancarkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, ketika melawat Ruang Pameran NSTP sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di PWTC.
"Kita harap pelancaran tabung ini akan menjadi landasan kepada semua rakyat negara ini menyalurkan bantuan dalam bentuk wang tunai kepada saudara mara dan mereka yang terjejas," katanya ketika ditemui di majlis itu. Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman. Bantu mangsa Hadir sama, Pengarah Berita dan Operasi Editorial Prima Berhad, Datuk Shaharudin Latif Abd Latif; Pengarang Urusan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Datuk Zainul Arifin Mohamed Isa. Kiriman cek atas nama Tabung Bencana NSTP-Prima Berhad boleh dihantar kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Aras 1, Anjong Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau mana-mana pejabat Media Prima dan NSTP di seluruh negara. |
Bah di Kelantan, Terengganu makin teruk Posted: 05 Dec 2013 02:00 PM PST Kota Bharu: Banjir di Kelantan semakin buruk apabila 2,078 mangsa membabitkan 542 keluarga dipindahkan ke 28 pusat pemindahan sementara di lima jajahan di sini. Mangsa paling ramai dipindahkan di Kuala Krai iaitu seramai 762 orang, diikuti Machang (230); Tanah Merah (186); Pasir Puteh (219) dan Pasir Mas seramai 681 orang. Di Melaka, seramai 25 mangsa membabitkan lima keluarga yang dipindahkan dari penempatan mereka di Kampung Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, Jasin dekat sini, ke Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu malam kelmarin, masih ditempatkan di pusat pemindahan itu. Di Kuantan, cuaca panas di kebanyakan daerah di Pahang semalam, menyaksikan bilangan mangsa banjir berkurangan kepada 28,836 orang apabila dibenarkan pulang ke rumah semalam berbanding 38,323 orang di sebelah pagi. Keadaan di Johor makin pulih Di Johor Bahru, keadaan banjir di Johor semakin pulih semalam apabila hanya 2,027 orang daripada 496 keluarga masih ditempatkan di 27 pusat pemindahan sementara. Cuaca panas sejak pagi semalam menyebabkan keadaan banjir di negeri ini menurun dengan mendadak. Sehingga petang semalam, pusat pemindahan di Batu Pahat masih menempatkan 503 mangsa, diikuti Segamat (476), Pontian (403), Kluang (233), Kota Tinggi (218) dan Mersing (194). |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |