Suara hilang ditelan api |
- Suara hilang ditelan api
- Jatuh di Pulau Perak
- Benih ikan RM1 juta
- Segera cari jalan
- Finalis bawa harapan keluarga
Posted: 23 Dec 2013 09:59 AM PST Sungai Petani: "Sedih sangat apabila teringat lelaki itu menjerit meminta tolong dari dalam kereta yang terbakar sebelum suaranya hilang. Pasti dia menderita sebelum nyawanya habis. "Saya amat terkilan kerana tidak mampu berbuat apa-apa bagi menyelamatkannya walaupun sudah membawa bersama alat pemadam api kerana ketika itu api yang membakar kereta sudah terlalu besar," kata remaja lelaki, A Arvin, 18, saksi kemalangan yang menyebabkan Mohd Shamshuri Osman, 34, rentung dalam keretanya di Sungai Lalang di sini, kelmarin. Menurutnya, dia berada di depan sebuah kedai berhampiran tempat kejadian bersama beberapa rakan apabila terdengar dentuman kuat dan melihat api membakar kereta Proton Saga BLM. "Saya berlari sambil membawa alat pemadam api dengan harapan dapat memadam api bagi menyelamatkan mangsa, tetapi api terlalu marak. Saya hanya mendengar jeritan meminta tolong beberapa kali sebelum suaranya hilang ditelan api. ANGGOTA bomba memadam kebakaran dalam nahas membabitkan kereta dan treler.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/24 |
Posted: 23 Dec 2013 09:53 AM PST Alor Setar: Masalah teknikal dipercayai menjadi punca helikopter Nuri kendalian Skuadron 3 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat pendaratan cemas di Pulau Perak dekat Pulau Langkawi, dekat sini, kelmarin. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.25 pagi menyebabkan empat daripada enam kru dan penumpang yang menaiki helikopter Sikorsky terbabit mengalami kecederaan termasuk seorang dikatakan patah tangan. Difahamkan, helikopter yang dikendalikan Skuadron 3 TUDM berpangkalan di Butterworth, Pulau Pinang dalam perjalanan menghantar logistik kepada anggota tentera yang bertugas di pulau berkenaan. Sumber berkata, juruterbang berpangkat kapten yang mengendalikan helikopter itu dipercayai terpaksa membuat pendaratan cemas selepas berlaku keadaan angin kuat menyebabkan pesawat terbabit hilang kawalan lalu terhempas di kawasan berbatu di pulau berkenaan. HELIKOPTER Nuri yang terhempas dipercayai mengalami masalah teknikal.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/24 |
Posted: 23 Dec 2013 09:49 AM PST Kuala Lumpur: "Bantulah saya. Saya ada sebidang tanah bersama rumah, dua rumah teres dan sebuah kereta untuk dicagar. Dengan adanya modal cagaran nanti, boleh saya mulakan kembali perniagaan serta bina kehidupan semula sementara menunggu wang semula," kata Mohd Shukri Mohsin Fadzli, 32, mangsa penipuan pelaburan ikan arowana berjumlah hampir RM1 juta. Anak kepada seorang bekas wakil rakyat itu kini ke hulu ke hilir membawa bersama dokumen berkenaan bagi mencari mereka yang berpotensi memberikan sejumlah besar wang untuk dia membayar hutang selain meneruskan perniagaan lain yang tergendala sejak 2010. Dia kini hidup dalam keadaan tertekan selepas menghabiskan semua wang yang ada termasuk simpanan ibu bapanya. Menurutnya, episod hitam itu bermula apabila dia tertarik dengan satu skim pelaburan ikan arowana di Hulu Langat, tiga tahun lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/24 |
Posted: 23 Dec 2013 09:14 AM PST Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa supaya pembangunan sukan olahraga dan renang segera diperhebat oleh persatuan terbabit dan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi mengembalikan nama Malaysia sebagai kuasa sukan itu rantau ini. Menyedari kemerosotan prestasi olahraga dan renang sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk pada Sukan SEA Myanmar yang berakhir kelmarin, beliau meminta MSN menjalankan bedah siasat dan mengemukakan program khas yang boleh dilaksanakan untuk membangunkan semula sukan berkenaan. "Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang apa yang sudah berlaku. Sebagai menteri sukan, saya nak pandang ke hadapan dan memberi tumpuan kepada apa yang kita boleh buat untuk mengubah trend kemerosotan dalam sukan-sukan ini dan kembalikan Malaysia sekurang-kurangnya sebagai kuasa serantau," katanya menerusi laman sosial Facebooknya. Beliau berkata antara langkah yang akan dijalankan MSN adalah memperbanyak program pembangunan di peringat daerah dan negeri untuk mencari bakat baru selain memperkasa barisan jurulatih melalui Akademi Kejurulatihan Kebangsaan dan menambah kepakaran luar negara untuk acara-acara tertentu. MSN perlu siasat kemerosoton sukan renang dan olahraga.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/24 |
Posted: 23 Dec 2013 05:46 AM PST Tanggungjawab yang digalasnya sangat berat kerana bukan saja atas minat mendalam namun disebabkan membawa harapan tinggi ibu bapanya agar dapat melakar kejayaan dalam bidang penyiaran dan penulisan. Malah niat penghijrahannya ke Kuala Lumpur suatu ketika dulu awalnya sukar dilepaskan sang bonda kerana bimbangkan keselamatan diri. Bagaimanapun akhirnya malam kelmarin, Liza Khairudin atau nama sebenarnya Khairu Norliza Khairudin 27, membuktikan pengorbanannya selama ini berbaloi apabila muncul juara pertama bagi program realiti TV, Projek Metro 2013 (PM2013). Pernah bekerja sebagai pembantu penerbitan belakang tabir di sebuah stesen penyiaran serta syarikat produksi, Liza menerusi ujian 'live' di pentas final Projek Metro 2013, berjaya menunjukkan gaya profesional sebagai seorang penyampai TV apabila diberikan tugas mewawancara Putra Aziz Cosry bagi segmen Wanita Hari Ini (WHI). LIZA diapit Iera (kiri) & Fiza.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/24 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |