5 penyamun terperangkap |
- 5 penyamun terperangkap
- Kejujuran tukang kasut
- Tutup suara sumbang
- Lela mudah gapai emas
- Jackie pukau aksi bahaya
Posted: 19 Dec 2013 10:16 AM PST Kuala Lumpur: Sekumpulan lima perompak diketuai seorang wanita 'terperangkap' hampir tiga minit apabila cubaan mereka merompak sebuah kedai pinjaman wang berlesen di Batu 4, Jalan Ipoh, di sini, dikesan pekerja premis itu, semalam. Kumpulan perompak berusia 27 tahun hingga 40 tahun itu terperangkap di kawasan tangga premis, selepas pekerja kedai pinjaman wang itu mengunci pagar dan pintu pejabat di tingkat dua bangunan kedai berkenaan. Berang dengan keadaan itu, seorang daripada lima suspek melepaskan enam das tembakan sebelum berjaya meloloskan diri dalam kejadian jam 2.45 petang itu. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, bimbang keselamatan mereka terancam selepas tembakan dilepaskan, empat pekerja premis itu membuka pagar menyebabkan penjenayah berjaya melarikan diri. ANGGOTA unit forensik polis membuat siasatan selepas cubaan rompakan bersenjata terhadap kedai pinjaman wang berlesen di Batu 4, Jalan Ipoh, semalam.
|
Posted: 19 Dec 2013 10:02 AM PST Kuantan: Kerjayanya sebagai tukang kasut mungkin dipandang rendah sesetengah pihak, namun kejujuran dan sifat amanah dimilikinya, nyata satu keistimewaan Shahrizal Shahrani yang sukar ditandingi insan lain. Ini kerana lelaki itu bukan saja menyimpan kira-kira 600 pasang kasut pelanggannya yang tidak dituntut sejak empat tahun lalu, malah sanggup menyewa stor dengan bayaran RM200 sebulan bagi menyimpan semua kasut berkenaan. "Saya tidak akan menjual semua kasut ini kerana mungkin suatu hari nanti pemiliknya datang menuntut," kata Shahrizal, 52, yang melakukan pekerjaan hariannya di sebuah premis di Jalan Mahkota, di sini. Menurutnya, bagi memudahkan dia mengenal pasti kasut pelbagai jenama itu mengikut tempoh masa dihantar kepadanya, ia disimpan di atas rak dan di dalam guni. SHAHRIZAL menunjukkan keadaan stor yang menyimpan kasut tak dituntut pelanggan.
|
Posted: 19 Dec 2013 10:01 AM PST Shah Alam: Dia beberapa kali bertukar sekolah kerana tidak tahan diejek robot berikutan memakai penyokong besi pada satu kakinya, namun semua kenangan pahit itu lenyap dengan keputusan cemerlangnya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 yang diumumkan, semalam. Nur Aliyah Fatihah Hassan, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya, Bukit Jelutong, di sini, tersenyum puas dan bangga bersama ibunya, Balkish Mohd Osman, 45, selepas mendapat A dalam semua lapan mata pelajaran diambilnya. Dia disahkan menghidap penyakit tulang belakang sejak lahir yang memberi implikasi kepada sistem buah pinggangnya menyebabkan dia tidak dapat mengawal pembuangan air kecil. Nur Aliyah berkata, dia terpaksa menggunakan tiub untuk menyalurkan air kencingnya ke dalam beg plastik sepanjang masa. NUR Aliyah menerima ciuman daripada ibunya ketika berkongsi kegembiraan memperoleh keputusan cemerlang, semalam.
|
Posted: 19 Dec 2013 09:25 AM PST Nay Pyi Taw: Seperti dijangka, ratu terjun negara Pandelela Rinong langsung tidak berdepan sebarang masalah mempertahankan pingat emas 10 meter platform individu wanita semalam, emas ketiga berturut-turut dimenangi sejak kali pertama di Laos 2009. Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik London tahun lalu itu dilihat hanya melakukan terjunan seperti sesi latihan tetapi masih mampu mengumpul 346.60 mata untuk mengesahkan pingat emas menjadi miliknya. "Saya lebih pentingkan mata yang dipungut pada setiap terjunan sebagai persiapan untuk menghadapi saingan lebih besar pada tahun depan," katanya. Meskipun Sukan SEA bukan lagi dilihat taraf atlet kelahiran Sarawak itu, Pandelela tetap menganggap temasya dwitahunan itu penting baginya. PANDELELA beraksi dalam acara 10m platforn wanita.
|
Posted: 19 Dec 2013 05:36 AM PST Selepas filem New Police Story sembilan tahun lalu, bintang aksi popular antarabangsa Jackie Chan kembali lagi dalam siri terbaru Police Story yang kali pertama ditayangkan pada 1985. Siri keenam filem terbabit berjudul Police Story 2013 adalah arahan Ding Shen dan menampilkan Jackie sebagai pegawai polis di China bersama Liu Ye serta Jing Tian. Bakal menemui penonton di Malaysia pada 24 Disember ini, siri terbaru itu menelan kos sebanyak RM9.8 juta dan buat kali pertama lokasi penggambaran dilakukan di Beijing, China. Sebagai 'orang lama' dalam industri perfileman, pelakon berusia 59 tahun itu menganggap lakonan babak aksi dalam filem Police Story 2013 tidak sukar.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |