Gaji baru Sarjana, PhD |
- Gaji baru Sarjana, PhD
- Akta PKS akan diwujud
- Sah Rafli ditembak pengikut Tuhan Harun
- KDN sedia dedah siapa Syiah
- SOP banjir dipertingkat
- Pelbagai bantuan ringan beban mangsa
Posted: 09 Dec 2013 02:10 PM PST Kuala Lumpur: Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Posted: 09 Dec 2013 02:07 PM PST Putrajaya: Akta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan diwujudkan bagi menonjolkan amalan terbaik perusahaan itu dan memberi panduan lebih jelas mengenai hala tuju pembangunan serta masa depan PKS. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Akta PKS ini merangkumi enam bidang utama iaitu Panduan Umum, Rangka kerja Institusi, Akses ke Pasaran, Insentif Khusus, Pembiayaan untuk PKS dan Ketanggungjawaban pihak yang terbabit mengikut akta itu. Ambil masa dua tahun Najib berkata, penubuhan akta itu akan mengambil masa kira-kira dua tahun selepas melalui proses konsultasi dengan pelbagai pihak berkepentingan dan beliau percaya ia satu perkembangan (inisiatif) yang dinantikan semua pihak. Perdana Menteri berkata, mesyuarat itu turut menyentuh perkembangan PKS yang kini menyumbang 32 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan dijangka meningkat sehingga 42 peratus pada 2020. Kadar pertumbuhan PKS setiap tahun lebih tinggi daripada KDNK negara keseluruhannya... umpamanya kalau negara KDNK berkembang lima peratus, PKS berkembang enam peratus, katanya. Dalam usaha meningkatkan produktiviti dan mempercepatkan pertumbuhan perusahaan mikro di Malaysia, lima program utama akan dilaksanakan menjelang 2014 iaitu StartMEup, GrowME, MarketME, FastTrackME dan MeMoneymatter yang akan diuruskan oleh SME Corp Malaysia. Panduan diguna pakai Bagi memastikan sasaran dicapai, beberapa aplikasi dan panduan diguna pakai seperti start up kit - penyediaan model perniagaan, productivity toolkits - cara meningkatkan jualan dan online markets - pemasaran dan penjualan secara dalam talian. Dalam pada itu, program e-pembayaran (pembelian menggunakan kad kredit) juga diperkenalkan untuk urus niaga jualan perusahaan PKS menerusi penggunaan peralatan dongle yang akan dimasukkan dalam ke telefon pintar, katanya. Peralatan dongle ini membolehkan pembelian dibuat secara kad kredit dengan hanya menggunakan telefon pintar, setakat ini sebanyak 26,000 perusahaan mikro telah dibekalkan dengan peralatan dongle ini. Jumlah penjualan dongle setakat ini ialah 1.2 juta unit dan berada pada peringkat permulaan, saya yakin teknologi ini (urusan e-pembayaran) akan berkembang dan meningkatkan lagi urus niaga perusahaan PKS kerana pelanggan hanya perlu menggunakan telefon pintar dan kad kredit untuk sebarang pembelian, katanya. Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan sebuah ciptaan inovasi iaitu kios bertenaga solar, GreeNomad, yang dihasilkan oleh syarikat Bumiputera, Thinking Green Sdn Bhd. Najib berkata, kios itu menyediakan sistem penuaian air hujan serta internet hotspot yang boleh digunakan usahawan kecil (mikro) di seluruh negara. BERNAMA |
Sah Rafli ditembak pengikut Tuhan Harun Posted: 09 Dec 2013 02:06 PM PST Shah Alam: Polis semalam mengesahkan seorang daripada 15 pengikut ajaran Tuhan Harun yang ditahan mereka adalah individu yang menembak mati Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek, bulan lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata individu itu dapat dikenal pasti selepas siasatan terhadap semua suspek yang ditahan. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Polis Bantuan Malaysia Ke-25, di sini, semalam. Abdul Khalid berkata, pistol jenis Smith & Wesson yang ditemui dalam kereta seorang daripada suspek yang ditahan di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur adalah pistol sama yang digunakan untuk menembak Ahmad Rafli. Hasil ujian balistik Ujian balistik yang dijalankan makmal senjata api Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pistol itu digunakan bagi menembak mati mangsa, katanya. Polis kini memburu lapan lagi suspek kes berkenaan. Sementara itu, Khalid mengesahkan wanita warga Taiwan, An Wei Chan, 58, yang diculik sekumpulan lelaki di sebuah chalet di Pulau Pom-Pom, Semporna, Sabah, 15 November lalu berada dalam keadaan selamat. Katanya, mangsa yang diculik jam 1 pagi selepas rakannya, Lin Min Hsu, 57, ditembak mati masih ditahan kumpulan penculik terbabit. Tahan 2 warga asing Polis sudah menahan dua lelaki warga asing dalam Operasi Cantas Khas Bersepadu di sebuah rumah di Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian bunuh dan culik itu. Mengulas mengenai kes bunuh membabitkan tiga beradik di Kedah, Khalid berkata, polis masih meneliti bukti yang diperoleh di lokasi kejadian bagi mendapatkan petunjuk. Sehingga sekarang tiada saksi yang hadir untuk memberi keterangan bagi membantu polis menyelesaikan kes itu dan tiada individu baru yang ditahan, katanya. Pada 2 Disember lalu, mayat Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui di kawasan sawah terbiar di pinggir Sungai Tajar, Alor Senibong, manakala dua adiknya, Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui terapung di tali air Padang Petani pada keesokan hari. |
Posted: 09 Dec 2013 02:05 PM PST Putrajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendakwa mempunyai bukti untuk menunjukkan pemimpin nombor dua PAS adalah pengikut fahaman Syiah dan sedia mendedahkannya kepada umum. Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi akan mengadakan sidang media khas dalam tempoh terdekat bagi mengemukakan bukti bersama penjelasan terperinci mengenainya. Jawatan nombor dua PAS pada masa ini disandang Mohamad Sabu. Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS menafikan dakwaan itu dan menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan. Ditanya mengenai penafian Timbalan Presiden PAS itu, Zahid berkata, semua perkara berkaitan dakwaannya akan dijelaskan dalam sidang media oleh Rahim dan pegawainya nanti, termasuk sama ada terdapat pemimpin politik lain yang mengikut fahaman itu. Kenapa dia takut? Nanti kalau pegawai saya tunjukkan bukti, dia nak cakap apa? Salah satu elemen orang Syiah adalah taqiyyah iaitu berpura-pura, katanya. Ditanya sama ada kenyataan beliau merujuk kepada Mohamad, Zahid berkata: Saya tidak pernah menyebut Mat (Mohamad) Sabu. Saya hanya menyebut (orang) nombor dua (PAS). Usaha pembanterasan fahaman ini sedang dilakukan selain mengekang ajaran sesat lain seperti Tuhan Harun. Penguatkuasaan akan dijalankan JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Negeri, katanya. |
Posted: 09 Dec 2013 02:04 PM PST Temerloh: Prosedur Operasi Standard (SOP) menghadapi banjir di negara ini perlu dipertingkatkan bagi menjaga privasi mangsa wanita di pusat pemindahan. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata kementerian dan agensi berkaitan perlu merangka pelan penambahbaikan untuk mengasingkan blok di pusat pemindahan mengikut jantina. Sebab itu kita mesti perbaiki SOP menghadapi banjir supaya seiring dengan keperluan semasa, katanya selepas melawat pusat pemindahan menempatkan 370 mangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar dan Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Kapor, di sini semalam. Guna tabir Selain mengagihkan 500 kelengkapan harian seperti kain batik, pelikat dan tilam kepada mangsa, beliau yang turut disertai Timbalan Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Mohd Sharkar Samsudin dan Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar, turut memantau tugas Skuad Sayang pergerakan itu dalam penyediaan makanan untuk mangsa. 3,000 sukarelawan Saya dapati pusat pemindahan di sekolah sediakan bilik mengikut jantina, satu untuk wanita dan satu lelaki, jadi tidak timbul isu privasi. Namun pusat pemindahan di dewan besar berbeza kerana menempatkan ratusan mangsa dan pengasingan mengikut bilik tidak praktikal. Jadi, penggunaan tabir sebagai pemisah wajar dipertimbangkan, katanya. Menyentuh peranan Skuad Sayang, beliau berkata, kira-kira 3,000 sukarelawan yang digerakkan Wanita UMNO akan membantu mangsa banjir membersihkan rumah selepas mereka dibenarkan pulang. |
Pelbagai bantuan ringan beban mangsa Posted: 09 Dec 2013 02:03 PM PST Kuantan: Kerabat diraja, selebriti, pemimpin politik, semua mengetepikan status dan populariti demi membantu rakyat yang ditimpa musibah, terjejas hidup mereka akibat bencana yang langsung tidak diduga. Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar antara insan paling sibuk ketika ini, tidak menang tangan membantu mangsa banjir sejak bencana itu melanda beberapa hari lalu. Baginda juga amat prihatin dengan nasib mangsa, tidak segan menegur mereka yang gagal jaga kebersihan di pusat pemindahan. Ringan beban mangsa Nasihat itu diberikan Tunku Azizah selepas meluangkan masa memasak makanan untuk mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Belukar, di sini. Malah baginda turut mengumumkan, sedia memasak makanan untuk mana-mana mangsa banjir di negeri ini dalam usaha meringankan beban mereka. Bagi kira-kira 400 mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau pula, kesedihan mereka sedikit terubat apabila menerima kunjungan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang turun padang menyerahkan bantuan. Siti, Datuk K hulur bantuan Bantuan ini akan disalurkan ke negeri lain yang terjejas. Pahang destinasi pertama kerana mangsanya paling ramai. Bantuan akan disalurkan secara berperingkat dengan keutamaan ke kawasan terjejas teruk seperti daerah ini, Temerloh dan negeri lain pula selepas ini secara berperingkat, katanya. Ringan beban mangsa banjir Di Johor, pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO turut tidak terkecuali, bersama-sama menyinsing lengan, berpeluh mengedarkan bantuan kepada mangsa banjir dan kemudian membersihkan kediaman serta persekitaran penempatan yang dilanda bencana berkenaan. Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi bersama Timbalannya, Mohd Zaidi Japar serta pemimpin lain di bahagian itu turut melancarkan Program Kunjungan Ukhwah dan Prihatin UMNO Batu Pahat untuk menyampaikan sumbangan kewangan dan barangan keperluan kepada mangsa. Ketika ditemui, Zaidi bersyukur kerana banjir di daerah itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa walaupun lebih 100 mangsa terpaksa dipindahkan dari kawasan terjejas di Linau, Parit Lapis, Sungai Suluh, Koris, Seri Merlong dan Parit Wak Kawit. Setakat malam tadi, hanya 449 mangsa daripada 114 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan dengan Segamat kekal satu-satunya daerah masih banjir dengan tujuh pusat pemindahan dibuka, manakala pusat pemindahan di Pontian, Batu Pahat dan Kluang sudah ditutup sepenuhnya sejak pagi semalam. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |