Cheaper calls with TelBru

Cheaper calls with TelBru


Cheaper calls with TelBru

Posted: 20 Dec 2013 05:21 PM PST

BANDAR SERI BEGAWAN: Local customers can now make longer phone calls for less, thanks to Telekom Brunei Berhad's (TelBru) initiative in providing more for the people of Brunei as it strives to continue to improve its overall services in guaranteeing satisfaction, Borneo Bulletin reported.

During a press conference yesterday, TelBru's Chief Marketing Officer Lim Ming Soon announced that the company is set to introduce new rates for its voice services slated to come into effect from January 1 next year, easing the pockets of its over 66,000 landline subscribers nationwide.

From January 1 onwards, TelBru customers who make district as well as inter-district local landline or fixed line calls will be charged a flat rate of just $0.03 per minute. In the past, the charges were 20 cents per minute during peak hours (6am to 7pm) and 10 cents per minute during off-peak hours (7pm to 6am).

Furthermore, with TelBru's migration from the traditional analogue switching to digital as well as an upgrade to its transmission network to cater to higher traffic, these new rates will ensure "customers will also be able to maximise better connection and quality of voice services", when they make landline calls.

Meanwhile, mobile calls to DST and B.Mobile lines remain unchanged at existing standard rates of $0.10 during off-peak hours and $0.20 during peak hours, including calls made with IDD and 098.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

400 batang balak haram dirampas

Posted: 20 Dec 2013 05:21 PM PST

by Reno Benjamin. Posted on December 21, 2013, Saturday

SIBU: Polis Marin Sibu berjaya menahan sebuah kapal kargo yang membawa sebanyak 400 batang balak haram bernilai RM150,00 dalam Ops Cantas Khas Perairan/Krismas, pagi kelmarin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak, ACP Mohd Saleh Mad Jani berkata tangkapan dibuat lebih kurang jam 10.30 pagi kelmarin di kawasan Tanjung Ensurai, Batang Rejang oleh sepasukan anggota polis marin yang diketuai oleh Koperal Rodzi Derani.

"Bertindak atas maklumat awam, kita menahan dan memeriksa sebuah kapal kargo di kawasan Tanjung Ensurai, Batang Rejang.

"Kapal ini membawa muatan sebuah kren dan batang-batang kayu balak yang dianggarkan sebanyak 400 batang," katanya di sini semalam. Hadir sama Inspektor Mohd Hidayat Nordin.

Menurut Mohd Saleh, pemeriksaan lanjut mendapati batang-batang balak itu tidak diisytiharkan seperti di dalam 'Removal Pass' yang dikemukakan serta tidak mempunyai cop JH dari Jabatan Perhutanan Sarawak (JPS).

"Kayu balak ini disyaki diperolehi secara haram tanpa mendapat kebenaran yang sah daripada JPS," katanya sambil menambah, ia merupakan satu kesalahan di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 1958.

Pemeriksaan juga mendapati juragan kapal adalah warga tempatan berusia 35 tahun dan empat orang anak kapal, kesemuanya warga asing.

"Kesemua anak kapal telah ditahan dan kapal bersama muatan turut dirampas serta dibawa ke dermaga Sibu untuk tindakan selanjutnya," jelasnya sambil menambah nilai rampasan lebih kurang RM1.35 juta.

Mohd Saleh memberitahu, kes akan dirujuk kepada JPS Bahagian Sibu untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Lelaki cedera, patah kaki motosikal rempuh kereta

Posted: 20 Dec 2013 05:19 PM PST

KUCHING: Seorang lelaki, 20, dari Batu 17 terpaksa menanggung kesakitan akibat tulang kaki yang patah serta luka-luka di badan selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kereta, awal pagi semalam.

Namun, pemandu serta penumpang kereta Perodua Kancil dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan yang berlaku sekitar jam 5 pagi itu berlaku di Batu 14, Jalan Kuching-Serian.

Menurut bapa mangsa ketika ditemui di tempat kejadian, mangsa yang bekerja di sebuah hotel di kawasan bandar sedang menuju ke tempat kerjanya.

Mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Lelaki warga asing kurang siuman lari dari hospital

Posted: 20 Dec 2013 05:18 PM PST

SIBU: Seorang lelaki warga asing dipercayai kurang siuman bertindak melarikan diri daripada Hospital Sibu dengan menaiki sebuah motosikal curi, kelmarin.

Motosikal itu yang dicuri suspek dari tempat parkir hospital, hanya disedari oleh pemiliknya selepas mendapati motosikal itu hilang.

Satu laporan polis kemudian dibuat oleh pemilik motosikal terbabit dan hasil maklumat orang ramai, polis pergi ke Jalan Seng Ling.

Ketika di situ, pihak polis telah berjaya menahan suspek yang berusia lingkungan 20 tahun serta menemui semua motosikal yang dilarikannya.

Ketika ditahan, suspek memberitahu ingin mencari rakannya untuk meminjam wang bagi perbelanjaan untuk pulang ke negara asal.

Dalam kes berasingan, mayat seorang warga asing dijumpai dalam keadaan hampir reput di kolam sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Assan, di sini kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Milkius, 38, dipercayai mati sejak dua hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya.

Mayat mangsa dijumpai oleh pekerja ladang yang kemudian memaklumkan kejadian kepada pihak atasan.

Polis dari Balai Polis Lanang dimaklumkan mengenai kejadian kemudian membawa mayat mangsa ke Hospital Sibu kira-kira jam 4 petang untuk bedah siasat.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

55 peratus peniaga setuju naik taraf premis Main Bazaar ke Jln Gambier

Posted: 20 Dec 2013 05:17 PM PST

KUCHING: Sebanyak 55 peratus pemilik premis di sepanjang kawasan Main Bazaar hingga Jalan Gambier bersetuju untuk bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bagi menaik taraf premis dalam usaha memperindahkan bandar raya ini.

Kerja-kerja menaik taraf rumah kedai yang dianggarkan menelan kos sehingga lebih RM300,000 itu merangkumi pembinaan laluan bagi pejalan kaki, pemasangan lampu serta mengecat semula bangunan lama.

Menurut Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, ia sejajar dengan usaha DBKU bagi melengkapkan program Cantik, Bersih dan Selamat (CBS) yang dipromosikannya.

"Kami (DBKU) kini dalam usaha mengindahkan bandar raya Kuching selain mengutamakan keselamatan serta kebersihan bandar.

"Antara langkah produktif yang diambil ialah dengan memulakan kerja menaik taraf 91 rumah kedai secara keseluruhan sepanjang kawasan sekitar Main Bazaar hingga Jalan Gambier dan pada masa kini, sebanyak 55 peratus pemilik premis telah bersetuju untuk bekerjasama," ujarnya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Hari Inovasi 2013, di sini semalam.

Beliau berkata, DBKU akan mempertimbangkan cadangan untuk membiayai separuh kos menaik taraf kedai dalam usaha membantu pemilik untuk mengindahkan premis masing-masing.

"Sebagai contoh, sekiranya sesebuah kedai itu memerlukan RM10,000 sebagai kos membaik pulih, DBKU akan mempertimbangkan cadangan untuk membayar separuh daripada jumlah ini iaitu sebanyak RM5,000 kepada pemilik premis.

"Namun, ia masih di pada peringkat perbincangan di mana kami masih meneliti setiap kertas cadangan memandangkan ia juga memerlukan persetujuan kementerian," katanya.

Beliau turut mengulas mengenai pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan rumah kedai bertujuan untuk pemantauan dan keselamatan.

"Selain mengutamakan kecantikan kawasan sekitar bandar raya, DBKU juga memberi penekanan pada aspek keselamatan dan pantauan yang berterusan.

"Justeru, kami mengambil langkah untuk memasang CCTV di kawasan tertentu dan berharap ia dapat membantu untuk mengurangkan kadar jenayah yang berlaku di sekitar bandar," katanya.

Pada masa sama, Abang Abdul Wahap berkata berikutan kecemerlangannya, DBKU menerima Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2013 bagi kategori Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan baru-baru ini.

Malah, beliau meluahkan rasa bangga atas anugerah yang diterima sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik seluruh Malaysia dalam melaksanakan keselamatan dan kesihatan pekerja organisasi di bawah seliaannya.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Jambatan baharu Sadong Jaya siap Julai 2016: Aidel

Posted: 20 Dec 2013 05:17 PM PST

KUCHING: Pembinaan jambatan baharu Sadong Jaya yang menelan belanja RM211 juta dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2016, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo.

Beliau berkata, setakat ini perkembangan jambatan yang menghubungkan Kampung Sungai Buloh ke Kampung Seruyuk itu hampir 50 peratus.

Menurutnya, berdasarkan perkembangan semasa, beliau yakin jambatan itu bakal menjadi mercu tanda penduduk Sadong Jaya dan kawasan sekitarnya.

"Projek pembinaan jambatan ini merupakan sebahagian daripada jaringan jalan raya pesisir pantai.

"Ia akan memberi manfaat kepada penduduk yang hendak ke Simunjan, Sebuyau, Betong, Pusa, Beting Maro dan banyak lagi kawasan.

"Selain itu, kewujudan jambatan ini nanti juga akan menjimatkan masa perjalanan," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini pembinaan Jambatan Batang Sadong.

Malah, menurut Aidel, pembinaan bandar baharu Sadong Jaya juga sedang dirancang memandangkan kawasan itu bakal menjadi tumpuan orang ramai.

"Buat masa ini kita sedang membina gerai tani yang besar di Kampung Semera.

"Sekarang kita masih berbincang dengan pemilik tanah mengenai konsep pembinaan bandar baru Sadong Jaya," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pada masa ini keseluruhan Sadong Jaya sudah dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik, selain kemudahan Internet.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.