Pekerja ladang serang pasukan polis

Pekerja ladang serang pasukan polis


Pekerja ladang serang pasukan polis

Posted: 14 Dec 2013 10:48 AM PST

Betong: Sekumpulan pekerja warga asing menyerang sepasukan polis menggunakan parang dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit, kira-kira jam 4 petang tadi.

Menurut sumber, polis datang ke ladang itu untuk memberi bantuan selepas mendapat maklumat ada pekerja asing mengamuk, tetapi sebaik tiba mereka menyerang polis.

Bagaimanapun, dipercayai dalam kejadian itu, seorang polis dari balai berkenaan dipercayai tertembak mati seorang pekerja warga asing untuk mempertahankan diri.

Difahamkan, ketika ini pekerja asing terbabit dan beberapa rakannya merancang untuk menyerang Balai Polis Pusa bagi meminta penjelasan mengenai kejadian itu.

Foto


Difahamkan, sepasukan polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.


Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi berkata, maklumat lengkap masih belum diperoleh dan masih menunggu gambaran sebenar kejadian sebelum membuat sebarang kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/15

Mayat timbul selepas solat hajat

Posted: 14 Dec 2013 10:47 AM PST

Dungun: "Mak dan ayah sayangkan Hanif, maafkan mak dan ayah... mak akan doakan semoga Hanif berada di sisi hamba yang soleh," itulah kata-kata Tuminah Taib, 54, ke telinga Muhammad Hanif Jainuri, 18, selepas jenazah anaknya siap dikafan di Bilik Mayat Hospital Dungun, semalam.

Muhammad Hanif lemas ketika mandi bersama rakan sekuliah dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di pantai peranginan Teluk Bidara, dekat sini, kelmarin.

Tuminah berkata, dia dan suaminya Jainuri Taslim, 52, yang bekerja di sebuah kilang di kawasan Perindustrian di Batu Pahat, Johor, menerima berita sedih itu jam 2 petang, kelmarin.

"Mak cik sangat terkejut dan petang itu segera bertolak ke Dungun dan sebaik tiba jam 4.30 pagi tadi (semalam) mak cik segera ke pantai di tempat kejadian.

Foto

MAYAT Muhammad Hanif diusung pasukan penyelamat selepas dijumpai awal pagi semalam


"Di pantai itu mak cik solat hajat dan membaca surah Yasin. Selesai solat Subuh di pantai itu, mak cik sekali lagi memohon doa dan menjerit sekuat hati, 'Hanif, mak datang, mak nak bawa Hanif pulang, marilah nak'," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Dungun.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/15

Bayi lemah belakang rumah

Posted: 14 Dec 2013 10:27 AM PST

Serdang: Misteri tangisan tanpa henti lebih 40 minit di belakang rumah terungkai apabila seorang wanita menemui bayi perempuan dibalut dengan sarung bantal di Bandar Kinrara 4/6, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, bayi seberat 3.4 kilogram yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui dalam keadaan lemah sebelum wanita berkenaan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, sebaik menerima maklumat, Ketua Polis Balai Kinrara dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati bayi itu dibalut dengan sarung bantal dan masih ada kesan darah serta dalam keadaan lemah.

Menurutnya, bayi itu dikejarkan ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan kecemasan.

Foto

BAYI yang ditemui di belakang rumah di Bandar Kinrara, semalam.


"Berdasarkan keterangan wanita berkenaan, dia terdengar bunyi tangisan di belakang rumahnya sejak jam 11.30 malam hingga 12.10 tengah malam tanpa henti. Dia akhirnya menjenguk melalui tingkap dapur dan mendapati ada bayi ditinggalkan di belakang rumahnya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/15

Lloris gentar Suarez

Posted: 14 Dec 2013 09:53 AM PST

London: Hugo Lloris mengakui kehadiran Luis Suarez bakal menjadi halangan terbesar Tottenham Hotspur untuk meneruskan kebangkitan terbaru dengan mencipta kemenangan mengatasi Liverpool, hari ini.

Skuad Spurs kendalian Andre Villas-Boas kembali menyengat selepas dibelasah 6-0 di Manchester City dan akan berdepan Reds di White Hart Lane dengan hanya kemenangan akan membolehkan mereka mengumpul mata sama dengan pasukan kendalian Brendan Rodgers itu.

Sejak ditundukkan City dan kekalahan di tempat sendiri di tangan Newcastle, Spurs sudah memenangi empat perlawanan dan satu seri yang membolehkan mereka mengejar semula pasukan teratas dalam saingan memburu gelaran juara Liga Perdana selain sudah mengesahkan kelayakan ke peringkat kalah mati Liga Europa.

Satu lagi kejayaan akan memperbaiki keyakinan kelab utara London itu dan mengukuhkan cabaran musim ini tetapi penjaga gol Perancis, Lloris menyedari mereka perlu mengekang ancaman Suarez selepas penyerang itu kembali menemui sentuhan dalam saingan liga utama apabila meledak 15 jaringan setakat ini.

Foto


"Mereka memiliki pasukan yang sangat bagus dan kekuatan menyerang menerusi Suarez," kata Lloris.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/15

Contohi ibu bapa, nenek

Posted: 14 Dec 2013 05:31 AM PST

Pendatang baru yang makin mendapat perhatian, Amyra Rosli, 22, yakin Dazrin Kamaruddin adalah yang terbaik untuknya dan tidak teragak-agak menerima lamaran pelakon itu.

Pasangan muda sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos 2013 selepas enam bulan bercinta dan bakal melangsungkan perkahwinan pada Ogos 2014.

Sejak berita pertunangannya tersebar, ramai bertanya adakah dia pasti dengan keputusan itu kerana dalam usia semuda itu, banyak perkara perlu diteroka.

Apabila bergelar tunangan dan isteri orang, langkah pasti terbatas, apatah lagi karier seninya baru bermula. Mampukah dia mengimbangi tanggung�jawab sebagai isteri dan �pelakon selepas berkahwin?

Foto


Kata Amyra, dia tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Baginya, melepaskan Dazrin adalah satu kerugian kerana bukan mudah bertemu lelaki sebaik tunangnya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/15