Penampilan baru cetus pelbagai reaksi |
- Penampilan baru cetus pelbagai reaksi
- Ibu kota sesak dilanda banjir kilat
- Wan Maimunah selamat diijabkabul
- Terima dokumen beli PPR
- Pelajar PSMZA lemas, seorang lagi hilang
Penampilan baru cetus pelbagai reaksi Posted: 13 Dec 2013 02:47 PM PST Seremban: Perubahan penampilan dilakukan bekas model majalah Playboy, Felixia Yeap, 27, untuk berpakaian sopan termasuk berhijab tidak semudah disangka kerana menerima pelbagai reaksi negatif. Felixia atau nama sebenarnya Yeap Chin Yee, berkata ketika mula memaparkan gambarnya berbaju kurung, jubah dan berhijab di blog serta laman peminat Facebook, ramai pihak bersikap sinis, malah ada menganggapnya mempermainkan Islam. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Ibu kota sesak dilanda banjir kilat Posted: 13 Dec 2013 02:44 PM PST Kuala Lumpur: Hujan lebat hampir sejam sejak jam 3.45 petang semalam, menyebabkan beberapa laluan utama di ibu kota dilanda banjir kilat sehingga berlaku kesesakan teruk. Antara laluan terjejas termasuk Jalan Raja Chulan menuju ke arah Jalan P Ramlee, disebabkan jalan itu dinaiki air sedalam kira-kira 40 sentimeter (cm) dan hanya kenderaan berat seperti lori serta pacuan empat roda boleh melepasi laluan. Antaranya termasuk laluan di sekitar Plaza Puduraya, Jalan Imbi, Jalan Hang Tuah, Jalan Pudu dan bulatan Pudu, Jalan Masjid Jamek, Jalan Loke Yew, Jalan Ampang serta Jalan Tun Razak. Kerja-kerja naik taraf jalan di sekitar ibu negara termasuk di Jalan Pudu serta pembinaan Projek Mass Rapid Transit (MRT) di sekitar Jalan Semantan menambahkan lagi kesesakan lalu lintas. Keadaan itu juga mendorong pengguna menggunakan beberapa laluan alternatif dan lorong kecil termasuk di Jalan Bukit Kiara, Jalan Chow Kit, Jalan Brickfields serta Jalan Alor di Bukit Bintang. Sementara itu, jurucakap Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan (Smart) berkata biarpun hujan lebat dan banjir di beberapa laluan utama, terowong berkenaan masih dibuka di kedua-dua arah. |
Wan Maimunah selamat diijabkabul Posted: 13 Dec 2013 02:43 PM PST Johor Bahru: Dengan mas kahwin lafaz membimbing ke jalan diredhai Allah hingga ke akhir hayat, pelakon veteran, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Makpol Saimon. Majlis pernikahan Wan Maimunah, 60, dengan Makpol, 53, yang juga usahawan terkenal di negeri ini dan memiliki rangkaian restoran dikenali Kacang Pool Haji, diadakan di sebuah hotel dekat sini. Pasangan pengantin kelihatan anggun mengenakan busana berwarna putih pada majlis akad nikah berkenaan yang dihadiri kira-kira 250 ahli keluarga dan rakan terdekat. Sejurus diijabkabulkan, Makpol yang kelihatan sebak menitiskan air mata ketika berpelukan bersama kenalan dan ahli keluarga yang berada di sisinya sepanjang majlis berkenaan. Pada majlis itu, Makpol turut menyarung cincin di jari isterinya ketika acara membatalkan air sembahyang sebelum diteruskan dengan majlis persandingan di hotel sama. Ketika ditemui, Wan Maimunah yang membahasakan dirinya sebagai ibu, menyuarakan rasa syukur kerana majlis akad nikah berjalan lancar, selain berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya. Ditanya mengenai mas kahwin yang unik dan tidak membabitkan wang ringgit, beliau berkata, ia adalah permintaannya sebagai simbol hasratnya untuk hidup berbahagia sehingga akhir hayat. Ibu tidak sangka di usia begini, masih ada yang sudi menjadi teman hidup. Ibu bukan mahukan wang ringgit dan harta dunia tetapi ingin menumpang kasih...sebab itu ibu tidak minta duit sebagai mas kahwin. Diberi puluhan ribu sekalipun ia akan hapus, tetapi tunjuk ajar ke jalan Allah bertahan hingga ke akhir hayat. Terima kasih kepada yang terus mendoakan kebahagiaan ibu, katanya. Pasangan itu bertemu ketika menghadiri majlis ulang tahun seorang rakan mereka Oktober lalu sebelum anak angkat Wan Maimunah, Dr Fairus Jamaludin menjadi orang tengah menyampaikan hasrat ahli perniagaan terbabit selepas lima hari berkenalan. |
Posted: 13 Dec 2013 02:04 PM PST Kuala Lumpur: Seramai 1,096 pembeli menerima dokumen penjualan rumah Program Perumahan Rakyat-Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam-Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA-DBKL), di sini, semalam. Mereka adalah sebahagian daripada 3,043 pembeli 37 PPR-MTEN dan PA-DBKL yang menerima bantuan skim pembiayaan khas penjualan menerusi Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL. Harga rumah ditawarkan antara RM21,500 hingga RM35,000 dengan kemudahan tempoh pinjaman sehingga 25 tahun bagi memudahkan pembeli membuat bayaran bulanan rendah. Hargai bantuan kerajaan Kita berharap pembeli menghargai bantuan kerajaan ini dengan tidak culas membayar balik pinjaman bagi membantu kementerian dan DBKL meneruskan inisiatif ini kerana ramai lagi memerlukan bantuan itu, katanya selepas majlis penyerahan dokumen penjualan rumah PPR-MTEN dan PA-DBKL, di sini, semalam. Hadir sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib; Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Adnan Md Ikhsan; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Roslan Hassan dan Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN), Tan Sri Abu Bakar Abdullah. |
Pelajar PSMZA lemas, seorang lagi hilang Posted: 13 Dec 2013 02:03 PM PST Dungun: Perkelahan sekumpulan 13 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di Pantai Peranginan Teluk Bidara, di Kampung Seberang Pintasan, di sini, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, manakala seorang lagi masih hilang. Kejadian jam 9.35 pagi semalam adalah kes lemas pertama selepas banjir minggu lalu reda kelmarin, dipercayai akibat ombak besar menyebabkan semua pelajar Tahun Satu Diploma Automotif Diesel itu dipukul ombak hingga hanyut ke tengah laut. Pelajar, Muammar Farhan Beig Shamsuri, 18, dari Shah Alam, Selangor, berkata mereka merancang mandi di pantai berkenaan sejak kelmarin dan ke pantai itu semalam sempena cuti hujung minggu. Tercampak tengah laut Bagaimanapun, katanya, ketika sedang mandi, secara tiba-tiba mereka dipukul ombak besar menyebabkan semua tercampak ke tengah laut. Saya sempat berenang dan menarik tangan Ahmad Syukrie, manakala Muhammad Hanif dihanyutkan arus kuat. Namun, genggaman tangan Ahmad Syukrie akhirnya terlepas akibat ombak kuat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat itu berkata, seramai 38 anggota polis, bomba dan penduduk kampung melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |