Takut dapat RM1 juta

Takut dapat RM1 juta


Takut dapat RM1 juta

Posted: 29 Dec 2013 02:03 PM PST

Seremban: "Sebaik mengetahui saya memenangi wang bernilai RM1 juta, saya menangis kerana gembira ditambah takut memikirkan keselamatan diri selepas ini," kata suri rumah, Rokeah Mohd Sidek, 77, yang menerima 'durian runtuh' sebaik diumumkan pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), kelmarin.

Lebih menarik, ibu kepada empat anak itu bercadang mahu mengeluarkan semula wang simpanan dalam SSP itu minggu ini berikutan tidak nampak hasil selama 23 tahun melabur, sebelum dibantah anak lelakinya berusia 40 tahun yang juga seorang guru.

"Sepatutnya minggu ini saya mengeluarkan wang simpanan itu kerana memikirkan tidak mahu lagi menyimpan dengan BSN, sebelum anak lelaki meminta supaya membiarkan saja.

"Tidak sangka belum sempat saya mengeluarkan wang itu, semalam (kelmarin) saya diumumkan memenangi wang RM1 juta," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Foto

Rokeah Mohd Sidek


Katanya yang sudah kematian suami berkata, dia mula menyimpan RM300 hingga RM400 sebulan menggunakan wang pencen suami yang dulu bertugas sebagai guru.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Stong tagih nyawa pendaki

Posted: 29 Dec 2013 02:02 PM PST

Kuala Krai: Raungan pilu ibu bapa seorang pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang maut akibat lemas selepas tergelincir dari tebing Gunung Stong, dekat sini, ketika melihat pemandangan waktu senja membuatkan pekarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Krai diselubungi suasana hiba, semalam.

Dua warga emas lingkungan 60-an itu dilihat berpelukan sambil menangis selepas dimaklumkan seorang rakan mangsa mengenai kejadian menimpa anak mereka.

Dalam kejadian kelmarin, mangsa, Lee Jun Jie, 23, bersama 22 pelajar dari universiti terbabit tiba di Dabong, dekat sini, kira-kira jam 4 petang, sebelum dibawa beberapa pemandu pelancong rakyat tempatan mendaki Gunung Stong untuk berkhemah di Kem Baha sebagai satu aktiviti luar universiti berkenaan.

Selepas tiba di kem berkenaan kira-kira jam 7 malam, mangsa yang berasal dari Thoh Yi Drive, Singapura dan mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal, meninjau pemandangan waktu senja sebelum tergelincir akibat tebing licin berikutan hujan sebelum itu.

Foto

ANGGOTA bomba dan JPAM berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang terjatuh ke dalam lubuk kawasan air terjun Gunung Stong.

Foto

MAYAT mangsa diusung ke kaki gunung.

Foto

TALI keselamatan digunakan untuk menurunkan mayat melalui tebing curam.


Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam air terjun Stong yang jaraknya kira-kira 10 meter dari tebing tempat dia terjatuh dan terus hilang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Tragedi balik pasar malam

Posted: 29 Dec 2013 02:02 PM PST

Padang Terap: Seorang abang tidak menyangka tindakan adiknya menolak pelawaan mengikutnya ke Pulau Pinang bagai memberi petanda apabila arwah pergi buat selama-lamanya selepas terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 8, Jalan Kuala Nerang-Jitra, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 8.45 malam berhampiran Kampung Malau A Mukim Kurung Hitam mengakibatkan Muhammad Syahid Salim, 21, maut di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.

Rakan sekampungnya, Mohd Akbar Sanusi, 18, yang membonceng motosikalnya turut maut manakala seorang penunggang motosikal lain Muhammad Amirul Akbar Jaafar, 20, turut meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara, Mohd Fahmi Radzi, 22, parah termasuk cedera pada leher selain patah tangan dan kaki kanan, manakala Mohd Fikri Abd Rahman, 16, hanya cedera pada muka serta kanan badan.

Foto

MUHAMMAD Syahid dan Mohd Akbar dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Masjid Kampung Nai Teh, Kuala Nerang.


Mohd Fahmi menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, sementara Mohd Fikri dirawat di Hospital Kuala Nerang, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Sifat ego bunuh PSM

Posted: 29 Dec 2013 02:01 PM PST

Kuala Lumpur: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) digesa membuang sikap ego dengan memberi kerjasama penuh kepada Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memastikan maruah sukan tradisi itu tidak terus tercalar di pentas antarabangsa.

"Saya bimbang maruah negara akan terus tercalar jika (PSM) terus bersikap ego. Inilah hasil yang kita dapat (kegagalan di Sukan SEA 2013).

"Jadi saya berharap cadangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dapat diterima," kata bekas pemain negara Mohd Futra Abdul Ghani yang jelas kurang senang dengan kemerosotan sukan itu.

Khairy minggu lalu dilaporkan mengumumkan kesediaan MSN bagi membantu menyelamatkan sukan itu dengan berharap kedua-dua badan itu akan bekerjasama dalam program khas yang dicadangkan bersama untuk mencapai sasaran meraih pingat emas Sukan SEA 2017 ketika Malaysia menjadi tuan rumah.

Foto

SKUAD NEGARA (jersi kuning merah) pamer aksi hambar di Myanmar.


Kenyataan itu dilihat sebagai petanda positif daripada Khairy dan membuka lembaran baru selepas September lalu "berperang" dengan PSM hingga mahu mengkaji semula peruntukan dana kepada badan itu susulan kekalahan skuad elit negara kepada Korea Selatan pada final Siri Super Istaf di India.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Perbezaan bukan halangan

Posted: 29 Dec 2013 02:01 PM PST

Mula berkenalan di lokasi penggambaran program kesihatan televisyen sebelum bercinta lima tahun lalu, penyampai radio ste�sen Red FM, Azura Zainal, 32, akhirnya mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Ibrahim Cristiano Genuino Da Silva, 38, malam kelmarin.

Dengan dua kali lafaz, pasa�ngan itu selamat diijab kabul pada majlis akad nikah ringkas yang berlangsung di sebuah restoran di Bukit Lanjan, Kuala Lumpur.

Pada majlis pernikahannya, Azura menerima wang hantaran RM3,000. Pihak lelaki juga me�nyerahkan lima dulang dan dibalas tujuh oleh pihak perempuan.

Menceritakan kisah pertemuan mereka, Azura memberitahu, dia berkenalan de�ngan Cristiano, seorang warganegara Brazil yang juga jurulatih seni mempertahankan diri Camara Capoeira ketika mengacara program kesihatan Radio Televi�syen Malaysia (RTM).


"Program itu membabitkan empat peserta mengurangkan berat badan dan Cristiano dijemput mengajar Capoeira untuk slot kedua.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30