Pemakan bangkai sesat masuk rumah

Pemakan bangkai sesat masuk rumah


Pemakan bangkai sesat masuk rumah

Posted: 26 Dec 2013 10:55 AM PST

Muar: Seorang guru lelaki sekolah rendah di sini berdepan detik mencemaskan apabila seekor burung hering memasuki pekarangan rumahnya di Taman Seri Aman Sari, Parit Keroma di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 1.15 tengah hari itu, Remy Azman Abdul Rashid, 40, pada mulanya dia menyangka anjing liar dan cuba menghalaunya, namun terkejut apabila melihat ia terbang ke pekarangan rumah.

"Pada mulanya saya ingatkan anjing masuk ke pekarangan rumah saya, namun apabila melihat ia terbang ke dalam rumah, saya dapati ia seekor burung.

"Apabila diamati barulah saya sedar ia sejenis burung hering yang amat jarang ditemui dan pada mulanya saya sekeluarga bercadang menangkap sendiri, namun terpaksa membatalkan hasrat kerana ia bertukar agresif," katanya.

Foto

ANGGOTA JPAM memegang burung hering yang ditangkap.


Menurutnya, bimbang kejadian tidak diingini berlaku dia segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) cawangan Muar untuk mendapatkan bantuan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27

Seronok tahap gila

Posted: 26 Dec 2013 10:50 AM PST

Kuantan: Tiga lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan empat yang ditahan polis, malam kelmarin kerana melakukan khianat ke atas kenderaan awam termasuk sebuah kereta peronda polis di Teluk Chempedak, di sini, berada di bawah pengaruh alkohol.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, tiga lelaki berusia 16 hingga 23 tahun itu dipercayai mabuk ketika menyembur buih pada kereta yang melalui kawasan berkenaan pada malam sambutan Hari Natal menyebabkan orang ramai menghubungi polis.

"Mereka ditahan reman sehingga Sabtu ini dan polis sedang mengesan beberapa lagi remaja yang turut terbabit perbuatan itu," katanya yang dihubungi, semalam.

Beliau berkata, ujian air kencing terhadap tiga remaja itu bagaimanapun negatif dadah.

Foto

SEKUMPULAN remaja menyembur kenderaan polis di Teluk Chempedak.


"Sehubungan itu, saya nasihatkan kalau mahu berseronok sekalipun pada musim perayaan, jangan sampai melakukan perbuatan mengganggu orang ramai terutama di tempat awam," katanya

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27

Pikap misteri bikin kecoh

Posted: 26 Dec 2013 10:42 AM PST

Bukit Kayu Hitam: Kehadiran sebuah kenderaan pikap yang mencurigakan di depan Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, apabila ia disyaki dipasang bahan letupan hingga menimbulkan suasana panik dalam kalangan orang ramai yang melalui pintu sempadan Malaysia-Thailand, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, pelancong yang mahu memasuki negara ini dan negara jiran tidak berani menggunakan laluan berhampiran pikap berkenaan kerana menyangka ada bom dalam kenderaan itu.

Pasukan keselamatan hanya membuka satu laluan untuk kenderaan dan pejalan kaki bagi mengelak orang ramai menghampiri kawasan itu untuk keselamatan.

Difahamkan, pikap bernombor pendaftaran negara jiran itu diletak 50 meter dari pintu sempadan Malaysia-Thailand itu sejak awal pagi semalam, dan lebih mencurigakan apabila cermin tingkapnya gelap.

Foto

ANGGOTA polis memeriksa kenderaan pikap yang disangka membawa bom.


Berikutan itu, sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Unit Anjing Pengesan (K-9) dan Unit Pemusnah Bom (UPB) dikerah ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27

Sanggup mati demi basikal

Posted: 26 Dec 2013 10:30 AM PST

Kuala Lumpur: Cerita bagaimana bekas jaguh lumba basikal negara era 1960-an Shaharudin Jaffar mengubah nasib Malaysia dalam sukan itu yang hanya tinggal RM44.60 dalam akaun Persatuan Lumba Basikal Malaysia (PLBM) ketika itu akan terpahat selamanya dalam ingatan beliau.

Shaharudin adalah sebahagian daripada pasukan negara ke Sukan Semenanjung Asia Tenggara (Sukan SEAP) 1969 di Rangoon, Burma ketika itu yang kembali ke tanah air tanpa memenangi sebarang pingat walaupun Malaysia telah dicanang-canang akan memperoleh kejayaan.

Anggota lain dalam pasukan itu terdiri daripada Daud Ibrahim, Ng Joo Ngan dan abangnya (Ng) Joo Pong, Johari Ramli dan Fadzil Ibrahim.

"Kegagalannya adalah disebabkan persediaan lemah para pegawai yang mengiringi kami. Mereka tidak membawa basikal dan tayar yang betul untuk acara yang kami bertanding," kata Shaharudin di rumahnya di Shah Alam.

Foto

FADZIL (dua dari kanan) di usung oleh rakan setelah berjaya memenangi perlumbaan sejauh 4,000m pursuit perseorangan dalam sukan SEAP ketujuh di Singapura, untuk memungut pingat emas.

Foto

DAUD (kanan), bersama Joo Ngan (tengah), Joo Pong berbual selepas merangkul emas di Bangkok.


Beliau dipujuk untuk bercakap mengenai perkara itu berikutan prestasi kurang memberangsangkan pasukan berbasikal Malaysia ke Sukan SEA yang baru berakhir yang turut diadakan di negara yang sama tetapi kini dikenali sebagai Myanmar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27

Pelihara status isteri orang

Posted: 26 Dec 2013 05:40 AM PST

Memulakan langkah dalam bidang seni sebagai pelakon, nyata bukan satu pilihan terbaik pernah dibuat Rusdiana Rusdi, 28. Namun ia dilakukan demi pengalaman.

Mesra dengan panggilan Diana, wanita yang pernah dikenali menerusi lakonan mantap dalam drama seperti Ampang Medikal dan Hartamas kira-kira lima tahun lalu kini mengakui minatnya sudah beralih pada pengacaraan.

Justeru, memperoleh peluang sebagai pengacara program Destinasi Bajet di ntv7, dianggap Diana dirinya sudah menemui kerjaya yang betul-betul kena dengan jiwa.

"Dulu, ketika terbabit dalam lakonan saya masih muda dan dipengaruhi perasaan ingin mencuba. Namun, kini usia pun sudah meningkat dan semestinya saya semakin matang.

Foto

DIANA seronok dapat peluang jadi pengacara dalam Destinasi Bajet di ntv7.


"Apatah lagi, status sebagai isteri orang yang baru digalas sejak beberapa bulan lalu membuatkan keselesaan keluarga perkara utama. Justeru, aktif dalam pengacaraan adalah karier tepat buat saya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27