Awas dendam musuh tradisi

Awas dendam musuh tradisi


Awas dendam musuh tradisi

Posted: 18 Dec 2013 02:11 PM PST

SKUAD Harimau Muda A diingatkan supaya jangan mengambil mudah musuh tradisi Indonesia pada perlawanan separuh akhir pada temasya Sukan SEA ke-27 di sini esok.

Jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee berkata, mereka tidak boleh memandang remeh pasukan Indonesia walaupun pernah meranapkan impian mereka untuk menjadi juara ketika menjadi tuan rumah pada edisi 2011.

Beliau berkata Indonesia dilihat mempunyai motivasi tinggi selepas mengecewakan tuan rumah Myanmar 1-0 pada perlawanan terakhir kumpulan B, Isnin lepas.

Selain itu, Kim Swee percaya Indonesia akan turun dengan misi untuk membalas dendam bagi menebus kekalahan pada final 2011.

Foto

Datuk Ong Kim Swee


"Sudah pasti mereka (Indonesia) lebih berkeyakinan selepas menyingkirkan Myanmar serta mahu menebus kekecewaan terlepas pingat emas dua tahun lepas," katanya di sini hari ini.


Beliau berkata semua pemain perlu memeras keringat serta fokus sepenuhnya hingga ke wisel penamat bagi memastikan tempat ke pentas akhir sebelum memikirkan lawan pada penentuan pingat emas nanti.

Mengenai barisan kesebelasan esok, Kim Swee berkata beliau tidak akan mengambil risiko untuk menguji pemain malah akan mengekalkan sebahagian besar pemain yang sedia ada.

Katanya beliau mempunyai pemain gantian bagi memikul tugas pemain pertahanan K Ruben yang tidak dapat beraksi satu perlawanan kerana mengutip dua kad kuning sebelum ini.

Ruben mendapat kad kuning pertama semasa menentang Singapura, Ahad lepas dan kad kedua ketika menentang Vietnam semalam.

Pada satu lagi perlawanan separuh akhir esok, Thailand akan menentang Singapura. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/19

Mangsa peragut berkereta

Posted: 18 Dec 2013 10:36 AM PST

Kuala Terengganu: Hasrat seorang pelajar kolej menduduki ujian percubaan akhir tahun terbantut apabila dia diragut sekumpulan lelaki ketika menunggang motosikal mengakibatkan dia mengalami kecederaan di kepala dalam kejadian di Kampung Tok Jembal, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa Zafira Halwa Ibrahim, 20, yang menunggang motosikal Honda Dash dihimpit sebuah PERODUA ViVa berwarna kuning, mengakibatkan dia tersembam di atas jalan.

Akibat kemalangan itu, kepala pelajar Kolej Yayasan Terengganu berkenaan terhentak kuat di atas jalan tar menyebabkannya pengsan, sekali gus membolehkan suspek melarikan beg tangannya.

Zafira yang ditemui di Wad Pembedahan Wanita di Hospital Sultanah Nur Zahirah ((HSNZ), di sini, semalam berkata, dia hanya tersedar ketika diangkat ke dalam kereta penduduk kampung yang melihat dia terbaring di atas jalan.

Foto

ZAFIRA Halwa kini menerima rawatan di HSNZ.


"Kepala saya terasa amat sakit dan terkejut apabila seluruh muka dan badan saya bercalar akibat tergesel di atas jalan dan penduduk membawa saya ke Klinik Kesihatan Seberang Takir sebelum dirujuk ke HSNZ untuk rawatan lanjut.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/19

Panik lihat sekatan jalan

Posted: 18 Dec 2013 10:36 AM PST

Tuaran: Akibat panik apabila mendapati anggota polis melakukan sekatan jalan dalam Ops Cantas Khas Trafik, seorang penunggang motosikal merempuh sekatan itu sehingga menyebabkan seorang anggota polis cedera di paha dan tangan kanannya dalam kejadian di Jalan Telibong-Tamparuli, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, Koperal Madlan Suara, 47, dikejarkan ke Hospital Tuaran di sini, selepas cedera di tapak tangan dan jari manis serta pahanya dan menerima beberapa jahitan.

Bagaimanapun, Madlan yang masih menerima rawatan di Hospital Tuaran di sini, dilaporkan berada dalam keadaan stabil, manakala penunggang motosikal berusia 17 tahun itu ditahan.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan mendapati, suspek menunggang motosikal Honda EX5 dari Tuaran menuju ke Tamparuli, dekat sini, dan sebaik tiba di tempat kejadian, suspek panik apabila melihat anggota polis sedang melakukan sekatan jalan.

Foto

ANGGOTA polis cedera dirempuh penunggang motosikal di Jalan Telibong-Tamparuli, semalam.


"Penunggang motosikal itu cuba melarikan diri dengan merempuh Koperal Madlan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/19

BOLA: Indonesia tekad lunas dendam

Posted: 18 Dec 2013 10:36 AM PST

Nay Pyi Taw: Dendam kecundang 2011 di bumi sendiri ingin dilunaskan Indonesia pada pertemuan separuh akhir hari ini.

Jurulatih Indonesia Rahmad Darmawan dan anak buahnya hadir ke Nay Pyi Taw dari Yangon dengan moral tinggi selepas menyingkirkan tuan rumah Myanmar.

"Mungkin sudah takdir dua finalis 2011 bertemu di separuh akhir. Tapi yang pasti, moral pemain cukup tinggi selepas menyingkirkan Myanmar," katanya yang turut mengendalikan Garuda Muda di final dua tahun lalu.

Hadir menyaksikan kemenangan 2-1 Malaysia mengatasi Vietnam malam kelmarin, pengendali berusia 47 tahun itu memandang tinggi kemampuan anak buah Datuk Ong Kim Swee.

Foto

ANDIK pemain harapan Indonesia.


"Malaysia sama sekali tidak berubah seperti muncul juara dua tahun lalu. Mereka cukup kuat, barisan pertahanan tersusun serta mampu melakukan serangan balas pantas.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/19

Fokus pada kandungan

Posted: 18 Dec 2013 10:35 AM PST

Raut wajah yang terpamer ketika sesi fotografi ini sudah cukup menggambarkan kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh pasangan ini.

Tidak salah dikatakan Beego dan Linda Hashim kini sedang meniti saat-saat indah dan bahagia dalam perkahwinan mereka.

Kegembiraan ini bertambah apabila Linda kini hamil lima bulan selepas mereka diijabkabulkan pada 7 Jun lalu.

Berkongsi perkembangan terkini, Linda yang menyerlah menerusi watak Toh Puan Norasyikin dalam filem Tanda Putera memberitahu dirinya kini banyak menghabiskan masa berehat di rumah.


"Saya tak ambil lagi tawaran berlakon memandangkan perut semakin besar dan tak boleh disembunyikan. Ada juga produser yang tak tahu saya sedang mengandung berikan tawaran berlakon, akhirnya 'job' itu saya berikan pula kepada rakan-rakan artis lain.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/19