29 killed in Thailand bus accident |
- 29 killed in Thailand bus accident
- Masyarakat jangan obses kurus
- Aktiviti, promosi pelancongan dirancakkan tahun depan
- JPAM Sarawak arah anggota sedia hadapi kemungkinan banjir
- Remaja ditemui mati tergantung di siling bilik
- Jalan Kanowit- Song-Kapit siap 20 peratus
29 killed in Thailand bus accident Posted: 26 Dec 2013 05:36 PM PST BANGKOK: At least 29 people were killed and four badly injured when a bus plunged into a deep ravine in northeast Thailand, police said Friday. The accident occurred around midnight Thursday-Friday in Lom Sak district, Phetchabun province while the bus was en route to the northern province of Chiang Rai. "We suspect the bus driver fell asleep," Major General Sukit Samana, police commander of Phetchabun province, told AFP. "We found 28 bodies in the ravine, which is about 30 metres (100 feet) deep. And one died at the hospital," he said. Four others were in a critical condition. "The eyewitness who informed the police said the bus went very fast before it plunged into the ravine," he said. The bus, which was carrying 40 passengers, was completely destroyed in the accident. The accident occurred as millions of Thai motorists are expected to travel during the New Year holidays. Deadly road accidents are common in Thailand. At least 20 people were killed in October when a tour bus carrying elderly Buddhist devotees plunged into a ravine in northeast Thailand. A recent report by the World Health Organization said the country saw some 38.1 road deaths per 100,000 of population, compared to an average of 18.5 in Southeast Asia as a whole.- AFP To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
Posted: 26 Dec 2013 05:19 PM PST by Mahathir Haroun. Posted on December 27, 2013, Friday KUCHING: Obses kurus membuatkan segelintir masyarakat terutama wanita sanggup menanggung risiko mengambil ubat pelangsingan yang tidak diuji keberkesanannya. Ia dapat dilihat berdasarkan sambutan menggalakkan terhadap penjualan produk pelangsingan di pasaran, biarpun ada di kalangannya tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Fenomena lambakan produk pelangsingan di pasaran sekiranya tidak diselidik terlebih dahulu boleh mengakibatkan kesan sampingan kepada pengguna yang mengamalkannya. Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil berkata, masyarakat terutama wanita yang ingin mengamalkan produk pelangsingan perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. "Ini kerana ada produk pelangsingan yang terdapat di pasaran tidak berdaftar dengan KKM. "Jadi, saya menasihati masyarakat supaya berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat terlebih dahulu sebelum mengamalkan produk pelangsingan," katanya ketika dihubungi semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lambakan produk pelangsingan di pasaran. Malah, ada di antara usahawan mengambil kesempatan dengan menjual produk tersebut di laman sosial atau blog. Dr Jerip menjelaskan, ada produk pelangsingan yang terdapat di pasaran mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan kepada pengamalnya. "Jadi, kita harus elak perkara ini (kesan sampingan) daripada berlaku. "Sekiranya hendak membeli produk pelangsingan sekalipun, beli di farmasi berdaftar atau klinik yang mana produknya mendapat kelulusan KKM," ujarnya. Menurutnya lagi, masyarakat sepatutnya menggunakan alternatif lain untuk mengurangkan berat badan termasuk melakukan senaman selama 30 minit setiap hari dan mengawal pemakanan. Tidur dan rehat mencukupi juga antara langkah yang perlu untuk membantu mengurangkan berat badan, katanya. "Untuk kurus, kita perlu mempunyai disiplin dan bukannya mengambil jalan pintas dengan mengamalkan produk pelangsingan," tegasnya. Kenyataan yang dikeluarkan KKM baru-baru ini memberitahu kira-kira 8.5 juta penduduk mengalami masalah berat badan berlebihan dengan 4.4 juta orang obes. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
Aktiviti, promosi pelancongan dirancakkan tahun depan Posted: 26 Dec 2013 05:15 PM PST KUCHING: Kementerian Pelancongan akan memperbanyakkan aktiviti dan promosi negeri ini untuk merancakkan sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia dan Sarawak 2014. Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip berkata, antara aktiviti tambahan yang akan diperkenalkan ialah bermukun dan bergendang secara besar-besaran serta tarikan menerusi sambutan perayaan seperti Chap Goh Meh. "Setakat ini, kita berjaya menarik 4.1 juta pelancong ke Sarawak dan bagi merancakkan lagi sektor pelancongan, kita akan menambah aktiviti dan memperhebatkan promosi negeri ini. "Dengan itu, kita yakin dapat menarik lebih ramai pelancong ke Sarawak sempena Tahun Melawat Malaysia 2014," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perancangan kementerian itu bagi merancakkan sektor pelancongan Sarawak pada tahun depan selepas majlis pelancaran pameran gambar kelab fotografi, Que Bah Club di Sarawak Plaza, semalam. Talib memberitahu, kementeriannya juga giat mempromosikan kebersihan dan kecantikan Sarawak sebagai tarikan pelancong. "Kalau tempat kita tidak bersih dan tidak cantik, maka orang tidak mahu datang tetapi kalau tempat kita cantik dan bersih, sudah pastinya ia menarik orang untuk datang menikmatinya," tambahnya. Menurutnya, satu lagi aktiviti yang dapat menarik orang luar datang ke Sarawak ialah acara memancing di Bintulu yang mendapat sambutan luar biasa. "Jawatankuasa penganjur di Bintulu sebelum ini mengadakan aktiviti memancing ikan. Oleh kerana sambutannya begitu baik, mereka bercadang untuk menambah jumlah peserta dari negara jiran. Jadi, semua aktiviti ini akan menjadi pendorong pelancong datang ke Sarawak," katanya. Pada masa sama, beliau memberitahu penambahan aktiviti dan promosi itu juga mampu meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kebudayaan dan kesenian tempatan. "Selain menarik pelancong datang ke Sarawak, aktiviti-aktiviti ini juga dapat memberi kesedaran kepada rakyat mengenai budaya dan kesenian masyarakat majmuk yang ada di negeri ini," ujarnya. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
JPAM Sarawak arah anggota sedia hadapi kemungkinan banjir Posted: 26 Dec 2013 05:12 PM PST KUCHING: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak mengarahkan anggotanya agar bersiap sedia sepenuhnya dengan 400 anggota dikerahkan dalam tempoh tiga jam pertama sekiranya berlaku banjir di negeri ini. Pengarah JPAM Sarawak Mat Zin Bujang berkata, jumlah itu merupakan anggota dari 19 pejabat di seluruh negeri bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir gelombang kedua yang diramal berlaku pada Januari 2014, termasuk di Sarawak. "Sarawak mempunyai 19 pejabat kesemuanya dan sebanyak 14 Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD). "PKOD beroperasi selama 24 jam dan sekiranya ada laporan banjir atau banjir kilat, maka mereka yang akan bertindak dan bagi sebarang kemungkinan, bilangan anggota JPAM yang digerakkan ialah 400 orang dalam tiga jam pertama," ujarnya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam. Mat Zin berkata, sebagai langkah persiapan, cuti anggota JPAM turut dibekukan kecuali ada kecemasan keluarga. "Dari segi logistik, JPAM Sarawak dilengkapi pelbagai kenderaan dan setakat ini mempunyai lori muatan tiga tan serta lima tan sebanyak lapan unit. "Selain itu, pacuan empat roda (4×4) sebanyak 12 unit, bot pelbagai saiz 25 unit dan ambulans 15 unit termasuk tujuh unit yang baharu diterima pada 13 Disember lepas," jelasnya. Beliau memberitahu, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan banjir besar, selain banjir kilat di Miri dan Bintulu barubaru ini. "Dengan ini, saya menyeru kepada orang awam terutamanya pada musim hujan ini agar menghubungi jabatan (sekiranya banjir) kerana itu yang penting untuk kita bertindak," katanya. Selain JPAM, pihak berkuasa lain yang turut dalam keadaan bersiap sedia ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dengan kekuatan 1,094 anggota untuk dikerahkan sekiranya berlaku banjir. Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohamad berkata, jabatan kini bersedia sepenuhnya memandangkan ramalan hujan akan berterusan sehingga air pasang besar pada 30 Disember ini. Menurut beliau, dari segi logistik, jabatan kini mempunyai 25 bot selain kenderaan pacuan empat roda dan lori yang bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa. "Untuk anggota operasi, 20 peratus daripada mereka tidak dibekukan cuti memandangkan sekarang musim perayaan dan cuti. "Tambahan pula, amaran hujan tahap kuning telah berlalu, namun kami menasihatkan orang awam supaya terus berjaga-jaga terutamanya ketika air pasang besar nanti," katanya. Setakat ini, JBPM Sarawak telah memberi respons kepada dua laporan banjir di dua kawasan iaitu semasa banjir kilat di bandar raya Miri minggu lepas dan kawasan di hulu Baram yang melibatkan tujuh kawasan. "Bagaimanapun, penduduk tidak berpindah, cuma kawasan mereka dinaiki air dan jabatan membantu dari segi pengurusan bekalan makanan," jelas Nor Hisham. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
Remaja ditemui mati tergantung di siling bilik Posted: 26 Dec 2013 05:11 PM PST KUCHING: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemui mati di sebuah bilik di rumahnya yang terletak di sebuah kampung di Jalan Puncak Borneo, awal pagi semalam. Mangsa dikatakan sempat bersama ahli keluarga yang lain untuk menikmati barbeku sempena perayaan Hari Krismas di rumah neneknya. Menurut saksi yang juga saudara mangsa, dia melihat mangsa mengambil tali dari dapur rumah sebelum pergi ke biliknya pada jam 12 tengah malam kelmarin. Katanya, beliau serta beberapa saudara lain bertindak mencari mangsa di bilik tersebut, namun terkejut apabila melihat mayat mangsa tergantung dari siling bilik pada jam 1 pagi. Laporan polis dibuat pada pagi semalam dan ketika polis memeriksa rumah mangsa, ahli keluarganya telah meletakkan mayat mangsa di dalam peti sejuk sementara menunggu untuk dikebumikan. Namun begitu, ahli keluarga mangsa diberitahu agar membawa mayat tersebut ke hospital untuk bedah siasat. Menurut sumber lain, mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sepanjang hari tersebut, cuma masih bersedih atas kematian neneknya beberapa hari lepas. Mangsa dibesarkan oleh neneknya dan dipercayai membunuh diri akibat terlalu merindui neneknya. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
Jalan Kanowit- Song-Kapit siap 20 peratus Posted: 26 Dec 2013 05:05 PM PST KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata, jalan menghubungkan Kanowit, Song dan Kapit kini telah siap 20 peratus. Menerusi akaun Facebooknya, Najib Razak, beliau berkata pembinaan jalan itu dapat menaik taraf system perhubungan di Sarawak. "Pembangunan luar Bandar terus menjadi misi kerajaan dalam usaha menambah baik taraf kehidupan masyarakat. "Setakat ini, pembinaan jalan raya sejauh 100 kilometer yang akan menghubungkan daerah Kanowit, Song dan Kapit telah 20 peratus disiapkan," katanya. Menurutnya, pembinaan jalan raya bernilai RM722 juta itu juga akan membantu merancakkan aktiviti ekonomi masyarakat setempat. Sementara itu, akhbar sebelum ini melaporkan pembinaan jalan itu dijangka siap pada 2017. Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong sebelum ini dipetik berkata keseluruhan projek itu dibahagikan kepada beberapa seksyen dan dianugerahkan kepada kontraktor berbeza-beza. "Setakat ini, tidak ada berlaku kelewatan sepanjang pembinaan jalan itu. Sebab itu, kita yakin jalan itu akan siap pada 2017," katanya. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |