Goyang bukan sebarang goyang!

Goyang bukan sebarang goyang!


Goyang bukan sebarang goyang!

Posted: 27 Dec 2013 10:22 AM PST

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Yusmizal Dolah Aling, Mohd Hafizee Arop dan Nur Lela Zulkipli

Kuala Lumpur: "Isteri tak tahu....pandai makan pandai simpan dik (adik). Pandai-pandailah kita nak lepaskan diri. Saya selalu cakap ada mesyuarat dan kadang kala nak berjumpa rakan di kedai mamak atau menonton bola (sepak).

"Macam-macam alasan boleh guna...janji dapat datang sini. Tapi kena pandailah buat mereka (isteri) percaya," kata seorang lelaki separuh umur pelanggan sebuah kelab dangdut di ibu negara yang diibaratkan 'syurga' buat mereka untuk berhibur selain menagih belaian manja pelayan wanita di premis berkenaan.

Dia yang memperkenalkan dirinya sebagai Rosli, 54, ketika berbual dengan wartawan berkata, setiap hujung minggu dia pasti datang ke pusat berkenaan tanpa pengetahuan isterinya.

"Saya datang berhibur, sebab saya suka menari. Jadi, di sinilah tempat terbaik buat saya dan golongan sebaya yang lain. Harga minuman pun murah...layanan wanita (pelayan) juga baik," katanya sambil menunjukkan isyarat tangan tanda bagus, ala watak Pak Maun yang dilakonkan oleh Allahyarham Mahmud June, dalam filem Nasib Do Re Mi arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, tanpa menjelaskan lanjut jenis layanan diberikan wanita di pusat hiburan itu.

Foto

PENGUNJUNG lelaki menari bersama pasangan masing-masing di kelab berkenaan.


Rosli terdiam seketika apabila wartawan bertanya adakah isterinya tahu kedatangannya di tempat berkenaan sebelum berkata, dia sudah 'menguruskan' wanita (isteri) itu dengan baik sebelum mengakhiri perbualan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/28

Tersayang jadi penyeksa

Posted: 27 Dec 2013 10:12 AM PST

Oleh Suraya Roslan, Yusmizal Dolah Aling, Norasikin Daineh, Arifin, Hafizudin Mohd Safar dan Khairul Hamizy Ramlee

Kuala Lumpur: Ditumbuk, ditendang dipukul dengan objek keras antara kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan berlaku di negara ini sehingga mengundang situasi membimbangkan terutama membabitkan pasangan berumur 30 tahun ke atas.

Antara faktor yang membawa kepada isu ini termasuklah ketidaktentuan ekonomi dalam keluarga, curang, penyalahgunaan dadah serta kurang didikan agama sehingga si suami tergamak memukul isteri sehingga mendatangkan kecederaan.

Ketua Pengarah Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (LKPJM) Datuk Nadzim Johan berkata, masalah penderaan di dalam rumah tangga dikesan sejak lebih 10 tahun lalu dengan sebahagian besarnya berpunca daripada faktor dalaman.

"Kita lihat ia seolah-olah tiada kesudahan. Ada yang mengaku menyesal apabila sudah memukul pasangan mereka dan tidak mahu mengulangi perbuatan mereka, namun ia sudah terlambat kerana kesan daripadanya begitu mendalam.

Foto

DUA anak Ana melihat kesan jahitan di tangan ibunya.

Foto

KESAN jahitan di muka akibat dikelar dengan pisau lipat.


"Tahun ini saja LKPJM menerima lebih 20 aduan berkaitan dan ia sudah dirujuk kepada polis untuk tindakan susulan. Ada yang kita cadangkan untuk mendapatkan kaunselor berdaftar bagi memulihkan trauma akibat penderaan," katanya kepada Harian Metro.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/28

Kampung albino

Posted: 27 Dec 2013 10:01 AM PST

Seremban: Siapa sangka walaupun ibu bapanya tidak mempunyai keturunan albino, namun gadis ini dilahirkan dalam keadaan cukup unik, iaitu serba putih.

Norsyazwani Mohd Ghazali, 16, yang kerap diejek 'hantu putih' dan 'anak patung berjalan' oleh rakan sekolahnya dilahirkan albino walaupun ibu bapa dan kakaknya tidak mempunyai penyakit itu.

Ibunya, Salmah Adam, 53, berkata, dia suami, Mohd Ghazali Hashim, 54, masing-masing dari Kampung Gunung Pasir, Kuala Pilah dan ramai kanak-kanak albino dilahirkan di situ.

"Mungkin ramai tidak tahu beberapa kampung di daerah Kuala Pilah seperti Kampung Gunung Pasir, Kampung Sikai, Kampung Sri Pilah, Kampung Terap, Kampung Praku, Kampung Senaling dan Kampung Ulu Pilah menjadi perkampungan albino apabila jumlah masyarakat albino di situ agak ramai.

Foto

Foto

NORFAZILAWATI (kanan) dilahirkan normal.


"Berkemungkinan kami terkena 'angin' penyakit itu ketika tinggal di sana bersama suami berikutan tiada seorang pun keturunan kami mempunyai penyakit albino," katanya kepada Harian Metro, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/28

Amirulhadi terima padah

Posted: 27 Dec 2013 09:27 AM PST

Kelana Jaya: Pemain tengah Mohd Amirulhadi Zainal terlepas daripada hukuman penggantungan sebaliknya hanya didenda RM25,000 oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas Jawatankuasa Status Pemain badan induk itu memutuskan dia menjadi milik Johor Darul Takzim (JDT) kerana kontraknya bersama Pahang tidak sah.

Keputusan yang dibuat hasil perbicaraan jawatankuasa itu semalam sekali gus menamatkan isu perebutan pemain antara Pahang dan JDT selepas pihak pengurusan skuad Tok Gajah mendakwa Amirulhadi, 27, sudah menandatangani kontrak dengan mereka sebelum mencetuskan kontroversi hadir pada majlis pengenalan pemain JDT minggu lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Datuk Takiyuddin Hassan, selepas memanggil wakil persatuan negeri terbabit selain Amirulhadi untuk memberi keterangan semalam, mereka mendapati terdapat keraguan dalam kontrak baru pemain itu bersama pasukan asal, Pahang.

"Selepas meneliti kontrak dan mendengar penjelasan daripada pihak terbabit dalam kes ini, kami mendapati kontrak Amirulhadi dengan Pahang meragukan jadi kami menganggap kontrak itu tidak sah. Pemain ini bagaimanapun didapati bersalah kerana tidak mendedahkan keadaan sebenar kontrak terdahulu kepada pasukan baru (JDT) dan dia juga tidak membuat pengesahan dengan Pahang sebelum pergi ke pasukan yang baru.

Foto

AMIRULHADI (kanan) sertai Johor DT tanpa pengetahuan PBNP.


"Kerana melanggar Peraturan Status dan Perpindahan Pemain FAM, pemain ini didenda RM25,000 berdasarkan Artikel 2, Perenggan 5 (C) (i) dalam Lampiran 3A. Jadi kontrak Amirulhadi dengan PBNJ (Persatuan Bolasepak Negeri Johor) adalah sah. Dalam hal ini PBNJ perlu memohon sijil perpindahan antara pasukan dengan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/28

Shah giat asah bakat

Posted: 27 Dec 2013 05:33 AM PST

Popularitinya berada agak jauh di belakang berbanding dua rakan senegara, Aaron Aziz dan Adi Putra. Dua nama ini dilihat lebih mendominasi pasaran dan lebih menjadi sebutan di bibir peminat serta menjadi buruan produser untuk berlakon filem.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna Shah Iskandar Mahfuz tidak popular atau tidak dikenali langsung dalam industri seni tanah air. Jejaka berusia 31 tahun ini tetap berjaya mencipta nama menerusi drama bersiri lakonannya yang rancak ditayangkan di kaca TV.

Satu demi satu tawaran diterima dan boleh dikatakan kesemuanya meninggalkan kesan kepada penonton. Namanya diingati menerusi drama Teduhan Kasih, Nora Elena, Seindah Sabarmu, Fira Ayuni dan banyak lagi. Daripada sekadar watak sampingan, kerjayanya makin berkembang apabila mula mendaki puncak populariti dengan memegang watak utama.

Terbaru, pelakon yang asalnya seorang pengacara di Singapura ini memegang watak utama dalam Jika Itu Takdirku terbitan MIG yang akan disiarkan menerusi slot Akasia TV3 pada Februari 2014, sekali gus sudah cukup memberi kelegaan buatnya. Terbukti kini bakatnya semakin diiktiraf oleh peminat dan paling penting penerbit akui kebolehannya.

Foto


"Sebenarnya tiada istilah cemburu dalam hidup saya dengan populariti yang diraih oleh Aaron dan Adi. Bahkan saya menghormati mereka dan sering mendapatkan nasihat untuk maju dalam industri seni Malaysia kerana mereka berdua lebih awal bertapak berbanding saya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/28