Masuk kelab buka tudung |
- Masuk kelab buka tudung
- Warga emas selamat jiran
- Hilang nyawa dalam tali air
- But warna samba adidas
- Utama kerjaya, bisnes
Posted: 28 Dec 2013 01:43 PM PST Perkenalan singkat bersama Liza mendedahkan bagaimana dia bersama tiga rakan dapat menyusup masuk ke dalam kelab malam berkenaan. Liza berkata, dia berkunjung ke kelab malam itu bersama rakan yang menetap di kawasan kediaman sama sekitar ibukota. "Kawan-kawan dewasa akan masuk dulu, lepas tu salah seorang akan keluar dan pinjamkan kad pengenalan mereka kepada kami. "Bouncer takkan periksa kad pengenalan betul-betul, asalkan berusia lebih 21 tahun akan dibenarkan masuk," katanya.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/29 |
Posted: 28 Dec 2013 01:43 PM PST Bachok: "Saya menjerit meminta tolong sekuat hati dan mengetuk pintu kedua rumah untuk mengejutkan mereka," kata warga emas berusia 70 tahun Rahmah Mohamad yang berjaya menyelamatkan jirannya daripada rentung dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Kubang Kawah, Perupok, di sini, pagi semalam. Tindakan pantasnya menyelamatkan 10 nyawa, termasuk seorang remaja yang mempunyai penyakit sawan dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu. Rahmah yang tinggal berhampiran berkata, sebelum kejadian dia sedang sibuk menyiapkan kuih muih untuk dijual dan terkejut apabila tiba-tiba melihat api dari rumah mangsa. "Saya bergegas keluar lalu mengejutkan mereka yang berada di dalam rumah. Mereka berjaya keluar dari rumah ketika api mula marak," katanya. PENDUDUK membantu membersihkan kediaman yang terbakar.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/29 |
Posted: 28 Dec 2013 01:42 PM PST Kangar: Tindakan tergesa-gesa seorang kakitangan syarikat kawalan keselamatan meninggalkan majlis kenduri kahwin berakhir dengan tragedi apabila ditemui lemas di dalam tali air di Kampung Telaga Nyior Manis, Ujan Aji, di sini, semalam. Mangsa Zulkifli Abd Aziz, 24, yang menunggang motosikal Honda Wave milik rakannya dipercayai terjatuh ke dalam sungai berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi sebelum mayatnya ditemui kira-kira dua jam kemudian di dalam tali air berkenaan. Sebelum kejadian, bapa kepada seorang anak perempuan berusia dua tahun itu bertungkus-lumus membantu kerja kenduri di rumah bapa saudara kepada isterinya, Nor Akma Izatie Rasyid, 23, yang terletak di kampung sama sejak beberapa hari lalu. Difahamkan, mangsa meninggalkan rumah kenduri itu selepas mendapat panggilan telefon sebelum meminjam motosikal kepunyaan seorang rakannya di situ. NOR Akma (duduk kiri) ditenangkan orang ramai di sisi jenazah Zulkifli.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/29 |
Posted: 28 Dec 2013 01:42 PM PST Kuala Lumpur: Setiap kali pusingan akhir Piala Dunia, adidas pasti menampilkan jenama terbarunya dan kali ini di Brazil 2014, mereka memperkenalkan bola rasmi brazuca dan koleksi but berwarna Samba. Brazuca atau bermaksud `Gaya Hidup Brazil' dinamakan hasil daripada undian 1 juta peminat bola sepak pada September 2012. Warna dan rekaan riben pada panel adalah simbol tradisi gelang tangan dipakai rakyat Brazil. Bola ini melalui proses ujian selama 2 tahun setengah membabitkan 600 pemain terbaik dunia daripada 30 pasukan mewakili 10 negara menjadikannya paling banyak diuji berbanding bola keluaran adidas lain.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/29 |
Posted: 28 Dec 2013 01:42 PM PST Menginjak tahun baru yang berbaki dua hari lagi, ramai sudah memasang azam. Tidak ketinggalan bintang jelita, Neelofa atau Lofa, 24, meletakkan kerjaya dan perniagaan sebagai keutamaan tahun 2014 ini. Azam dibuat tidak sekadar disematkan dalam hati sebaliknya, pengacara dan pelakon popular itu menunjukkan kesungguhan dengan membuat beberapa perancangan agar apa yang diimpikan bakal menjadi kenyataan. Usaha pertamanya ialah mengikuti khusus lakonan jangka pendek di New York Academy of Arts (NYA) cawangan Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) bagi mengukuhkan bakat lakonan agar kehadirannya dalam industri seni tempatan dilihat lebih serius. Lofa akui, apa yang ingin dilakukan sepanjang 2014 sudah difikirkan pertengahan tahun lalu dan ia disertakan dengan rangka kerja agar semua perancangan dapat direalisasikan.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/29 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |