'Puntianak' kaki lima

'Puntianak' kaki lima


'Puntianak' kaki lima

Posted: 09 Dec 2013 10:55 AM PST

Ipoh: Wajah jelita persis model, namun kumpulan pelacur Thailand di sekitar bandar raya ini mendapat jolokan 'pondan puntianak' apabila gemar bertindak ganas mencakar dan menggigit anggota penguat kuasa yang cuba menahan mereka.

Kumpulan pelacur yang bergiat secara berkumpulan itu dikesan memonopoli kegiatan maksiat di beberapa kawasan pada waktu malam, antaranya di Jalan Yang Kalsom, Jalan Kampar dan Jalan CM Yusuf.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak Irwan Zahid berkata, kehadiran pelacur pondan itu memang dalam perhatian pihaknya dan operasi serta tangkapan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.

Menurutnya, dalam beberapa operasi yang dilakukan sebelum pelacur pondan itu agak agresif apabila menggigit tangan dan mencakar beberapa anggota penguat kuasa yang cuba menahan mereka.

Foto

ANTARA pondan warga Thailand yang dicekup ketika serbuan.


"Mereka juga sanggup bergelut semata-mata mahu melarikan diri. Namun, itu semua tidak menghalang kami terus melakukan operasi bagi memastikan bandar raya ini bebas maksiat," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/10

Tangisan bayi tepi longkang

Posted: 09 Dec 2013 10:50 AM PST

Ipoh: "Bayi itu pasti mati jika saya dan rakan tidak menjumpainya," kata Chong Lean Fatt, 48, yang menemui bayi baru dilahirkan dibuang dalam keadaan bogel di tepi longkang berhampiran Jalan Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia, di sini, pagi semalam.

Bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat itu dicampak di kawasan sunyi berhampiran lokasi projek pembinaan rumah kedai yang baru disiapkan.

Chong yang juga seorang kontraktor berkata, dia bersama seorang rakan serta wakil syarikat pemaju menemui bayi malang itu pada jam 11 pagi selepas terdengar tangisannya.

Menurutnya, dia datang ke kawasan itu untuk memasang jeriji besi di sebuah unit kedai dan segera memaklumkan kepada rakan.

Foto

BAYI yang ditemui.


"Saya beritahu rakan mengenai suara bayi menangis, tapi dia kata itu mungkin bunyi anjing liar atau kucing. Saya tidak puas hati dan memaklumkannya kepada wakil pemaju projek kedai itu yang datang untuk memantau kerja pengubahsuaian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/10

Safee pilih gadis seberang

Posted: 09 Dec 2013 10:48 AM PST

Kuala Lumpur: Penyerang skuad bola sepak kebangsaan Mohd Safee Sali bakal menamatkan zaman duda dengan memilih gadis dari Indonesia dikenali sebagai Shasha sebagai pasangan hidupnya.

Berita mengenai perkahwinan Safee yang bergelar jutawan bola sepak apabila menandatangani kontrak lumayan dengan kelab dari Indonesia Pelita Jaya FC mula tersebar di laman web sebelum ini.

Bapanya, Sali Mian, 66, ketika dihubungi semalam mengesahkan mengenai perkara itu dan memberitahu Safee bakal mengadakan majlis pernikahannya di Indonesia.

"InsyaAllah selepas itu majlis perkahwinan akan di adakan di sinilah (Bidor) pada 28 Disember ini," katanya, namun enggan mengulas lebih lanjut.

Foto

KAD kahwin Mohd Safee


Safee sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Sabrina Yusoff pada 2007 namun bercerai pada 2012. Hasil perkongsian hidup dengan Sabrina dia dikurnia dua cahaya mata.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/10

Apa ada pada sejarah

Posted: 09 Dec 2013 09:53 AM PST

Nay Pyi Taw: "Kami fokus sasaran 40 pingat emas, bukan perkara membabitkan sejarah."

Demikian reaksi segera ketua kontinjen negara Datuk Wira Amiruddin Embi mengenai isu ketiadaannya ketika kalungan pingat emas ke-1,000 Malaysia sepanjang penyertaan di Sukan SEA sejak 1959 yang diraih atlet wushu negara Phoon Eyin, semalam.

Amiruddin yang ditemui sejurus tiba malam tadi dari Kuala Lumpur bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Rasanya lebih baik saya tidak beri sebarang komen," katanya.

Foto

EYIN (berdiri empat dari kiri) bersama kontinjen negera meraikan pingat emas ke-1000.


Bagaimanapun beliau memuji kecemerlangan skuad wushu yang setakat ini sudah menyumbang tiga pingat emas untuk kontinjen negara.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/10

Filem Ilo Ilo bawa tuah

Posted: 09 Dec 2013 05:38 AM PST

Datuk Michelle Yeo sudah berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia tetapi dalam pada itu jangan terlepas pandang pencapaian hebat aktres kelahiran Pontian, Johor, Yeo Yann Yann, 36.

Hakikat ini kerana lakonannya sudah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut menitipkan ucapan tahniah buat dirinya yang mesra dengan panggilan Yann Yann.

Sudah berkecimpung dalam industri lakonan selama 16 tahun, buat kali pertama nama aktres yang berpangkalan di Singapura itu mencuri tumpuan selepas dinobatkan Aktres Pembantu Terbaik di Golden Horse Awards ke-50 yang berlangsung di Taipei, Taiwan, baru-baru ini.

Anugerah berprestij yang menjadi medan pertembungan nama besar dari seluruh Asia itu cukup gah dan amat luar biasa bagi pencapaian seseorang andai menggondol trofi pada acara itu.

Foto

YANN YANN turut sibuk membesarkan anaknya, Vera.


Bertanding menerusi filem Ilo Ilo karya sulung pengarah muda Anthony Chen, kejayaan itu sekali gus meletakkan Yann Yann antara kebanggaan negara dan tentu sekali amat bermakna buat dirinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/10