63,000 pengguna bergelap |
- 63,000 pengguna bergelap
- Mati lemas kaki kejang
- Dugaan silih berganti
- Anak Harimau mengaum!
- Pak Aziz tak boleh banyak bergerak
Posted: 04 Dec 2013 12:28 PM PST KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah bertindak menghentikan bekalan elektrik di pantai Timur Semenanjung terutama Pahang berikutan 1,072 pencawang elektrik di ditenggelami air. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/04 |
Posted: 04 Dec 2013 12:21 PM PST Subang Jaya: "Dia tidak pernah berpakaian kemas seperti itu dan saya tak sangka perubahan sikapnya sejak dua hari lalu berakhir dengan kematiannya." Itu kata Azman Shah, 47, mengenai rakannya, Razak Harith, 31 yang mati lemas selepas kakinya kejang ketika berenang untuk memasang pukat dalam kawasan takungan banjir berdekatan Lapang Sasar Subang, semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 11.40 pagi ketika dua sahabat itu baru sampai di kawasan berkenaan untuk memukat ikan. Azman berkata, sebelum itu mangsa masuk ke dalam sungai untuk memasang pukat dan ketika berenang, tiba-tiba dia menjerit menyatakan kakinya kejang. MAYAT mangsa yang ditemui jabatan bomba.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/05 |
Posted: 04 Dec 2013 12:18 PM PST Kuala Pilah: Di sebalik kelembutan seorang wanita tersembunyi kecekalan dan ketabahan yang belum tentu mampu dipikul kaum lelaki. Itu gambaran paling sesuai buat Dayang Lohani Awang Zain, 46, yang tabah menjaga anak perempuannya yang lumpuh sejak lapan tahun lalu di sebuah hospital di sini, sekali pun menyedari peluang anaknya pulih agak tipis. Malah, dugaannya bukan setakat itu kerana suami Dayang Lohani menderita akibat penyakit angin ahmar dan pada masa sama dia juga perlu memantau perkembangan ibu mentua yang sakit tua, serta adik ipar yang menghidap tibi. Sebelum ini, Dayang Lohani juga menerima tamparan hebat apabila anak keduanya, Nurjanah yang meninggal dunia akibat lemas di Sungai Kayang di tempat kelahiran mereka di Kampung Sarawak Tebekang, Serian, Sarawak pada 2009. LEHER Siti Nurul Hidayah terpaksa ditebuk untuk bantuan pernafasan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/05 |
Posted: 04 Dec 2013 11:40 AM PST Kelana Jaya: Skuad bawah 23 tahun negara (B-23) bangkit dengan ledakan tiga gol pada babak kedua untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu pada aksi persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi. Selepas ketinggalan pada awal babak pertama menerusi jaringan Takahashi Shunta skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee bangkit menerusi jaringan dua penyerang gantian A Thamil Arasu dan Rozaimi Abd Rahman bagi memberikan tonik terbaik menjelang misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA Myanmar minggu depan. Skuad muda negara bermula baik dengan membuat percubaan menerusi kapten Irfan Fazail pada minit ketujuh namun sepakannya terkena pemain pertahanan FC Ryukyu ketika penjaga gol Tanaka Kenji sudah tertewas. Bagaimanapun skuad kendalian Satsukawa Norihiro yang hadir dengan 15 pemain berjaya di depan pada minit ke-13 apabila penyerang Shunta melepasi perangkap ofsaid dan tidak berdepan masalah menewaskan Izham Tarmizi Roslan dalam situasi satu lawan satu. ROZAIMI (dua dari kanan) meraikan jaringan kedua.
|
Pak Aziz tak boleh banyak bergerak Posted: 04 Dec 2013 06:35 AM PST Jika tiada yang lama, masakan ada yang baru. Itu senario sebenar industri hiburan dari dulu hingga sekarang. Justeru, adalah wajar untuk segala jasa seniman dan seniwati veteran tanah air terus dihargai. Menyedari sumbangan besar yang pernah dilakukan seniman dan seniwati ini ketika mudanya, Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan. Terbaru, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fenandez yang mengiringi Penasihat Khas Sosial dan Kebudayaan Kerajaan. Tan Sri Dr Rais Yatim menziarah seniman veteran terkenal, Datuk Aziz Sattar, 89, yang kini keadaan kesihatannya kurang memuaskan. Siapa sangka, sejak setahun setengah lalu Aziz yang cukup dikenali ramai menerusi lakonan hebatnya bersama Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin dalam filem Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok disahkan doktor menghidap masalah saluran jantung tersumbat. DR Rais melihat kaki Aziz yang bengkak sambil diperhatikan Datuk Sarimah Ahmad.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |