Cinta murtad

Cinta murtad


Cinta murtad

Posted: 22 Dec 2013 10:08 AM PST

Kuala Lumpur: Hanya disebabkan mencintai kekasih berlainan agama, seorang wanita berusia 24 tahun tergamak membiarkan ayah kandung dicekik abang teman lelakinya ketika si bapa cuba membawanya pulang dari rumah kekasih, di sini.

Lebih menyedihkan, si anak tidak menghiraukan rayuan ayah dan ibu kandungnya yang datang menjemputnya pulang, sebaliknya menyuruh kedua-dua orang tuanya itu membiarkannya tinggal di kawasan rumah panjang itu bersama teman lelakinya.

Menceritakan kisah itu, ayah malang yang hanya mahu dikenali Omar, 53, berkata, dugaan diterimanya amat berat apabila anak perempuan disayanginya terjebak dengan cinta menjurus ke arah murtad.

"Walaupun saya kurang berpelajaran, namun didikan agama terhadap anak tak pernah saya abaikan. Malah, kami sekeluarga selalu berkumpul dan bertazkirah selepas Maghrib.

Foto

GAMBAR gadis yang lari dan menetap bersama kekasih bukan Islam.


"Tiba-tiba seorang daripada anak yang selama ini mendengar cakap, rajin mengaji al-Quran dan menutup aurat berubah sikap sebaliknya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/23

Libasan sabit penyamun

Posted: 22 Dec 2013 10:04 AM PST

Miri:"Penjenayah bertindak ganas apabila melibas sabit ke arah suami dan nyaris mengenai saya serta anak lelaki berusia tiga tahun," kata Gelimin Assan, 41, isteri mangsa yang cedera dalam kejadian rompakan bersenjata di rumahnya di Taman Palmvilla, semalam.

Kejadian pada jam 3 pagi menyebabkan mangsa, Sultan Gindie, 40-an, nyaris putus lengan, selain luka di tapak tangan kanan manakala isterinya luka di tangan dan kepala selepas berlaku pergelutan dengan seorang daripada dua suspek terbabit.

Difahamkan, perompak memecah masuk rumah berkenaan melalui tingkap belakang sebelum memasuki bilik tidur utama tiga beranak itu.

Gelimin berkata, dia menyedari rumahnya dimasuki penjenayah sebaik terdengar bunyi bising sebelum melihat dua lelaki bertopeng sambil memegang sabit di tangan masing-masing.

Foto

KESAN darah berpercikan di hadapan pintu masuk rumah mangsa.


Katanya, ketika kejadian, suaminya sudah bangun dan cuba menghalang tindakan kedua-dua suspek menyebabkan berlaku pergelutan sebelum diserang menggunakan senjata berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/23

Ajal potong pokok

Posted: 22 Dec 2013 10:00 AM PST

Petaling Jaya: "Boleh diibaratkan hidup matinya diabadikan di tempat tinggalnya sejak kecil walaupun dia sudah berpindah dan tidak menyangka akhirnya dia menemui ajal di sini," kata Azman Iskandar, 47, rakan kepada Zainal Abidin, 59, yang maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan akibat terjatuh daripada pokok kelapa berketinggian 3.6 meter.

Dalam kejadian jam 5 petang Khamis lalu, mangsa, yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) oleh penduduk, namun dia gagal diselamatkan selepas tiga hari bertarung nyawa dan meninggal dunia kira-kira jam 12.30 malam kelmarin.

Menceritakan semula kejadian itu, Azman berkata, mangsa datang ke tempat kejadian di Jalan Aman 3/69 Kawasan Melayu, di sini selepas pemilik sebuah rumah di situ meminta bantuannya untuk menebang pokok kelapa itu kerana bimbang akan menghempap rumahnya.

Menurutnya, arwah memang dikenali penduduk kerana dia tinggal di sini sejak kecil sebelum berpindah ke Jalan Klang Lama beberapa tahun lalu, namun dia tetap datang ke sini berjumpa rakan-rakannya.

Foto

TEMPAT kejadian mangsa terjatuh ketika memotong pokok kelapa.

Foto

KELUARGA mangsa kelihatan sugul ketika ditemui di pekarangan hospital.


"Ketika kejadian itu, hujan renyai-renyai, namun arwah tetap meneruskan kerjanya, malah sebelum itu dia sudah terjatuh kali pertama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/23

'Cukup-cukup makan' sahaja

Posted: 22 Dec 2013 09:28 AM PST

Nay Pyi Taw: Aksi kontinjen negara di Sukan SEA Myanmar yang melabuhkan tirai semalam dapat disimpulkan sebagai 'sederhana' walaupun berjaya meraih 43 pingat emas, 38 perak dan 77 gangsa.

Pencapaian itu walaupun melepasi sasaran 40 emas, masih dilihat kurang memberansangkan apabila Malaysia hanya muncul juara dalam tiga daripada 29 acara yang disertai.

Tambahan tiga pingat emas menjadikan 43 menggambarkan pencapaian kontinjen negara pada temasya Sukan SEA ke-27 ini sekadar cukup makan saja.

Kegagalan beberapa acara sukan mencapai sasaran yang ditetapkan termasuklah berbasikal, pencak silat, memanah dan ibu segala emas iaitu bola sepak, menjadi penyumbang pergerakan pungutan pingat emas yang agak perlahan.

Foto

ZOLKPLES puji pencapaian cemerlang Jironi.

Foto

AMIRUDDIN lega capai sasaran.


Namun mujur acara-acara yang diluar radar emas seperti equestrian, menjadi penyelamat sekali gus memberikan impak besar kepada kontinjen negara.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/23

Berjauhan dulu demi tugas

Posted: 22 Dec 2013 05:46 AM PST

Bertemu jodoh di laman sosial bukanlah isu baru atau aneh mahupun mengejutkan. Sejak adanya Facebook yang mencetuskan fenomenanya bermula di Amerika kemudian menular ke seantero dunia di mana Malaysia tersenarai antara negara paling aktif menggunakan laman sembang berkenaan yang bukan hanya berfungsi sebagai ruang promosi perniagaan, tetapi juga berupaya menjadi agensi cari jodoh.

Penyanyi, pengacara dan penyampai Era FM, Khairil Azam Pilus (Aril), 28, misalnya selamat menikahi wanita yang dikenalinya melalui laman sosial yang cukup popular tatkala ini iaitu Instagram. Wanita si 'pencuri hati' naib juara Akademi Fantasia musim ke-7 itu adalah Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin (Puteri), 27.

Manis menawan, Puteri bertugas sebagai pramugari Saudi Arabian Airlines. Pasangan sama cantik sama padan itu diijabkabulkan oleh Imam Mukim Padang Enggang, Abdul Halim Mat Isa dengan hanya sekali lafaz di kediaman pengantin perempuan di Padang Enggang, Pasir Hor, Jumaat lalu kira-kira jam 3.20 petang.

"Saya terpandang foto kawan saya bersama Puteri di Instagram. Terusik dalam hati hendak mengenalinya. Kemudian saya cuba 'follow' dia di Instagram.

Foto

MAJLIS akad nikah dan batal air sembahyang antara Aril dan Puteri.


"Jika ada foto yang dimuat naik, saya selalu memberikan komen. Tidak lama selepas itu, saya mengambil langkah lebih berani iaitu memintanya nombor telefon sebelum pertemuan pertama kami pada 25 Mei lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/23