Empat maut kereta terbakar

Empat maut kereta terbakar


Empat maut kereta terbakar

Posted: 17 Dec 2013 01:48 PM PST

Kuala Lumpur: Empat maut apabila kereta jenis Nissan Skyline terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di bulatan Kampung Pandan di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.42 tengah malam itu, kenderaan dinaiki empat mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan berusia lingkungan 20-an itu terbabas sebelum melanggar bahu jalan dan terbakar.

Harian Metro difahamkan, empat mangsa yang mengalami kecederaan gagal keluar daripada kenderaan itu menyebabkan mereka terbakar bersama kereta berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan berkenaan kira-kira jam 12.42 tengah malam.

Foto

Keadaan kereta yang dinaiki mangsa.

Foto


"Beberapa jentera dengan 13 anggota bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di kira-kira 10 minit kemudian sebelum usaha memadamkan kebakaran dilakukan.


"Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati empat mangsa terbakar dalam kebakaran berkenaan.

"Seorang wanita dan tiga lelaki dipercayai maut dalam kejadian berkenaan," katanya memberitahu, identiti mangsa setakat ini masih belum dapat dipastikan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/18

Tukar 'karier' jadi penculik

Posted: 17 Dec 2013 11:11 AM PST

Kuala Lumpur: Baru kira-kira setahun berada di negara ini, namun empat lelaki warga Pakistan yang pada asalnya mencari rezeki dengan menjual permaidani sudah berani 'naik tocang' dengan mengubah kerjaya menjadi penjenayah.

Rakus mendapatkan wang dengan cara mudah, empat mat karpet itu nekad menculik seorang guru lelaki dan mengaut wang tebusan RM10,000 daripada mangsa.

Sepanjang menjadi tebusan, mangsa bukan saja dibelasah hingga cedera, malah seorang daripada suspek turut meliwat lelaki berusia lewat 30-an itu.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku antara jam 7 hingga 8 malam sekitar Cheras pada 16 November lalu dan mangsa dikurung selama 36 jam di sebuah rumah berjaya meloloskan diri.

Foto

MANGSA hadir di Balai Polis Setapak untuk siasatan.


Menurutnya, selepas sebulan berlalu dan ketika keempat-empat suspek leka berfoya-foya dengan wang tebusan, polis yang tidak berhenti memburu mencekup mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/18

80 rumah berapi

Posted: 17 Dec 2013 11:10 AM PST

Tawau: Angin kencang dan kedudukan rumah yang terlalu rapat menyukarkan usaha memadam kebakaran yang memusnahkan 80 rumah di perkampungan atas air di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, Tawau, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Malaysia Tawau, Rudy Fredzex@Parijik berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian bermula jam 9 pagi itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.05 pagi dan mengerahkan tiga jentera serta tiga kenderaan utiliti dengan kekuatan 30 anggota bomba termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, api sudah marak. Api merebak akibat angin kencang selain kedudukan rumah dibina terlalu rapat.

Foto

API yang memusnahkan 80 rumah di Kampung Kurnia Jaya, semalam.


"Api dapat dikawal pada jam 10 pagi sebelum padam sepenuhnya jam 1 tengah hari. Bagaimanapun, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/18

'Saya suka di sini'

Posted: 17 Dec 2013 11:10 AM PST

Sepang: Pengendali skuad hoki remaja lelaki negara Muhammad Dharma Raj Abdullah masih mahu mencurah bakti di Malaysia walaupun mengaku ada menerima tawaran luar negara.

"Saya ada ditawarkan negara luar tetapi tidak berminat untuk keluar dari Malaysia. Saya masih suka tinggal di sini dan anak-anakpun masih kecil lagi.

"Buat masa ini, saya tunggu keputusan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) sama ada mahu saya terus membimbing skuad remaja.

"Walau apapun yang berlaku, saya tetap berada di Malaysia. Mungkin saya akan membimbing pasukan kelab selepas ini," katanya selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari New Delhi, India, semalam.

Foto

PEMAIN skuad hoki remaja selamat tiba di KLIA selepas menduduki tempat ke-4 pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 di New Delhi.


Kontrak beliau selaku pengendali skuad Projek 2013 tamat hujung tahun ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/18

Belajar buat keputusan

Posted: 17 Dec 2013 11:09 AM PST

Melihatkan penampilan dirinya yang matang, sukar untuk mempercayai bahawa penyanyi remaja meningkat naik ini, Wanna Ali sebenarnya baru berusia 16 tahun.

Apatah lagi, single pertama Lepaskan dendangan penyanyi genit ini yang ciptaan sepenuhnya Ajai lebih menjurus pada kisah wanita patah hati akibat putus cinta.

Justeru, bagi yang tidak mengenali Wanna pasti beranggapan penyanyi kecil molek itu sudah pun habis sekolah dan kini melanjutkan pengajiannya di menara gading.

Namun, hakikat sebenarnya Wanna masih lagi belajar dalam tingkatan empat di Sri KDU International School, Kota Damansara dan perjalanan hidupnya masih jauh lagi.


Bersua dengan gadis selamba berambut panjang ini pada sesi fotografi baru-baru ini, Wanna yang hadir ditemani ibunya untuk mempromosikan single kedua dan terbaru di pasaran, Stop Kamu! juga ciptaan sepenuhnya oleh Ajai.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/18