'Bagilah baju sekolah saya' |
Posted: 20 Dec 2013 02:46 PM PST Gemencheh: "Nanti mak bagilah seragam sekolah saya kepada sesiapa saja yang memerlukan". Itu antara pesanan terakhir Nur Umi Umairah Noor Arzeme, 12, sebelum dia bersama abangnya maut dalam kemalangan jalan raya, di sini kelmarin. Ibu mangsa, Nor Alieya Aman, 36, berkata pakaian seragam berkenaan baru dibeli untuk anak keduanya itu sebelum sesi persekolahan baru, bermula awal bulan depan. Bertembung pacuan 4 roda Nur Umi Umairah bersama abangnya, Muhammad Syawal, 14, maut apabila motosikal dinaiki mereka bertembung sebuah pacuan empat roda ketika dua beradik itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas memasukkan cuka dalam mangkuk pokok getah di kebun ayah mereka. Ketika kejadian jam 3.20 petang di Kilometer 7 Jalan Air Kuning Selatan-Sungai Dua itu, motosikal berkenaan yang ditunggang Muhammad Syawal sedang menghala ke arah Kampung Sungai Dua. Nahas dekat kebun getah "Namun, saya kemudian terkejut apabila kawan anak datang memberitahu Syawal dan Umi kemalangan dekat kebun getah. Saya dan suami bergegas ke tempat kejadian, tapi hancur luluh hati saya melihat mereka terbaring berlumuran darah, tak bernyawa lagi. Suami juga terlalu sedih hingga tak mampu berkata-kata," katanya. Katanya, sejak cuti persekolahan bermula pertengahan bulan lalu, anak perempuannya itu sering bermalam di rumah ibu saudaranya, Noraida Aman, 48. "Kakak saya pernah berkata, Umi memberitahunya yang dia berbuat demikian supaya saya dapat membiasakan diri apabila dia tiada lagi," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang, berkata dua beradik itu tercampak ke tepi jalan, manakala motosikal mereka menggelungsur sejauh 20 meter selepas pertembungan berkenaan. "Dua beradik itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan, manakala lelaki 28 tahun yang memandu pacuan empat roda terbabit tidak cedera. Jenazah kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat," katanya. |
Tiga gudang bahan kimia musnah Posted: 20 Dec 2013 02:45 PM PST Klang: Tiga gudang menyimpan bahan kimia musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, di sini, malam kelmarin. Kebakaran kira-kira jam 8 malam itu sukar dikawal kerana bahan kimia berkenaan turut mengakibatkan letupan, sekali gus membahayakan nyawa anggota bomba. "Ketika jentera pertama tiba, hampir 50 peratus bahagian gudang sudah musnah terbakar. "Tidak lama kemudian enam lagi jentera dari BBP Sungai Pinang, Kota Raja, Andalas, Shah Alam dan Kota Anggerik serta pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) tiba untuk membantu memadamkan kebakaran. "Api yang marak yang menyukarkan tugas menyebabkan kami menggunakan kaedah pertahanan (defensive) dan menunggu api padam namun berjaya mengawal api daripada merebak ke gudang berdekatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Anuar berkata, api dapat dikawal sepenuhnya lima jam kemudian dan pasukan forensik sudah diarahkan menjalankan siasatan di lokasi kejadian. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |