Harta berjuta disita

Harta berjuta disita


Harta berjuta disita

Posted: 27 Dec 2013 01:00 PM PST

Harta berjuta disitaANTARA kereta mewah yang dimiliki pegawai dan keluarga termasuk Datuk yang disyaki terbabit rasuah dan pengubahan wang haram. - Gambar hiasan

Siasatan rasuah 4 pegawai polis termasuk Datuk: SPRM beku akaun, rampas aset, kenderaan mewah

Kuala Lumpur: Empat pegawai polis termasuk seorang bergelar Datuk yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit rasuah dan pengubahan wang haram, dipercayai memiliki puluhan aset seperti lot kedai, rumah mewah dan pelbagai kenderaan jenama mewah.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Syor Cola RM300 sebulan

Posted: 27 Dec 2013 12:55 PM PST

Hampir lima juta pekerja swasta sekadar lepasi garis kemiskinan

Petaling Jaya: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan elaun sara hidup (Cola) RM300 sebulan diberi kepada 10 juta pekerja sektor swasta memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presidennya, Khalid Atan berkata, adalah penting bagi kerajaan memperkenalkan peraturan Cola itu kepada sektor swasta kerana hampir lima juta pekerja di sektor itu memperoleh upah hanya kira-kira RM30 sehari, iaitu setakat melepasi garis kemiskinan RM870 sebulan.

MTUC sebagai pertubuhan pekerja yang bertanggungjawab tidak akan melakukan demonstrasi jalanan untuk menuntut hak mereka, sebaliknya lebih suka kepada rundingan aman" Khalid Atan, Presiden MTUC


Rangka strategi

Pada masa ini gaji minimum pekerja di Semenanjung ditetapkan RM900 dan bagi pekerja di Sabah dan Sarawak RM800.

Khalid berkata MTUC sedang merangka strategi untuk membantu meringankan beban pekerja.

Untuk tempoh sementara beliau mencadangkan syarikat membantu menyediakan subsidi makanan dan penginapan untuk pekerja manakala pekerja pula membantu syarikat meningkatkan produktiviti untuk menjadikan situasi menang-menang.
Khalid berkata MTUC amat bimbang mengenai kesan serta merta peningkatan kos pengangkutan, makanan dan persekolahan terutama bagi kumpulan pekerja berpendapatan rendah.

Namun, beliau memberi jaminan, MTUC sebagai pertubuhan pekerja yang bertanggungjawab tidak akan melakukan demonstrasi jalanan untuk menuntut hak mereka, sebaliknya lebih suka kepada rundingan aman. - BERNAMA

Janda rugi RM3,400 layan cinta siber

Posted: 27 Dec 2013 12:53 PM PST

Akibat cinta siber dan terperdaya dengan janji manis akan dihadiahkan berlian bernilai RM1 juta, seorang janda kerugian RM3,400 ditipu oleh lelaki yang dikenali menerusi Facebook.

Janda beranak dua berusia 35 tahun, berasal dari Durian Tunggal di Melaka itu hampir memasukkan RM15,000 lagi dalam akaun bank lelaki dikenali sebagai Ramsey Chriss, 40, selepas berkenalan sejak awal bulan lalu dan menjalin hubungan cinta dalam laman sosial itu.

Menyedari dirinya ditipu lelaki yang mendakwa duda beranak dua itu, wanita terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Laham ketika mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

10.13 juta pencarum tak namakan pewaris

Posted: 27 Dec 2013 12:51 PM PST

Kuala Lumpur: Seramai 10.13 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) belum menamakan waris mereka yang akan menyebabkan pewaris menghadapi masalah untuk mengeluarkan simpanan berkenaan apabila pencarum meninggal dunia.

Setakat ini, kira-kira 3.57 juta daripada 13.7 juta pencarum telah membuat penama.

KWSP dalam kenyataannya yang dikeluarkan di sini, semalam berkata, bagi pencarum yang meninggal dunia dan mempunyai simpanan kurang daripada RM25,000, agensi itu hanya akan membayar pendahuluan berjumlah RM2,500 kepada waris terdekat dan bakinya pula akan dibayar selepas dua bulan dari tarikh pencarum meninggal dunia.

Ambil masa lebih lama

"Bagi simpanan melebihi RM25,000, proses mengeluarkan semua simpanan KWSP akan mengambil masa lebih lama. KWSP pada peringkat awal akan membayar pendahuluan sebanyak RM2,500 kepada waris terdekat.

"Pembayaran tidak melebihi RM17,500 hanya akan dibuat selepas dua bulan dari tarikh pencarum meninggal dunia.

Baki simpanan
"Baki simpanan akan dibayar selepas dokumen Surat Kuasa Mentadbir atau Surat Probet atau Perintah Pembahagian atau Sijil Faraid dikemukakan," katanya.

KWSP berkata, proses memperoleh dokumen berkenaan mengambil masa dan masalah seumpama itu boleh dielakkan jika pencarum membuat penama ketika mereka masih hidup.

Amaran jika naik harga alat tulis

Posted: 27 Dec 2013 12:40 PM PST

Amaran jika naik harga alat tulisHasan membantu Mohd Aiman Rashidi Mazlan, 9, dari SK Inas Kuala Pilah mencuba baju sekolah selepas Majlis Pelancaran Kempen Jualan Kembali ke Sekolah di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju, semalam. - Foto Salhani Ibrahim

Tindakan tutup premis, rampas barang jualan, denda

Kuala Lumpur: Persekutuan Pertubuhan Penjual Alat Tulis dan Buku Malaysia berdepan tindakan tegas di bawah Akta Persaingan 2010, jika mereka bertindak menaikkan harga alat tulis mengikut takrifan sendiri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata antara tindakan boleh diambil termasuk denda, penutupan premis perniagaan, selain barang jualan turut dirampas.

Katanya, tindakan sedemikian boleh diambil kerana rancangan pihak terbabit untuk menaikkan harga alat tulis membawa kepada aktiviti kartel yang bertujuan mengaut keuntungan berlebihan dengan memonopoli pasaran.

"Saya sudah mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menyiasat perkara berkenaan dan jika terbukti mereka melakukan perkara itu, tindakan boleh diambil terhadap pihak terbabit.

Berpakat naik harga tindakan salah

"Menjadi satu kesalahan apabila ada pakatan yang bermuafakat untuk menaikkan harga barang. Mereka seharusnya mengutamakan pengguna yang sering menjadi mangsa akibat kenaikan harga barang, bukan bertindak sebaliknya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Jualan Kembali ke Sekolah di Pasaraya AEON, di sini, semalam.

Kelmarin sebuah akhbar melaporkan persatuan terbabit merancang menaikkan harga alat tulis dan buku sehingga 20 ke 30 peratus pada suku pertama tahun depan, atas alasan pelaksanaan gaji minimum serta kenaikan kos operasi, termasuk pengangkutan dan sewaan premis.

Selain itu, kenaikan harga barangan berkenaan juga ekoran kadar baru tarif elektrik, harga bahan api yang lebih tinggi dan kadar pertukaran mata wang antara ringgit dan yuan, kerana kebanyakan alat tulis diimport dari China.

SPAD terima 10,000 aduan talian hotline

Posted: 27 Dec 2013 12:38 PM PST

Kuala Lumpur: Pelekat aduan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang ditampal pada kenderaan awam bagi memudahkan pengguna jalan raya melaporkan kesalahan kenderaan berkenaan berjaya menarik kira-kira 10,000 aduan selepas dilancarkan November tahun lalu.

Pengarah Penguat Kuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, berkata SPAD bagaimanapun hanya mengambil tindakan kepada kira-kira 2,000 kenderaan saja berikutan kebanyakan laporan diterima tidak lengkap.

"Kita nasihatkan pengguna jalan raya memberi laporan lengkap dan memenuhi segala maklumat lanjut seperti lokasi kejadian, nombor pendaftaran kenderaan dan kesalahan.

"Ini memudahkan SPAD untuk mengambil tindakan secepat mungkin selepas menerima laporan pengguna jalan raya," katanya pada sidang media selepas menyerahkan Bayaran Zakat Asnaf Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (KT), di sini, semalam.

Pelekat terbabit yang tertera talian hotline 1-800-88-SPAD (7723), secara e-mel (aduan@spad.gov.my), laman Twitter (@aduanTwitter) atau laman web (www.spad.gov.my) dijadikan saluran baru menggantikan nombor talian aduan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).