Laluan sakit gergasi Eropah

Laluan sakit gergasi Eropah


Laluan sakit gergasi Eropah

Posted: 06 Dec 2013 02:17 PM PST

COSTA DO SAUIPE (Brazil): England yang menunggu lebih 40 tahun untuk menjulang Piala Dunia bakal menghadapi laluan paling sukar apabila diundi bersama Uruguay, Costa Rica dan Itali pada saingan Kumpulan D Piala Dunia Rrazil 2014.

Pertemuan menentang Uruguay iaitu juara Copa America 2011 dan pasukan yang beraksi di separuh akhir piala dunia lalu bagaikan ujian sukar buat England - pertemuan kedua dalam peringkat kumpulan - di Sao Paulo, pada 19 Jun 2014.

Tapi, sebelum mereka berdepan Uruguay, barisan England harus terlebih dahulu berdepan Itali pada perlawanan pembukaan di Manaus, pada 15 Jun - satu pertemuan ulangan suku akhir 2012 yang dimenangi Itali menerusi sepakan penalti.

Juara bertahan, Sepanyol pula akan memulakan kempen peringkat kumpulan menentang Belanda - pertemuan yang boleh diandaikan perlawanan ulangan akhir Piala Dunia 2010 - di di Salvador, pada 12 Jun.

Foto


Sepanyol yang menumpaskan Belanda 1-0 pada pertemuan di Afrika Selatan menerusi jaringan masa tambahan melalui Andres Iniesta, juga diandaikan bakal melalui perlawanan ulangan menentang Chile, yang menang pada perlawanan peringkat kumpulan pada piala dunia sebelum ini.


Australia melengkapkan pasukan bakal bertanding pada peringkat Kumpiulan B iaitu kelompok yang boleh dianggap turut sukar.

Jerman dan Portugal pula diundi dalam kelompok sama iaitu Kumpulan G yang juga dibarisi Ghana dan Amerika Syarikat.

Kedua-dua pasukan gergasi Eropah itu akan bertemu di Salvador, pada 16 Jun.

Undian tampak mudah buat Brazil, yang mencari formula dan memasang impian untuk menebus kekecewaan ketika negara itu menjadi tuan rumah pada 1950.

Barisan bimbingan Luiz Felipe Scolari itu akan berdepan Croatia, Mexico dan Cameroon pada perlawanan peringkat Kumpulan A, dengan pertemuan pembukaan menentang Croatia di Sao Paulo, pada 12 Jun.

Tarikh berkenaan adalah permulaan pesta dengan Argentina akan menentang Iran manakala Nigeria bertemu Bosnia-Herzegovina, pada pertemuan peringkat Kumpulan F.

Selepas melalui ranjau sehingga terpaksa beraksi pada perlawanan play-off, Perancis diundi dalam Kumpulan F bersama jirannya, Switzerland, Ecuador dan Honduras.

Colombia akan menentang Greece manakala Ivory Coast akan bertemu Jepun dalam Kumpulan C sementara Belgium akan berdepan Algeria, Russia dan Korea Selatan pada saingan Kumpulan H. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/07

Azab 104 rotan

Posted: 06 Dec 2013 02:17 PM PST

Kuala Lumpur: "Tangan dan kaki saya diikat, manakala kepala ditundukkan. Tidak lama kemudian sebatan pertama singgah di punggung.

"Ketika itu saya rasa seperti langit terbuka. Azabnya tidak terperi, hanya Allah yang tahu. Saya meraung, menjerit dan baru ingat Tuhan."

Itu kata seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Botak Chop, 53, yang meringkuk dalam penjara selama lebih 26 tahun dan disebat dengan rotan sebanyak 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.

Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat.

Foto

BADAN Botak Chop penuh bertatu.


Akibat 39 kesalahan jenayah samun bersenjata api pada 1973 dan 1974, Botak Chop dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 196 tahun dan tiga bulan bermula 1974 namun dibebaskan pada 2000 selepas mendapat pengampunan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/07

Gerak hati ibu temui jasad

Posted: 06 Dec 2013 02:16 PM PST

Kuantan: Gerak hati seorang ibu mengatakan anaknya masih berada berdekatan lokasi kejadian membawa kepada penemuan jasad Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Pekan Jamali Ali yang lemas ditelan pusaran air di Sungai Isap, di sini, Rabu lalu.

Jenazah Jamali, 44, anak ketiga daripada tujuh beradik itu ditemui terperangkap dalam timbunan sampah sarap bawaan banjir jam 2.30 petang semalam oleh penduduk kampung yang menjalankan usaha mencari mangsa 100 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh selepas bot gentian kaca dinaiki bersama anaknya, Megat Nazri, 17, terbalik.

Terdahulu, jenazah Megat Nazri ditemui terapung dalam tali air berdekatan Taman Guru, di sini, jam 9.30 pagi semalam kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Menceritakan penemuan itu, abang sulung mangsa, Mazli, 47, berkata, ibunya, Maznah Ahmad, 68, menghubunginya pagi semalam memberitahu dia yakin adiknya itu berada tidak jauh dari lokasi Jamali jatuh.

Foto

JENAZAH Megat Nazri yang lemas dibawa ke HTAA untuk dibedah siasat. Gambar kecil, Megat Nazri. NEWS


"Ketika itu saya berada di tempat kejadian membantu usaha mencari bersama penduduk kampung.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/07

Langkah kanan

Posted: 06 Dec 2013 02:16 PM PST

Kuala Lumpur: Anak buah Muhammad Dhaarma Raj bermula langkah kanan apabila menundukkan New Zealand 3-2 pada perlawanan Kumpulan D Piala Dunia Remaja di Stadium Hoki Major Dhyan Chand, New Delhi, semalam.

Kemampuan jentera serangan skuad negara tidak dapat dinafikan apabila menjaringkan gol awal, namun benteng pertahanan terlalu rapuh perlu diberi perhatian serius oleh Dhaarma, kerana lawan selepas ini, Afrika Selatan dan England pasti lebih getir.

Tampil dengan reputasi juara Asia, Malaysia membuka jaringan seawal minit keenam, menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Muhd Shahril Saabah, namun pakar sudut penalti New Zealand, Kane Russell menyamakan kedudukan pada minit ke-11, juga menerusi gerakan sama menjadikan babak pertama terikat 1-1.

Dengan sokongan sekumpulan kecil penyokong yang ditaja UniKL di sana, Malaysia kembali di depan ketika separuh masa kedua baru berusia dua minit apabila Mohd Rashid Baharom menjaringkan gol padang yang menarik.

Foto

FIRHAN (tengah) muncul wira jaring gol kemenangan.


Begitupun, kedudukan 2-1 itu hanya kekal 10 minit apabila Russell sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti sekali gus menghukum kelalaian pertahanan negara.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/07

Tak rela dimadu

Posted: 06 Dec 2013 02:15 PM PST

Dia wanita penuh 'sex appeal'. Nama�nya juga tersenarai dalam kelompok selebriti wanita tempatan paling asyik, seksi, panas dan menggoda.

Melangkah masuk bidang seni berlandaskan bakat, apabila diiktiraf sebagai salah seorang finalis program realiti Akademi Fantasia 3 (AF3) pada 2005, rentetan hidup Mar�sha Milan Londoh selama lapan tahun menjadi anak seni tidak sunyi dihambat kontroversi.

Namun perbualan dengan wanita berusia 28 tahun kelahiran Michigan, Amerika Syarikat kali ini menyelami dasar hati seorang perempuan yang tidak akan pernah rela bermadu.

Ketepikan seketika pegangan agamanya yang tidak tertera soal poligami, Marsha yang diketahui peminat sering mendampingi pemuda Melayu mengakui dia menentang Poligami.


"Saya memang pantang benda macam ini dan berjanji pada diri sendiri tidak mahu menjadi isteri kedua atau dimadukan. Dalam bercinta pun saya tidak boleh terima pasa�ngan berlaku curang kerana saya seorang yang setia.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/07