Pahang, Terengganu cecah 60,000 mangsa |
- Pahang, Terengganu cecah 60,000 mangsa
- Bukan lagi 'business as usual'
- Demi tampil jelita
- Fuad terpantas ujian masa
- Tak mahu tamak
Pahang, Terengganu cecah 60,000 mangsa Posted: 07 Dec 2013 10:23 AM PST KUALA LUMPUR: Pahang dan Terengganu kini mencatatkan jumlah keseluruhan 60,851 mangsa banjir yang ditempatkan 191 pusat penempatan banjir berikutan hujan berterusan dan ancaman gelombang kedua yang dijangka berlaku. Di PAHANG, harapan untuk melihat keadaan banjir di negeri itu reda seakan tipis apabila hujan berterusan sejak awal pagi tadi. Cuaca cerah sepanjang semalam membuatkan ramai menjangkakan berterusan hingga ke hari ini namun sebaliknya berlaku. Sehingga kira-kira 1.30 petang tadi, sekurang-kurangnya 38,210 mangsa masih berada di 117 pusat pemindahan di negeri ini.
Sekurang-kurangnya 172 mangsa daripada 42 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan di Rompin. Di Maran pula, 183 mangsa daripada 43 keluarga ditempatkan di 5 pusat pemindahan. Temerloh turut mencatatkan peningkatan apabila 839 mangsa daripada 167 keluarga ditempatkan di 22 pusat pemindahan di daerah itu. Seramai 53 mangsa daripada 11 keluarga pula berada di empat pusat pemindahan di Lipis. Di Jerantut, 519 mangsa daripada 111 keluarga dipindahkan ke 10 pusat pemindahan dan Bera mencatatkan 117 mangsa daripada 25 keluarga ditempatkan di lapan pusat pemindahan. Jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang mengingatkan penduduk di negeri ini supaya sentiasa peka dengan keadaan semasa kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku. Katanya, penduduk terutama yang berada di kawasan rendah diingatkan supaya sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan mengikut arahan pihak berkuasa jika diarahkan berpindah. Di TERENGGANU, gelombang kedua yang dijangka berlaku malam ini menyebabkan peningkatan mendadak jumlah mangsa banjir di Terengganu terutama daerah Kemaman. Sehingga 1.30 petang tadi, 22,641 mangsa (5,201 keluarga) berbanding hanya 7,140 mangsa pada jam 12 tengah hari yang kini ditempatkan di 74 pusat pemindahan di seluruh Terengganu. Daerah Kemaman menunjukkan peningkatan mendadak iaitu seramai 18,576 mangsa daripada 4,177 keluarga yang dipindahkan di 43 pusat pemindahan berbanding hanya 2,778 mangsa sebelum ini. Peningkatan yang ketara berlaku berikutan orang ramai mengambil langkah awal selepas mendapat maklumat akan berlaku gelombang kedua banjir sekali gus mengelak kejadian tidak diingini berlaku. Bagaimanapun, Dungun yang sebelum ini mencatatkan jumlah mangsa tertinggi menunjukkan penurunan apabila hanya 3,951 mangsa (991 keluarga) saja ditempatkan di 27 pusat pemindahan berbanding 4,248 mangsa kira-kira jam 12 tengah hari tadi. Sementara di Marang, 44 mangsa daripada 15 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Jenang dan SK Pasir Puteh. Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga) dengan angin kencang Timur Laut berkelajuan dari 60kmsj dan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 9 Disember depan. Terengganu dan Kelantan turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang mana ia berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/07 |
Bukan lagi 'business as usual' Posted: 07 Dec 2013 10:22 AM PST Oleh NASHARUDDIN MUHAMMAD, AHMAD SAUFI MANSOR, MOHD NUR ASNAWI DAUD, SYAH RUL ASWARI ABDULLAH, MAIAMALINA MOHAMED AMIN, YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB, YUSMIZAL DOLAH ALING, MOHD HAFIZEE MOHD AROP dan HAMIZAH BADIRAN KUALA LUMPUR: "Kita tidak kebal...sama seperti parti LDP (Jepun), Kongres (India) dan Golkar (Indonesia), sekiranya kita tidak berubah kepada landskap politik sekarang, maka kita akan kecundang," kata Datuk Seri Najib Razak. Presiden UMNO itu berkata, hanya parti yang sanggup berubah akan terus memerintah dan menerajui tampuk kepemimpinan negara. Sehubungan itu, katanya, semua ahli parti mesti berubah dalam setiap gerak kerja selepas ini bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus mencapai kejayaan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang. "Ayat 'business as usual' tak boleh dipakai sekarang sebab suasana sudah berubah landskap politiknya juga berbeza, kerana itu jika tak faham politik baru, kita akan kecundang," katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013, semalam. "Kita tidak kebal...sama seperti parti LDP (Jepun), Kongres (India) dan Golkar (Indonesia)," kata Najib. "Ayat 'business as usual' tak boleh dipakai sekarang sebab suasana sudah berubah, landskap politiknya juga berbeza," tegas Najib.
Menurutnya, perubahan itu dituntut demi kelangsungan masa depan dan UMNO tidak mahu lagi dibuai kegemilangan lalu. "Kita cuba betulkan sebelum terlambat, jangan sudah dekat PRU-14 baru kita terkial-kial nak buat kerja," katanya. Dalam pada itu, Najib berkata, Perlembagaan UMNO akan dipinda bagi mengubah Fasal 33 dengan menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan umat. "Untuk itu Perhimpunan Agung Khas untuk meminda perlembagaan akan diadakan tahun depan," katanya. Berkaitan Indeks Prestasi Utama (KPI) pemimpin parti, beliau berkata, semua perkara berkaitan perjalanan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri, Bahagian dan Cawangan ada termaktub dalam perlembagaan parti. "Sudah tiba masanya kita kuatkuasakan dan Majlis Tertinggi akan menentukan kaedahnya selepas ini," katanya. REAKSI UCAPAN PRESIDEN UMNO "Penekanan kepada isu golongan muda menunjukkan Presiden sayang kepada generasi baru. Ini sekali gus menunjukkan orang muda sentiasa ada peluang dalam UMNO." - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Kedah, Mohd Mustaffa Kamal Shaik Ismail "Apa yang ditekankan Presiden supaya orang muda sentiasa gah di mana saja akan dijadikan pegangan oleh generasi muda untuk menempuh dunia politik yang semakin mencabar. Harapan Presiden terhadap orang muda sangat besar." - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Johor, Bastien Onn "Presiden menyentuh soal Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan penerangan yang baik kepada perwakilan. Saya yakin rakyat di akar umbi akan memahaminya selepas dijelaskan oleh perwakilan kelak." - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak, Perak Dr Faizal Tajuddin. "Ucapan yang menyentuh hati terutama berkaitan Islam. Ternyata UMNO tetap serius memperjuangkan agama biarpun sering dinafikan pembangkang. Saya percaya ia sangat baik untuk roh perjuangan." - Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat, Johor Yahya Ali. "Selepas ini semua ahli UMNO di peringkat cawangan atau bahagian mesti buat kerja dengan telus dan gigih supaya UMNO kekal relevan. Selain itu, berilah laluan kepada orang muda yang banyak membantu UMNO." - Ketua Puteri UMNO Bahagian Batu Pahat, Johor Masrini Rahmad. "Bulatan di luar dan dalam bermaksud tiada persaingan dalam UMNO kerana kita saling membantu. Jika orang muda yang tepat dipilih sebagai pelapis baru dan diberi kesempatan menjaga parti ini, UMNO tetap akan wujud dengan kukuh." - Ketua Puteri UMNO Bahagian Shah Alam, Selangor Nurulhusna Yem |
Posted: 07 Dec 2013 10:22 AM PST Kuala Lumpur: Tinggal tiga hari lagi selebriti popular Rozita Cik Wan, 39, bakal bergelar isteri kepada Zain Saidin, 29, apabila dijadual melangsungkan pernikahan Rabu ini, diikuti persandingan pada Jumaat ini. Ketika pereka terkenal sibuk menyiapkan busana untuk digayakan pada hari bersejarahnya, Rozita atau Che Ta pula sibuk menjalani rawatan kecantikan untuk tubuh badan, rambut, termasuk pemutihan gigi supaya penampilannya pada hari bahagia lebih berseri. Kalau pengantin lain mungkin sanggup ikat perut demi nampak cantik pada hari bahagia, Che Ta juga tidak kurang hebatnya untuk tampil jelita. Katanya, untuk rawatan spa, dia mendapat tajaan dari dua pusat rawatan kecantikan iaitu Alammi Spa dan Jentayu Spa. Dia menjalani rawatan mandi susu, mandi lulur, mandi bunga dan beberapa rawatan kecantikan lain. CHE TA bersama Zain.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/08 |
Posted: 07 Dec 2013 10:22 AM PST Shah Alam: Ahmad Fuad Baharudin mengetepikan cabaran Norizman Ismail untuk muncul pelumba terpantas sesi ujian masa CP130 pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang berlangsung di Shah Alam, Selangor, semalam. Pelumba Faito Yamaha Motobert berkenaan merakam catatan terpantas 58.954 saat mengatasi pencabar utamanya itu yang mengekori di kedudukan kedua terpantas dengan 59.146s. Kedua-dua pelumba, Fuad dan Norizman (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) masing-masing bersaing untuk merangkul gelaran juara keseluruhan selain meletakkan nama sebagai pelumba pertama yang memenangi tiga gelaran juara keseluruhan kelas CP130/Expert. Saingan ujian masa hari pertama kejuaraan turut menyaksikan tiga rakan sepasukan Norizman, Elly Idzlianizar Ilias, Mohd Affendi Rosli dan Mohd Fitri Ashraf Razali melengkapkan senarai lima pelumba terpantas ujian masa CP130. "Saya tidak menyangka dapat mencatat masa terpantas memandangkan saya masih belum begitu serasi dengan jentera terutama disebabkan faktor cuaca yang berbeza-beza," jelas Fuad yang kini mendahului senarai keseluruhan dengan 128 mata, satu mata mengatasi Norizman di tangga kedua. Fuad Baharudin
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/08 |
Posted: 07 Dec 2013 10:21 AM PST Nama Mardiana Alwi, 25, bukan baru dalam industri seni tempatan. Dia mula aktif berlakon sejak 2006 apabila membintangi drama Biarlah Rahsia (RTM) dan Salsamuay (Astro Ria) dan sehingga kini membintangi 30 drama. Bakatnya juga disegani di pentas teater apabila memegang watak utama dalam Nyonya & The Geng bergandingan dengan bintang popular seperti Fara Fauzana, Misha Omar dan Amy Mastura. Sayangnya, nama Mardiana tidak 'gah' seperti bakat baru sedia ada yang cepat mencipta nama dan popular walaupun baru membintangi beberapa drama. Dia adalah pelakon utama drama Hari Hari Terakhir Seorang Seniman yang menerima banyak pencalonan di Anugerah Skrin 2013 yang berlangsung 29 November lalu, tetapi kehadirannya di acara prestij itu tidak diberi perhatian.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |