Berebut harta jutaan ringgit |
- Berebut harta jutaan ringgit
- Pekik minta tolong
- Bocor dan pecah
- 'Suka duka bola 2013'
- Kumpul duit belajar ke Taiwan
Posted: 30 Dec 2013 09:55 AM PST Subang Jaya: "Saya terpaksa merangkak di dalam longkang untuk menyelamatkan diri daripada serangan adik ipar. Dia bagaikan dirasuk apabila memecah masuk rumah saya dan mempersoalkan soal pembahagian harta arwah suami bernilai jutaan ringgit. "Akibat penderaan mental yang dialami, setiap hari saya trauma memikirkan keselamatan diri bersama seorang anak perempuan kerana keluarga mentua juga sering memperhatikan tindak-tanduk saya menunggu kesempatan untuk mengancam keselamatan saya," kata warga emas, Zainab, 55. Katanya, dia hidup umpama pelarian selepas suaminya yang juga seorang pegawai kanan kerajaan meninggal dunia tahun lalu, kerana bimbang di apa-apakan, salah seorang daripada adik iparnya yang mengancam mahu membunuhnya termasuk menuduh dia melarikan barang kemas milik keluarga mentua. Dalam kejadian sekitar Mac lalu itu, dia yang sedang tidur di rumahnya di Alor Setar dikejutkan dengan jeritan adik ipar di dalam rumah yang menuduhnya mencuri barang kemas keluarga dan mengugut mahu membunuhnya. DUA wartawan Harian Metro menemu bual Zainab dan anaknya mengenai serangan keluarga mentua. ANAK Zainab hidup dalam ketakutan.
|
Posted: 30 Dec 2013 09:49 AM PST Perai: "Saya terdengar suara orang menjerit meminta tolong, tetapi apabila sampai, saya lihat seorang daripada mangsa sudah mati di tepi jalan. Seorang lagi berada dalam belukar," kata seorang saksi yang enggan dikenali mengenai pembunuhan dua wanita warga Myanmar di Kampung Setol dekat sini, tengah hari semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, mangsa yang sebagai dikenali Than, 42, dan Htay Htay Than, 19, ditemui orang awam di tepi kawasan belukar berhampiran kampung berkenaan dengan beberapa kesan tikaman di belakang badan dan muka. Saksi itu berkata, ketika melalui jalan pintas di kampung berkenaan, dia berpatah balik apabila mendengar suara menjerit meminta pertolongan dan melihat salah seorang daripada mangsa sudah tidak bernyawa di tepi belukar. Katanya, ketika kejadian, jalan berkenaan agak sunyi dan berikutan itu, dia terus menghubungi pihak polis. ANGGOTA forensik mengangkat mayat mangsa yang ditemui di Jalan Baru, Kampong Setol.
|
Posted: 30 Dec 2013 09:31 AM PST Alor Setar: Seorang wanita mendakwa suaminya cedera parah pada bahagian badan dan kemaluan selepas dipercayai dibelasah polis ketika lebih 10 hari berada dalam tahanan sejak 11 Disember lalu. Isteri mangsa, 28, berkata, kejadian itu berlaku ketika suaminya yang juga seorang kontraktor ditahan reman untuk membantu siasatan berhubung kes rogol yang dikatakan berlaku di Taman Tengku Maheran, dekat Jitra, pada 9 Disember lalu. Mangsa dikatakan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu bersama isterinya selepas dimaklumkan ibunya mengenai kehadiran beberapa anggota polis ke rumah mereka untuk siasatan mengenai nombor pendaftaran keretanya pada 11 Disember lalu. Difahamkan, ketika itu mangsa tiada di rumah kerana mengambil isterinya selepas tamat mengikuti kursus di Tanah Merah, Jitra, pada hari yang sama. Mangsa kemudiannya ditahan polis pada 11 Disember dan direman selama tujuh hari bermula 12 Disember hingga 18 Disember, namun kemudian disambung sehingga 23 Disember sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi akibat kecederaan parah pada Isnin lalu. MANGSA kini menerima rawatan di hospital. ISTERI mangsa menunjukkan laporan dan gambar suaminya.
|
Posted: 30 Dec 2013 08:25 AM PST Kuala Lumpur: Bagi peminat bola sepak tempatan, 2013 pasti mahu segera dilupakan dalam ingatan mereka. Tiada kejayaan di peringkat antarabangsa yang boleh menjadi tajuk bualan peminat, tidak kira sama ada ia membabitkan pencapaian skuad senior mahupun Harimau Muda. Kegagalan skuad bawah 23 tahun negara (B-23) kendalian Datuk Ong Kim Swee menjadi penutup penuh duka tahun ini apabila mereka pulang dengan tangan kosong pada temasya Sukan SEA di Myanmar sekali gus gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada dua edisi terdahulu. Skuad muda ini diletakkan harapan tinggi selepas melakukan persiapan rapi dalam dan luar negara termasuk pendedahan di Eropah namun krisis kecederaan ramai tonggak utama seperti Wan Zack Haikal Wan Noor dan Junior Eldstal memberi kesan kepada persembahan pasukan walaupun berjaya memenangi Pestabola Merdeka September lalu. Episod malang skuad B-23 itu seakan menuruti langkah sumbang 'abangnya' yang kini diibaratkan sudah 'nyawa-nyawa ikan' untuk layak ke Piala Asia 2015 selepas gagal dalam perebutan dua pasukan terbaik Kumpulan D dan kini mengharapkan tiket sebagai pasukan ketiga terbaik keseluruhan untuk mara. PEMAIN Harimau Muda kecewa selepas tewas penalti pada perlawanan separuh akhir Sukan SEA kepada Indonesia.
|
Posted: 30 Dec 2013 06:38 AM PST Setiap orang pasti menyimpan hasrat melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi namun terpulang pada rezeki masing-masing. Begitu juga dengan juara Akademi Fantasia musim pertama (AF1), Vince atau nama sebenarnya Vincent Chong Ying Cern yang sudah lama menyimpan hasrat melanjutkan pengajian di luar negara. Impian itu direalisasikan pada 2008 selepas penyanyi Mengapa Harus Cinta Itu berjaya mengumpul wang mencukupi untuk melanjutkan pengajian di Universiti Chinese Cultural, Taiwan dalam bidang bahasa Mandarin. Jarang pula mendengar penggiat seni mempelajari bidang bukan berkaitan dengan kerjayanya namun itulah pilihan Vince, sekali gus mengetepikan dakwaan penyanyi itu ke Taiwan kerana merajuk dengan industri tempatan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |