Niat baik kakak bertukar tragedi

Niat baik kakak bertukar tragedi


Niat baik kakak bertukar tragedi

Posted: 24 Dec 2013 11:48 AM PST

DUNGUN: Kegembiraan lima beradik termasuk seorang sepupu mereka mandi di kawasan air terjun Tasek Puteri, Bukit Besi, di sini, bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka lemas.

Bagaimanapun, mangsa Nur Sumayyah Mukhtar, 13, pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, di sini, disahkan meninggal di Hospital Dungun kira-kira jam 9.20 malam tadi.

Sebelum kejadian, mangsa mandi bersama adik-beradiknya, Nurhidayah, 24, Nur Aisyah, 16, Nur Nasisah 10, dan sepupunya, Hanis Syazira Anum Suhaimi, 14, kira-kira 5 petang.

Ketika sedang mandi, mangsa bersama kakaknya, Nur Aisyah dikatakan lemas dan tenggelam timbul di tasik terbabit sebelum kakaknya Nurhidayah mengharungi tasik itu dan berjaya menarik Nur Aisyah sebelum dibawa ke tebing sungai.

Foto


Kakaknya itu yang mendapati mangsa tenggelam ke dasar tasik terbabit sekali lagi bertindak mengharungi tasik dan berusaha mencari mangsa termasuk menggunakan kaki untuk menyentuh mangsa berikutan air tasik yang keruh.


Usahanya itu berjaya dan mangsa ditarik oleh kakaknya itu sebelum dibawa naik ke daratan.

Beberapa pengunjung yang terdengar jeritan meminta tolong daripada kakak mangsa bergegas ke tempat kejadian sebelum mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan Bukit Besi.

Mangsa yang kelihatan lemah kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk untuk menerima rawatan lanjut dan mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, Nurhidayah berkata, dia membawa adik-adiknya itu berkunjung ke tasik terbabit untuk beriadah.

Katanya, mereka mandi di kawasan yang cetek dan tidak menyangka keseronokan itu membawa kepada kejadian yang cukup menyedihkan.

"Saya sama sekali tidak menyangka hasrat unyuk menggembirakan adik-adik bertukar dengan kejadian sedih yang membuatkan saya sukar melupakan kejadian malang terbabit," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihak hospital memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan sehingga ini polis masih belum menerima laporan daripada keluarga mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25

Ikan 'naik' ke darat

Posted: 24 Dec 2013 11:43 AM PST

LAHAD DATU: Penduduk di Kampung Tambisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.

Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.

Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.

Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.

Foto

BEBERAPA penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai. FOTO ihsan Mohd Irsyad Sahri

Foto

BEBERAPA penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai. FOTO ihsan Mohd Irsyad Sahri


Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25

Adik kena campak

Posted: 24 Dec 2013 11:32 AM PST

Kuala Lumpur: "Saya terpaksa mengambil Natasyah dan lima lagi anak dari sebuah rumah kebajikan di Kuantan, Ogos lalu, selepas mendapat tahu daripada anak sulung Natasyah sering dipukul, dibaling dan dicampak pekerja di pusat kebajikan terbabit.

"Malah, ketika bercuti di Teluk Kemang, Port Dickson, Oktober lalu, tiba-tiba anak saya diserang sawan menyebabkan dia dimasukkan ke hospital dan ketika itu saya mendapat tahu dia mengalami pendarahan dalam otak," kata Zuraidah Jasman, 31, ibu seorang kanak-kanak perempuan, Nurain Natasyah Abdullah, 4, yang meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat didera, kelmarin.

Menurutnya, sejak kejadian itu, anaknya kembali beransur sembuh, namun Sabtu lalu, dia mendakwa mangsa sekali lagi terkena sawan sehingga kaki dan tangan kejang menyebabkan dia terpaksa mengurut anaknya kira-kira 10 minit sebelum mangsa kembali stabil.

"Anak saya kemudian meminta air sebelum dia tidur. Bagaimanapun, ketika saya mengejutnya jam 9 malam untuk makan, Natasyah tidak sedarkan diri walaupun saya memanggil namanya berulang-kali.

Foto

BAPA tiri mangsa mengusung jenazah Natasyah untuk dikebumikan.


"Saya terpaksa menggoncang dan menampar serta mencubitnya supaya dia kembali sedar, namun tidak berhasil menyebabkan saya panik dan terus menghantarnya ke Hospital Kuala Lumpur seorang diri kerana ketika itu suami tiada di rumah," katanya di pekarangan Masjid Sungai Besi, di sini, selepas solat jenazah anaknya itu.


Zuraidah berkata, mangsa anak bongsu daripada enam beradik di mana yang sulung berusia 11 tahun dan anak hasil perkongsiannya dengan bekas suami sebelum mereka bercerai.

"Saya hidup susah dan terpaksa menyerahkan anak kepada pusat kebajikan terbabit selepas dibuang ahli keluarga sendiri yang enggan menerima saya," katanya

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25

Setia hingga akhir hayat

Posted: 24 Dec 2013 09:55 AM PST

Shah Alam: Setia hingga hujung nyawa boleh menggambarkan kesetiaan dua kucing jenis Benggal yang berada di sisi tuannya walaupun lelaki itu sudah tujuh hari meninggal dunia sebelum mayatnya ditemui polis, Ogos lalu.

Kucing diberi nama Tony dan Tiger itu tinggal bersama tuannya, seorang lelaki berusia 70-an di sebuah rumah di Kota Kemuning, di sini, sebelum dia ditemui mati selepas jiran tetangga mencurigai bau busuk dari rumah berkenaan.

Apa yang menyentuh perasaan, anggota polis yang menjalankan pemeriksaan di rumah berkenaan menemui kucing berkenaan berada di sisi tuannya yang sudah tidak bernyawa di ruang tamu dan membengkak dipercayai diserang penyakit ketika berada di rumah.

Kasihan melihat keadaan Tony dan Tiger yang kurus dan kelaparan, anggota dari Pondok Polis Kota Kemuning mengambil keputusan membela kucing berkenaan yang kini menjadi teman setia mereka ketika bertugas.

Foto

AHMAD bersama kucing bernama Tony yang dibela di Pondok Polis Kota Kemuning.

Foto

TONY menunggu di pintu masuk pondok polis dan sering menarik perhatian orang ramai.


Ketua Pondok Polis Kota Kemuning Koperal Ahmad Yusof berkata, Tony dan Tiger boleh dianggap sebagai terapi kepada enam anggota pondok polis berkenaan yang menganggap haiwan itu sebahagian daripada keluarga pasukan berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25

Jac, Wilson ada perancangan

Posted: 24 Dec 2013 05:11 AM PST

Selamat Hari Krismas! Keraian yang dinanti-nantikan umat Kristian seluruh dunia, demikian juga kali ini ditampilkan penghias muka depan RAP iaitu penyanyi bersuara hebat Jaclyn Victor dan model yang makin meningkat naik Wilson Tan berkongsi kegembiraan mereka meraikan perayaan ini.

Tentu sekali sibuk apalagi menjelang Januari nanti bakal berentap di Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28), Jaclyn atau Jac, 35, tidak mahu lepaskan peluang berada di sisi keluarga tercinta perayaan ini.

Malah, gara-gara mahu berkumpul serta bertemu dengan sanak-saudara yang lama tidak berjumpa, penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu sanggup menolak acara penting kerana tidak rela masa bersama keluarga diganggu.

Masih tetap merayakannya secara bersederhana, pemilik suara Ikut Rentakku ini bagaimanapun sentiasa teruja apatah lagi pada masa beginilah dia dapat melupakan kerjayanya seketika.

Foto


"Perasaan teruja memang sentiasa ada setiap kali menjelang Krismas atau Hari Natal. Bukan saja dapat meluangkan masa bersama keluarga, malah inilah masa terbaik untuk saya merehatkan minda.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25