Rumah pusaka tinggal tangga |
- Rumah pusaka tinggal tangga
- Terengganu naik, Pahang OK
- 3 tak cukup
- Tiada senyuman Kim Swee
- 'Saya tak serik berumah tangga'
Posted: 10 Dec 2013 10:52 AM PST KEMAMAN: Bagaikan tsunami kecil apabila sebuah rumah dihanyutkan arus sejauh hampir 100 meter dan hanya meninggalkan tangga di kediaman asal seorang buruh yang dilanda banjir di Kampung Air Putih, Chukai, dekat sini. Abdul Azam Mat Aris, 54, kini bukan sekadar hanya tinggal sehelai sepinggang malah sudah tidak berbumbung lagi apabila air naik mendadak sehingga meranapkan rumah pusaka didiaminya, sejak berusia lapan tahun. "Ketika kejadiaan saya sedang minum di sebuah kedai makan berhampiran dan dikejutkan orang ramai memberitahu air Sungai Kemaman naik mendadak sehingga melimpah ke kampung kami. "Dalam kekalutan menyelamatkan diri, saya tidak terfikirkan rumah dan hanya fikir mahu selamatkan diri dengan berlari ke tempat tinggi di sekolah meredah banjir setinggi paras pinggang," katanya ketika ditemui di sini, semalam. ABDUL Azam menerima bantuan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar
Sementara itu, tinjauan ke kampung berkenaan mendapati, ramai penduduk yang mula pulang ke rumah bergotong-royong membersihkan kediaman masing-masing. Pelbagai barangan seperti peralatan elektrik, perabot, kenderaan dapat dilihat jelas terdampar di segenap ceruk kampung dan diselaputi lumpur serta rosak. Meskipun letih mengemas rumah, senyuman masih terukir di bibir penduduk di beberapa kampung berhampiran yang terjejas akibat banjir antaranya Kampung Air Putih, Kampung Teladas dan Kampung Pasir Gajah. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/11 |
Posted: 10 Dec 2013 10:48 AM PST KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Terengganu semakin meningkat apabila seramai 15,146 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan pada jam 11 malam berbanding 14,362 jam 8 malam tadi manakala keadaan banjir di Pahang dan Johor semakin reda dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan semakin berkurangan. Di Terengganu, keadaan cuaca tidak menentu dengan hujan lebat di beberapa daerah menyebabkan jumlah mangsa meningkat membabitkan 3,593 keluarga yang dipindahkan ke 72 pusat pemindahan. Di Pahang, Keadaan banjir bertambah baik apabila jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan menurun mendadak malam tadi berbanding 30,790 orang, semalam. Cuaca cerah beberapa hari kebelakangan ini menyebabkan air surut dan membolehkan majoriti mangsa di lapan daerah pulang ke rumah masing-masing untuk melakukan kerja pembersihan. Sehingga jam 11 malam tadi, hanya 6,048 mangsa masih ditempatkan di 88 pusat pemindahan banjir di negeri ini. Di Johor, mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Segamat semakin berkurangan dengan seramai 266 orang daripada 63 keluarga berada di enam pusat pemindahan jam11 malam tadi berbanding 273 orang daripada 64 keluarga semalam. "Hujan renyai di kesemua kawasan terjejas itu dan keadaan 'banjir termenung' menyebabkan kesemua mangsa belum boleh pulang ke rumah masing-masing," menurut jurucakap itu. PENJAGA Pusat Memandu PSM mengalih sebahagian motosikal yang diselaputi lumpur di Jalan Air Putih, Kemaman. FOTO Yusmaizi Karim |
Posted: 10 Dec 2013 10:44 AM PST Hulu Klang: Dia sudah mempunyai tiga isteri dan 10 anak, namun masih belum puas melayani kehendak nafsu apabila tergamak merogol remaja baru berusia 13 tahun. Taktik lelaki berusia 55 tahun itu ialah menjadikan mangsa anak angkatnya dan mengumpan dengan wang apabila memberi belanja RM300 sebulan selain selalu menambah nilai kad prabayar telefon bimbit gadis berkenaan. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maz, 13, berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang dipanggil 'papa' melalui beberapa rakan sekolahnya tahun lalu. Menurutnya, rakan memberitahu lelaki itu baik hati dan suka mengambil pelajar sebagai anak angkat.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/11 |
Posted: 10 Dec 2013 10:10 AM PST Nay Pyi Taw: Tiada senyuman dijelmakan pengendali negara Datuk Ong Kim Swee yang menyambut hari lahirnya ke-43 hari ini. Anak buahnya memulakan kempen mempertahankan pingat emas Sukan SEA agak hambar apabila hanya menewaskan pasukan kerdil Kumpulan A, Brunei 2-0. Namun Kim Swee tetap menarik nafas lega dengan kejayaan mengutip tiga mata penuh pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Zeyer Thiri itu. "Semua pemain tidak suka dengan keputusan ini kerana mereka mahu banyak gol," katanya. ASHRI (kanan) jaring gol kedua perlawanan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/11 |
'Saya tak serik berumah tangga' Posted: 10 Dec 2013 05:21 AM PST Biarlah orang terus membuat pelbagai spekulasi kerana ia tidak sedikitpun menjadi kudis buat dirinya. Bagi pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley, 33, dia lebih selesa mengunci mulut mengenai statusnya yang didakwa sudah bernikah dengan janda anak satu di Thailand seperti yang heboh diperkatakan ramai ketika ini. Lebih memburukkan keadaan, gambar Jimmy bersama wanita bertudung dipercayai isteri baru serta anaknya dengan bekas isteri yang dimuat naik di laman Twitter turut disebarkan di laman blog dan sosial. "Saya tidak menafikan atau mengiyakan cerita yang tersebar itu. Insya-Allah, saya akan membuat sidang media khas untuk memberi penjelasan sebenar mengenai status saya apabila sampai masanya nanti. "Maaflah, saya tak bersedia untuk mengulas lanjut mengenai status kerana banyak hati yang perlu dijaga. Berilah ruang dan peluang untuk saya bernafas semula selepas apa yang berlaku sebelum ini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/11 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |