Khidmat baik pulih percuma |
- Khidmat baik pulih percuma
- Adi Putra lega polis gugur kes skandal
- Gadis arnab kini selesa berhijab
- 1 juta alami gangguan air
- 'Syurga' buku di PWTC
- Jemaah umrah seluruh dunia hanya 500,000
Posted: 12 Dec 2013 02:39 PM PST Chukai: Pemilik kenderaan yang rosak akibat banjir di Kemaman, lega apabila Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) daerah ini menawarkan khidmat baik pulih percuma. Bagi Mohd Robi Embong, 52, dari Kampung Paya Berenjut, khidmat itu amat bermakna baginya yang perlu membeli pelbagai alat ganti bernilai RM3,000 selain terpaksa juga menanggung beban akibat kerosakan kediaman dan kelengkapan rumah. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Adi Putra lega polis gugur kes skandal Posted: 12 Dec 2013 02:37 PM PST Kuala Lumpur: Pelakon, Mohamed Hadi Putera Halim atau Adi Putra, 32, yang didakwa ada skandal dengan isteri orang, lega apabila dimaklumkan polis mengklasifikasikan siasatan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). Keputusan itu dimaklumkan kepada peguam Adi pada 2 Disember lalu selepas siasatan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Ia berkaitan laporan polis yang dibuat suami wanita itu pada awal Ogos lalu. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah jika pengadu atau mana-mana pihak lain cuba menjatuhkan maruah dan reputasi saya semata-mata untuk merosakkan kerjaya seni dan nama baik saya. Ketika siasatan dijalankan, saya memberikan kerjasama penuh kepada polis dan keputusan ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas saya, katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi. Sementara itu, isterinya, Zuhaidah Yusof, 38, juga bersyukur dengan perkembangan itu dan berharap tiada lagi tuduhan sedemikian terhadap suaminya. Saya rasa lega bila mendapati keputusan berpihak kepada kami. Sebagai isteri, saya kena menjaga aib suami dan tidak melatah dengan apa yang berlaku sebab saya kenal dia. Turut hadir pada sidang media itu ialah peguamnya, Mohd Daud Ismail, Zambri Idrus dan Muhammad Abd Kadir. |
Gadis arnab kini selesa berhijab Posted: 12 Dec 2013 02:35 PM PST Seremban: Pernah bergambar ghairah untuk majalah Playboy, menjadi Gadis Arnab Kelab Playboy di Macau, bergambar seksi untuk iklan pakaian dalam, namun semua itu tidak lagi bermakna kepada model, Felixia Yeap, 27. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Posted: 12 Dec 2013 02:35 PM PST Kuala Lumpur: Kira-kira satu juta pengguna air di kawasan Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 13 jam bermula jam 8 pagi, Selasa ini. Gangguan itu adalah berpunca daripada pemberhentian operasi sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) di bawah kendalian Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) membabitkan 217,694 akaun pengguna Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Permintaan air meningkat Antara komponen kerja yang akan dilaksana termasuk menaik taraf papan suis bagi alat ubah (transformer) nombor 1 di muka sauk, pembaikan paip keluli, dan penggantian Sluice Valve di Rumah Pam Air Bersih ke Kolam Imbangan Matang Pagar. SYABAS juga ingin memaklumkan bahawa permintaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terus meningkat manakala rizab kapasiti bekalan air daripada 34 loji sedia ada sudah menyusut ke tahap kurang daripada satu peratus sekali gus menyebabkan tiada lagi bekalan air alternatif ketika waktu kecemasan, katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, semalam. Sehubungan itu, SYABAS akan mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning ketika loji berkenaan tidak beroperasi. Beri notis awal Susulan gangguan bekalan ini sudah diberikan notis awal, pihak SYABAS tidak akan menyediakan lori tangki sepanjang tempoh gangguan kecuali kepada pengguna kritikal di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat. Sebagai langkah persediaan awal, pihak SYABAS menyediakan 66 lori tangki dalam keadaan tunggu sedia serta 750 tangki statik sekiranya diperlukan khasnya di kawasan yang masih belum menerima bekalan air selepas tempoh 24 jam namun tertakluk kepada kapasiti kemudahan sedia ada SYABAS, katanya. Pengguna di kawasan berkenaan dinasihat menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh itu. Sebarang pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 24 jam di 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL(jarak)aduan/pertanyaan dan hantar ke 39222. Pengguna juga boleh membuat aduan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip puspel atau puspel syabas. Maklumat lanjut mengenai lokasi terjejas bekalan air berkenaan, layari www.syabas.com.my |
Posted: 12 Dec 2013 02:31 PM PST Kuala Lumpur: Sebanyak 35,000 buku pelbagai genre dipamer dan dijual sempena Ekspo Buku 1Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Pameran dan jualan buku terbesar dalam negara berlangsung selama lima hari bermula Rabu lalu sehingga Ahad ini itu menghimpunkan 300 gerai dan disertai lebih 200 syarikat pengedar dan penerbit buku tempatan serta luar negara. Buku pelbagai genre Genre kanak-kanak, teknologi, sukan, politik, ekonomi, pendidikan, hiburan, fesyen, novel, sejarah dan agama antara yang dijual sempena acara itu dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Tamil, Mandarin dan Inggeris. Apa yang menarik sempena ekspo tahun ketiga dianjurkan ini adalah peluang orang ramai bukan saja boleh mendapatkan buku diminati, bahkan menyertai pelbagai program dan aktiviti bermanfaat seperti penulisan surat, sajak serta puisi. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Jemaah umrah seluruh dunia hanya 500,000 Posted: 12 Dec 2013 02:29 PM PST Petaling Jaya: Pengelola umrah perlu berurusan secara terus dengan Kedutaan Arab Saudi, di sini, bagi tujuan seperti permohonan visa dan bukannya melalui Lembaga Tabung Haji. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ini bagi melancarkan urusan mengerjakan umrah susulan pengumuman Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini yang menetapkan bilangan jemaah sebanyak 500,000 orang saja dari seluruh dunia. Saya melihat permohonan untuk mengerjakan ibadat umrah perlu diatur selia bermula sekarang. Saya ingin ingatkan semua agensi pelancongan supaya jangan bagi harapan kepada bakal jemaah umrah kerana tiada sesiapa pun akan mendapat layanan istimewa daripada Kerajaan Arab Saudi, katanya kepada media, di sini, semalam. Beliau ditemui pada Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji Bagi Musim 1434H/2013M bagi meraikan kakitangan Tabung Haji, yang terbabit dalam menguruskan operasi haji baru-baru ini. Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail. Arab Saudi akan mengurangkan bilangan jemaah haji asing menunaikan umrah ketika tempoh kemuncak Ramadan tahun depan dengan mengehadkan bilangan jemaah tidak melebihi 500,000 orang sehari di Makkah dan Madinah. Jamil berkata, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan juga bakal terbabit secara langsung untuk memantau kegiatan penipuan yang membabitkan agensi pengendali pakej umrah. Katanya, tindakan tegas ini bakal dilaksanakan antara kedua-dua kementerian bagi mengelak sebarang masalah kepada bakal jemaah dan Kerajaan Arab Saudi. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |