Saring penumpang pesawat |
- Saring penumpang pesawat
- KL, Jakarta sepakat cegah jenayah transnasional
- Keputusan PMR diumum hari ini
- Umum tambang baru bas sekolah
- Putrajaya destinasi Formula-E
- 24 panel bebas SPRM terima surat lantikan
Posted: 18 Dec 2013 01:20 PM PST Kota Kinabalu: Jabatan Imigresen akan memperkenalkan Sistem Saringan Awal Penumpang (APSS) mulai tahun depan untuk menghalang kemasukan penjenayah rakyat asing ke negara ini. Sistem itu akan membolehkan Jabatan Imigresen memantau setiap warga asing yang memasuki Malaysia, sekali gus memastikan individu yang disenarai hitam seperti penjenayah, pengganas dan penyeludup senjata api, tidak terlepas. Kongsi maklumat Katanya, menerusi sistem itu juga, semua negara yang melaksanakan APSS akan berkongsi maklumat perisikan mengenai individu yang disenarai hitam supaya tindakan awal dapat diambil bagi menghalang kemasukan mereka. Kita akan membangunkan sistem itu dan akan dibentangkan kepada kerajaan dalam masa tiga bulan. Jika kerajaan bersetuju, kita perlukan empat hingga enam bulan untuk melihat keberkesanannya. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
KL, Jakarta sepakat cegah jenayah transnasional Posted: 18 Dec 2013 01:20 PM PST Jakarta: Kerjasama mencegah dan memerangi jenayah transnasional adalah antara tiga memorandum persefahaman (MoU) yang akan ditandatangani Malaysia dan Indonesia di sini, hari ini. Ia sempena Rundingan Tahunan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono. Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, berkata pada pertemuan kali ini, Najib dan Susilo juga akan membincangkan isu dua hala seperti jerebu dan sempadan serta isu serantau dan antarabangsa. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Posted: 18 Dec 2013 01:19 PM PST Kuala Lumpur: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 dikeluarkan mulai jam 10 pagi ini. Seramai 462,940 calon peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing. |
Posted: 18 Dec 2013 01:17 PM PST Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengumumkan kenaikan kadar caj tambang bas sekolah dalam masa terdekat bagi membolehkan penyelarasan dilakukan. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata jumlah kenaikan yang ditetapkan akan diumumkan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak. Syed Hamid berkata, pengusaha bas sekolah khususnya di bandar besar di negara ini didapati menaikkan kadar tambang tanpa mendapat kelulusan SPAD dan ibu bapa terpaksa akur kerana ia adalah keperluan. Hairan juga, berniaga tidak untung tapi boleh berniaga. Dia (pengusaha bas sekolah) sudah naikkan (tambang) dan kita susah mahu ambil tindakan sebab ia amat diperlukan. Saya faham masalah ibu bapa, ini semua kita perlu kaji dan akan buat keputusan. Selalunya di kawasan bandar kecil mereka patuh (tidak menaikkan kadar tambang), katanya ketika ditemui di sini, semalam. Naik pada 2009 Sebelum itu, Syed Hamid dan sebahagian kakitangan SPAD mengadakan kunjungan ke Sri Pentas dan meluangkan masa bertemu barisan kepemimpinan Media Prima di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar; Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Amrin Awaluddin; Ketua Pegawai Operasi Perkhidmatan Perkongsian Kumpulan MPB, Datuk Kamal Khalid; Ketua Pegawai Operasi Media Prima Digital, Datuk Zainul Ariffin Mohammed Isa dan Pengarah Berita dan Operasi Pengarang Media Prima, Datuk Shaharudin Latif Abd Latif. Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) yang mewakili 14,000 ahli seluruh negara sebelum ini merayu kerajaan mengkaji semula kadar tambang atas alasan peningkatan kos operasi. |
Posted: 18 Dec 2013 01:17 PM PST Putrajaya: Malaysia akan berada di barisan hadapan dalam mempelopori inovasi baru seperti pembangunan kereta elektrik selaras dengan komitmen negara menyokong teknologi hijau, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, perkembangan pembangunan kereta elektrik bukan sesuatu yang mustahil kerana jika teknologi membolehkan bateri bertahan lebih lama dapat dicari, maka kenderaan menggunakan elektrik akan menjadi perkara biasa di serata dunia pada masa depan. Putrajaya lokasi kedua Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat dan timbalannya, Datuk Abdul Ghani Ahmad menurunkan tandatangan bagi pihak Putrajaya, manakala Formula-E diwakili pengasasnya, Datuk Seri Johann Young serta Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alejandro Agag, sambil disaksikan Najib bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa. Kejohanan kereta elektrik yang pertama di dunia itu menjadikan Putrajaya sebagai lokasi perlumbaan kedua selepas Beijing, China dan secara keseluruhan akan diadakan di 10 bandaraya utama di serata dunia, termasuk London dan Los Angeles, Amerika Syarikat. Najib berkata, pemilihan Putrajaya sebagai lokasi pusingan kedua perlumbaan itu pada Oktober tahun depan bertepatan dengan status pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu sebagai bandar hijau. Kenderaan masa depan Perlumbaan Formula-E ini adalah mengenai perubahan, ia akan membuatkan orang ramai percaya bahawa jika kita ada perlumbaan kereta elektrik, yang mana kenderaan yang mengambil bahagian dipandu pada kelajuan lebih 200 kilometer sejam, maka tiada alasan kereta elektrik tidak boleh menjadi kenderaan pilihan pada masa depan. Kita mesti tunjukkan bahawa kenderaan menggunakan tenaga boleh diperbaharui seperti kereta elektrik adalah antara cara kita melaku-kan perubahan dan inilah aspirasi saya, katanya. |
24 panel bebas SPRM terima surat lantikan Posted: 18 Dec 2013 01:16 PM PST Putrajaya: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam menyampaikan surat pelantikan kepada 24 anggota tiga badan bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tiga panel bebas itu ialah Jawantankuasa Aduan, Panel Penilaian Operasi (PPO) serta Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), yang akan berfungsi sebagai mekanisme sekatan dan imbangan bagi memantau perjalanan SPRM. Amar Wilson adalah anggota baru Jawatankuasa Aduan, yang dipengerusikan oleh Mohd Noor. PPO pula terdiri daripada lapan anggota iaitu Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil sebagai pengerusi, Tan Sri Cecil Abraham, Datuk Dr Hamzah Kassim, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datin Aminah Pit Abdul Rahman, Prof Dr Syed Noh Syed Ahmad, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff and Walter Doss Sandosam. Sementara PPPR dianggotai oleh Datuk Johan Jaaffar sebagai pengerusi, Tan Sri Dr Lim Kok Wing, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk David Chua Kok Tee, Datuk Marimuthu Nadason, Datuk Dr Ishak Tambi Kechik, Datuk Prof Chin Yew Sin, Dr Zainal Abidin Abdul Majeed dan Syed Akbar Ali serta Datuk Zuraidah Atan dan Datin Wan Norhiyati Wan Ibrahim, kedua-duanya adalah anggota baru PPPR. Pelantikan anggota Jawatankuasa Aduan adalah bagi tempoh 2012-2015 manakala PPO dan PPPR adalah masing-masing bagi tempoh 2013-2015. BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |