Malaysia pertahan emas hoki wanita

Malaysia pertahan emas hoki wanita


Malaysia pertahan emas hoki wanita

Posted: 20 Dec 2013 03:58 AM PST

SKUAD hoki wanita negara berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya mempertahankan pingat emas dengan menewaskan Thailand 6-1 pada final Sukan SEA, Myanmar ke-27 di Stadium Hoki Theinphyu di sini.

Pada perlawanan akhir hari ini, skuad bimbingan jurulatih Mohd Nasihin Nublin Ibrahim cemerlang dengan rekod perlawanan tanpa kalah apabila Nuraini Abdul Rashid menjaringkan gol pertama menerusi pukulan sudut penalti seawal minit keempat perlawanan.

Separuh masa pertama menyaksikan pasukan Thailand terus memberi tentangan sengit kepada pasukan negara namun Juliani Mohamad Din berhasil menyempurnakan pukulan sudut penalti dengan gol kedua pada minit ke-28.

Babak kedua perlawanan, skuad negara terus memberikan aksi bertenaga apabila kapten pasukan Nadia Abdul Rahman cemerlang menjaringkan gol ketiga menerusi jaringan padang pada minit ke-38.

Foto


Skuad negara terus memberikan tekanan kepada pasukan lawan apabila Raja Norsharina Raja Shahbudin menjaringakan gol keempat pada minit ke-52, seminit kemudian Nurul Nabila Mansur menambah gol kelima buat negara menerusi jaringan padang.


Fazillah Sylbester Silin mengesahkan kemenangan pasukan negara dengan jaringan keenam menerusi gol padang pada minit ke-67.

Thailand yang meraih pingat perak memperoleh gol tunggal menerusi jaringan pukulan sudut penalti oleh Suratwadee Pimsan pada minit ke-70.

Pingat gangsa diraih pasukan tuan rumah, Myanmar selepas menewaskan Singapura 1-0 dalam satu lagi perlawanan penentuan pingat hari ini.

Mohd Nasihin ketika ditemui pemberita berkata beliau berbangga dengan kesungguhan pasukan negara bagi memastikan kecemerlangan sukan hoki negara di peringkat Asia Tenggara.

"Kejayaan ini merupakan pingat emas pertama buat saya sebagai jurulatih di Sukan SEA. Saya amat gembira kerana daripada mula perlawanan berlangsung pasukan negara mencipta sejarah dunia dengan menjaringkan 36 gol ketika menentang Kemboja pada perlawanan pusingan awal.

"Pemain saya hari ini bermain bermati-matian, saya amat menghargai kesungguhan mereka di sini. Thailand bermain dengan bagus, pertahanan mereka menyukarkan skuad negara untuk memberi serangan. Bagi saya perlawanan sebegini bagus untuk sukan hoki di peringkat Asia Tenggara," katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/20

Khairil AF7 tamat zaman bujang

Posted: 20 Dec 2013 01:34 AM PST

KOTA BHARU: Hanya enam bulan perkenalan, naib juara AF7 yang kini bertugas penyampai radio Era, Khairil Azam Pilus (Aril), 28, sah bergelar suami kepada Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin (Puteri), 27.

Pasangan sama cantik sama padan itu selamat diijabkabulkan oleh Imam Mukim Padang Enggang, Abdul Halim Mat Isa hanya dengan sekali lafaz di kediaman pengantin perempuan di Kampung Padang Enggang, Pasir Hor, kira-kira jam 3.20 petang tadi.

Sebaik lafaz nikah diucapkan Aril, kedua-dua belah keluarga termasuk teman-teman bertepukan meraikan pengantin.

Pasangan ini mula berkenalan pada 25 Mei lalu dan selepas tiga bulan menjalinkan hubungan, Aril melamar Puteri yang bertugas sebagai pramugari Saudi Airlines sebagai isterinya.

Foto

Foto


Lamaran dibuat Aril ketika di dalam kereta sewaktu mereka keluar bersama.


Pengantin lelaki menghadiahkan mas kahwin dan wang hantaran berbentuk 'bank draft' bernilai RM15,000 beserta sembilan dulang, jumlah yang sama dibalas oleh pihak pengantin perempuan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/20

Noraida dicerai suami

Posted: 19 Dec 2013 08:55 PM PST

PUTRAJAYA: Kontroversi skandal Adi Putra membahang lagi apabila Amiruddin Othman, 56, mengaku telah menceraikan isterinya Noraida Abdul Rahman, semalam.

Amirudin berkata, lafaz cerai talak satu dilakukan di kediaman mereka di Johor Bahru, antara jam 4.30 hingga 5 pagi dua hari lalu.

"Sebelum cerai dilafazkan, kami berdua keluar makan dan meronda di sekitar kawasan bandar sebelum pulang ke rumah.

"Selepas berbincang dari hati ke hati dan mempertimbangkan semuanya, saya melafazkan cerai talak satu kepada Noraida.

Foto

AMIRUDDIN Othman (tengah) bersama peguam Muhammad Hasif Hasan (kiri) dan Kassim Osman selepas menyerahkan surat representasi di Pejabat peguam Negara.

Foto

NORAIDA Abd Talib (kiri) bersama suami Amiruddin Osman ketika sidang media susulan kes Adi Putra pada 13 Dis. FOTO Nashairi Mohd Nawi


"Noraida menerima dengan hati terbuka walaupun masing-masing sedih kerana rumah tangga yang kami bina selama 10 tahun runtuh," katanya pada sidang media selepas menyerahkan surat representasi atau rayuan ke pejabat peguam negara di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/20