`Ayahanda' dicekup dalam operasi dadah

`Ayahanda' dicekup dalam operasi dadah


`Ayahanda' dicekup dalam operasi dadah

Posted: 12 Dec 2013 10:40 AM PST

GOMBAK: Kegiatan seorang ahli kumpulan kongsi gelap berpangkat ayahanda yang menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar Kampung Wira Damai dekat sini, tumpas selepas polis menyerbu kediamannya, petang tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu, sepasukan polis dari Balai Polis Selayang bersama pasukan Ops Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menyerbu kediaman lelaki terbabit yang terletak di atas bukit di Kampung Wira Damai dan merampas ketulan mampat dipercayai ganja seberat 1.3 kilogram (kg).

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika serbuan itu suspek berusia 68 tahun mengaku pemilik kediaman itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam rumah itu polis menemui dua ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 1.3 kg.

Foto

Foto


"Dadah disyaki jenis ganja itu disembunyikan di celah anak tangga di bahagian dapur rumah itu.


"Kita menahan suspek selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai peningkatan kegiatan dadah di kawasan ini," katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Selayang dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/13

Duit PTPTN main judi monyet

Posted: 12 Dec 2013 10:37 AM PST

Ipoh: Ketagihan judi monyet dan katak menyebabkan segelintir penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk 'melabur' kononnya untuk mendapat keuntungan berganda.

Pembaziran dan penyalahgunaan wang itu berlaku berikutan kewujudan deretan premis mesin judi berhampiran kawasan penempatan rumah sewa penuntut IPT di Taman Cempaka dan Rokam, di sini.

Pemantauan Harian Metro mendapati ada sekurang-kurangnya lima pusat judi komputer di sekitar kawasan itu yang menyediakan ratusan mesin slot pelbagai jenis permainan judi.

Dua jenis permainan yang paling popular ialah 'Funky Monkey' atau dipanggil juga judi monyet dan 'Kimochi' (judi katak), selain 'Rockin Roller', 'Neptunes Kingdom' 'Safari', 'Haunted House' , 'Magis Scots' dan 'Real Classic.'

Foto

PELANGGAN asyik menghadap mesin judi untuk mencuba nasib.

Foto

ANTARA mesin judi yang menjadi kegilaan penuntut.

Foto

IKLAN judi turut ditampal di dinding premis untuk memikat penuntut.


Selain penuntut IPT, pelajar sekolah yang tinggal di sekitar kawasan Taman Cempaka dan Rokam dilihat turut menjadi pelanggan setia premis perjudian itu berikutan musim cuti persekolahan pada masa ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/13

Bidik tauke nasi kandar

Posted: 12 Dec 2013 10:29 AM PST

Prai: Seorang pemilik restoran nasi kandar terselamat dalam cubaan membunuhnya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Inderawasih, dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku jam 8.50 malam ketika mangsa berusia 52 tahun memandu Honda CRV memasuki ruang legar rumahnya sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta mangsa.

Mangsa yang terkejut dengan tembakan itu membatalkan hasrat memasuki rumah sebaliknya berpatah balik ke restorannya 500 meter dari tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, mangsa bernasib baik kerana tidak terkena tembakan, manakala tiga das tembakan mengenai pintu kiri kereta.

Foto

ANGGOTA Unit Forensik memeriksa kereta pemilik restoran nasi kandar di Taman Inderawasih, Prai, malam kelmarin.


"Suspek menggunakan pistol jenis semi auto dan melepaskan beberapa das tembakan, tetapi tidak mengenai mangsa sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/13

KARATE: Skuad karate angkuh!

Posted: 12 Dec 2013 09:54 AM PST

Nay Pyi Taw: Belumpun bermula saingan, skuad karate negara sudah bersikap angkuh dan besar kepala apabila tidak membenarkan pihak media membuat liputan sesi latihan mereka semalam.

Bukan saja mendapat layanan buruk, malah kumpulan media dihalau daripada memasuki kawasan latihan yang dilakukan secara tertutup.

Malah usaha untuk membolehkan jurugambar mengambil gambar walaupun hanya seketika gagal selepas difahamkan jurulatih Andris Vasiljevs langsung tidak membenarkan pihak media untuk masuk ke kawasan latihan.

"Anda perlu tanya pengurus pasukan dulu. Kalau tak ada liputan tak apalah," kata penolong pengurus pasukan Nurliza Talhah.

Foto

ATLET karate negara tidak berani beri komen.


Sikap dingin skuad karate itu dikatakan berpunca daripada Vasiljevs yang tidak mesra media.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/13

Zain tak letak sebarang syarat

Posted: 12 Dec 2013 05:01 AM PST

Segala debaran sudahpun berakhir apabila tepat jam 9.04 malam kelmarin apabila bekas ratu cantik dan pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta, 40, sah bergelar isteri kepada pelakon kacak, Zain Saidin, 29.

Pasangan yang sama cantik dan sepadan itu melafazkan kesyukuran yang tidak terhingga apabila hasrat untuk menjalani kehidupan bersama sehingga ke akhir hayat termakbul sudah.

Pada hari berbahagia itu, Zain bukan saja berjaya memiliki cinta hatinya, Che Ta tetapi dia juga menjadi 'bapa segera' kepada dua cahaya mata isterinya daripada perkahwinan pertama iaitu Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezzra, 15.

Ditemui selepas majlis pernikahan mereka, jelas Zain, dia lega kerana segalanya berjalan dengan lancar dan kini dia perlu menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa baru kepada Amar dan Aniq.

Foto

KELUARGA baru (dari kiri) Ammar, Zain, Che Ta dan Aniq.


"Rasa lega itu terus menjelma selepas saya mendirikan solat sunat dua rakaat dan saya bersyukur teramat sangat kepada Yang Maha Esa kerana saya kini sudah menjadi suami dan bapa. Dengan perkahwinan ini, Ita tidak perlulah bekerja keras lagi. Jika sebelum ini setiap hari di ke lokasi penggambaran, sekarang dia boleh berehat dengan mengambil tawaran berlakon satu atau dua saja dalam sebulan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/13