Setiap kamar video lucah

Setiap kamar video lucah


Setiap kamar video lucah

Posted: 13 Dec 2013 10:57 AM PST

Ipoh: Semakin kerap pihak berkuasa melakukan pembanterasan, semakin licik pengusaha pusat maksiat di sini cuba menyembunyikan kegiatan mereka, namun pada masa sama tetap mampu menarik kehadiran lelaki hidung belang.

Antara taktik dilakukan ialah beroperasi di premis yang secara luaran dilihat tidak ubah seperti kedai kopi, namun di bahagian dalam disediakan deretan bilik untuk aktiviti pelacuran.

Lebih mengejutkan, selain menyediakan pelayan wanita yang sedia memberi khidmat seks, setiap bilik di dalam kedai kopi itu turut dilengkapi televisyen LCD 32 inci untuk menayangkan video lucah kepada pelanggan.

Konsep 'tonton dan tiru' itu dipercayai ditiru kaedah digunakan pusat pelacuran di Hatyai dan Danok, Thailand dan pelayan yang disediakan turut membabitkan warga negara itu, selain wanita Vietnam serta tempatan.

Foto

PELANGGAN menunggu di ruang rehat sebelum melanggani wanita disediakan.


Penyamaran wartawan Harian Metro ke dalam premis berkenaan yang pernah beberapa kali diserbu polis mendapati suasana di dalam agak gelap dan ia dipecahkan kepada tiga bahagian atau ruangan untuk mengelak kegiatan maksiat dihidu pihak berkuasa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/14

Jasa satria saka biru

Posted: 13 Dec 2013 10:48 AM PST

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Amir Abd Hamid, Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Ketika pihak tertentu menuding jari kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan keganasan dan penyalahgunaan kuasa, ramai yang tidak tahu sekurang-kurangnya 22 pegawai dan anggota keselamatan itu maut manakala 85 yang lain cedera, malah ada yang hanya mampu terlantar ketika melaksanakan tugas menjaga keamanan negara bagi tempoh tiga tahun (2011-Jun 2013).

Mereka membabitkan pegawai dan anggota yang mengalami kemalangan ataupun bencana ketika bertugas atau dalam perjalanan pergi dan pulang ke lokasi tugasan.

Bagi 2011 saja, lapan orang maut manakala 39 parah dan pada 2012 pula, lima maut dan 36 parah. Sehingga Jun 2013, seramai sembilan maut dan 10 parah.

Statistik direkodkan Bukit Aman itu membuktikan pelbagai risiko dan ancaman terdedah kepada semua penyarung Sang Saka Biru setiap saat dalam melaksanakan tugas murni mempertahankan negara.

Foto

Foto

ABDUL Hafiz menggunakan kerusi roda di Pondok Polis Selayang Baru.

Foto

MOHAMAD Zulzaidi sedih melihat peralatan pada pakaian seragamnya di rumahnya di Gerik.


Namun, segelintir masyarakat tetap mempunyai persepsi negatif, malah ada antara mereka memandang remeh pengorbanan dilakukan pegawai dan anggota PDRM itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/14

Isteri pembunuh

Posted: 13 Dec 2013 10:42 AM PST

Batu Pahat: Tertekan dengan budaya dan tanggungjawab sebagai isteri di negara asing, seorang wanita warga Vietnam bertindak kejam dengan menikam suaminya di dada kiri hingga mati di rumah mereka di Taman Flora di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga warga tempatan berusia 35 tahun dikatakan ditikam menggunakan objek tajam sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini, untuk rawatan kecemasan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.40 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa yang ditikam di dada dibawa ke HSNI untuk rawatan, tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Foto

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat kejadian.


"Gerakan mengesan suspek yang juga isteri mangsa dijalankan sebelum menahannya di sekitar bandar Batu Pahat pada hari sama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/14

SEPAK TAKRAW: 'Sudah dijangka'

Posted: 13 Dec 2013 10:00 AM PST

Nay Pyi Taw: Prestasi skuad sepak takraw negara pada temasya Sukan SEA kali ini memang sudah diduga sejak awal lagi, menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam.

"Saya dah agak dah. Itulah bila saya tegur jangan melenting. Lepas itu jawab dengan kasar pula. Kata saya mahu berperang dengan mereka. Saya tegur berasas dan akhirnya sekarang jelas siapa yang betul," katanya mengulas kegagalan Malaysia dalam acara berpasukan lelaki.

Skuad negara kalah semua tiga perlawanan 0-3 kepada Thailand dan masing-masing 1-2 kepada Myanmar dan Indonesia untuk menduduki tangga tercorot daripada empat pasukan.

Seharusnya skuad kendalian Jamaluddin Hassan itu melakar sejarah pulang tanpa pingat dalam acara berpasukan pada temasya itu namun mendapat ihsan penganjur yang memberikan gangsa kepada pasukan di tangga ketiga dan keempat.

Foto

PEMAIN negara, Norshahruddin Mad Ghani (kiri) melakukan libasan ketika menentang Indonesia.


"Inilah jadinya apabila kita tiada pertandingan tempatan dan program pembangunan rapi dan terancang," jelas Khairy.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/14

Dapat gelaran macam-macam

Posted: 13 Dec 2013 03:01 AM PST

Wajah kacukannya mengelirukan ramai orang. Kerap menjadi persoalan siapa sebenarnya dan dari mana asal usul pelakon tampan Josiah Padilla Hogan atau Josiah Hogan, 27.

Gelaran 'Mat Salih' ibarat sudah sebahagian daripada dirinya lantaran rupa parasnya itu. Sama ada suka atau tidak, itulah persepsi yang perlu ditelan sebelum orang betul-betul mengenal dirinya yang sebenar.

Apabila namanya mula popular dalam bidang lakonan sejak membintangi drama, telefilem, filem pendek dan filem, makin keliru pula jadinya mendengar dia bertutur bahasa Melayu dengan fasih.

Terbaru, membintangi filem arahan Ellie Suriaty iaitu Penanggal, Josiah cukup dikenali sebagai watak utama siri What If di 8TV selain drama lain seperti Bicara Hati, Projek Pop dan filem pendek Pasport Ekspres.

Foto


Siapa Josiah sebenarnya? Tentu sekali pengikut industri juga mahu mengetahui latar belakang pelakon berwajah kacukan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/14