Jodoh tutup malu |
- Jodoh tutup malu
- Pelan jahat sejak mula kerja
- Pengikut Harun dituduh bunuh
- TAKRAW: Pengurus mengamuk!
- Katy rebutan produser
Posted: 16 Dec 2013 02:15 PM PST Kuala Lumpur: Pengorbanan seorang wanita menjadi 'isteri gantian' demi mengelakkan malu keluarga suaminya, hanya sia-sia apabila dia kemudian dilayan seperti hamba seks serta dipandang rendah termasuk oleh mentuanya. Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Hanim, 25, berkata, selama empat bulan pertama berkahwin, dia dan suami hanya berhubung menerusi telefon selain berjumpa seminggu sekali kerana suaminya yang juga seorang doktor, bertugas di luar ibu negara. Hanim berkata, apa yang menyedihkan ialah di sebalik bersikap dingin terhadapnya, suaminya seolah-olah menjadikan dia seperti hamba seks setiap kali mereka berjumpa termasuk meliwatnya. "Saya diliwat ketika usia perkahwinan baru masuk hari ketiga. Selepas itu dia hanya pulang ke rumah sekali-sekala dan setiap kali balik dia mesti mengajak saya melakukan hubungan kelamin termasuk luar tabii. Tanpa pilihan, saya terpaksa menurut saja kemahuannya," katanya. HANIM (kiri) menceritakan penderitaan jadi hamba seks luar tabii bekas suami.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/17 |
Posted: 16 Dec 2013 02:15 PM PST Subang Jaya: Pekerja sebuah syarikat keselamatan yang melarikan van keselamatan bersama wang tunai RM250,000 di SS16 di sini, semalam, dipercayai merancang rompakan berkenaan sejak hari pertama bekerja sebulan lalu, namun rancangannya itu tidak berjalan lancar kerana tertinggal MyKad dan lesen memandu dalam van. Sebelum kejadian, suspek berasal dari Gopeng, Perak, memandu van berkenaan bersama tiga lagi rakan sekerjanya ke sebuah bank di SS16 untuk menghantar wang pada jam 2 petang. Menurut sumber, tiga rakan sekerja suspek masuk ke dalam bank bagi menghantar wang manakala lelaki terbabit menunggu di dalam kenderaan. "Kira-kira 10 minit kemudian, tiga rakan sekerjanya kembali ke hadapan premis berkenaan, tetapi mendapati van mereka tiada. Mereka menunggunya selama 10 minit kerana menyangka suspek mencari tempat letak kereta. ANGGOTA forensik memeriksa van syarikat keselamatan yang ditinggalkan suspek di SS15, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/17 |
Posted: 16 Dec 2013 02:14 PM PST Kuantan: Seorang pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, atas tuduhan membunuh Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abd Malek pada 10 November lalu. Tertuduh, Sumustapha Suradi, 39, dari Sandakan, Sabah membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Abdul Rahman. Mengikut kertas pertuduhan dia didakwa bersama dengan dua lagi yang masih bebas mencapai niat bersama melakukan pembunuhan ke atas Ahmad Raffli di rumah mangsa beralamat nombor 7, Lorong IM2/29, Bandar Indera Mahkota, di sini, pada 10 November lalu pada jam 1.50 tengah hari. Sementara itu, ketua ajaran sesat itu Harun Mat Saat, 47, bersama isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 30, serta seorang lagi pengikutnya, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, didakwa di mahkamah sama atas tuduhan melakukan konspirasi untuk melakukan jenayah berkenaan. HARUN (tengah) dan pengikutnya dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan, semalam untuk dikenakan pertuduhan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/17 |
Posted: 16 Dec 2013 02:14 PM PST Nay Pyi Taw: Skuad sepak takraw terus mencetus kontroversi apabila pengurusnya cuba menyerang wartawan di Stadium Tertutup Wunna Theikdi semalam. Penolong Pengarang Sukan Berita Harian Hussain Said cuba diserang pengurus pasukan sepak takraw negara Zamry Fareed Moh Norden ketika cuba mendapatkan komen ketua jurulatih Jamaluddin Hassan. Insiden itu berlaku dalam bilik atlet ketika Jamaluddin dan Zamry, yang juga Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Sembilan (PESTANS) makan tengah hari bersama. Zamry cuba menumbuk Hussain kerana tidak puas hati dengan laporannya beberapa hari lalu dan menjerit dengan perkataan "fitnah" namun dileraikan jurulatih Nordin Sabaruddin. ZAMRY (kiri) ditenangkan oleh Nordin.
|
Posted: 16 Dec 2013 02:14 PM PST Penyanyi jelita ini umpama gergasi dalam putaran muzik masa kini. Setiap lagu daripada mulutnya membawa keajaiban tersendiri dan jika dinilai, ia sarat dengan seni cara Katy Perry. Usah mengambil kira pencapaian terdahulu, legasi penyanyi kelahiran sebuah pekan kecil dari Santa Barbara, California, Amerika Syarikat (AS) ini juga semakin luas dengan terbitnya album terbaru Prism. Katy atau nama sebenarnya Katheryn Elizabeth Hudson, 29, nyata berada di ambang kemasyhurannya sekarang. Beliau seakan tidak lagi mengambil tahu perkara lain berbanding mahu terus melakar kejayaan demi kejayaan. Semangatnya membara seperti mana single luar biasanya Roar di mana seakan tiada lagi penghalang buatnya mara dan membuktikan beliau bukan penyanyi pop biasa.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |