Lokasi pelancongan diserang |
- Lokasi pelancongan diserang
- Perkukuh keakraban Malaysia, Arab Saudi
- Usahawan muda digesa manfaat dana RM1.82b
- Caj rawatan hospital, klinik kerajaan kekal
- Eksklusif: Hilang royalti RM500,000 setahun
- Ku Li sokong usaha rasionalisasi subsidi
Posted: 22 Dec 2013 03:00 PM PST Tiada warga Malaysia mangsa letupan bom selang sejam Sadao (Thailand): Seramai 24 cedera dalam letupan bom di tiga lokasi berasingan di Selatan Thailand yang bersempadan dengan Kedah dan Perlis semalam. Kebanyakan mangsa terkena serpihan dalam letupan yang menggegarkan lokasi tumpuan pelancong di pekan Dannok, sempadan Bukit Kayu Hitam di Kedah, kira-kira jam 12.45 tengah hari waktu tempatan (1.45 petang waktu Malaysia). Terdahulu, bom diletupkan pada motosikal yang mensasarkan Balai Polis Padang Besar di Pekan Siam, kira-kira jam 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia), disusuli letupan di perkarangan Balai Polis Sadao, sejam kemudian. Selatan Thailand sering bergolak dengan serangan bom dan serangan bersenjata yang menyebabkan lebih 5,000 kematian dan 9,000 cedera di tiga wilayah majoriti penduduk Islam, iaitu Yala, Pattani, Narathiwat serta empat daerah di Songkhla. Kejadian semalam adalah yang terbaru berlaku di Songkhla dan Padang Besar. Konsul Malaysia di Songkhla, Mohd Rozaimy Haron mengesahkan tiada warga Malaysia terbabit dalam kejadian berkenaan. "Kita pada awalnya menerima maklumat dua mangsa Malaysia antara lebih 20 yang cedera dalam letupan sekitar Hotel Oliver. Bagaimanapun, selepas disiasat dua mangsa berkenaan sebenarnya warga Myanmar," katanya. Turut rosak dan musnah sekurang-kurangnya tiga kenderaan yang ditinggalkan di kawasan letupan, selain beberapa gerai makan milik penjaja di perkarangan sebuah kelab hiburan bersebelahan. Sumber Polis Diraja Thailand (RTP) ketika dihubungi berkata mangsa yang tercedera berada sekitar Hotel Oliver dengan majoritinya sedang menjamu selera di gerai makan dan restoran berdekatan. Bom buatan sendiri Pihaknya percaya letupan di pekan Dannok berpunca daripada bom buatan sendiri secara kawalan jauh menggunakan telefon bimbit. "Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku di kedua-dua lokasi terbabit, namun beberapa motosikal sekitar perkarangan Balai Polis Sadao banyak yang rosak atau musnah," katanya. Gabenor Songkhla, Grisada Boonrach, ketika ditemui menyelar kejadian itu yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab kerana mensasarkan orang awam sehingga menyebabkan ramai tercedera. "Kami percaya insiden ini dilakukan pihak yang tidak berpuas hati dengan beberapa perkara tertentu dan pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci," katanya selepas meninjau lokasi kejadian. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, meminta rakyat Malaysia mengambil langkah keselamatan dan berhati-hati jika mempunyai urusan di kawasan berkenaan. "Keadaan terkawal tetapi langkah keselamatan dan pencegahan perlu diambil, termasuk memperketatkan di pintu masuk sempadan. Polis sedang memantau perkembangan semasa," katanya. |
Perkukuh keakraban Malaysia, Arab Saudi Posted: 22 Dec 2013 02:57 PM PST Madinah: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyangka lawatan kerja beliau ke Arab Saudi diberi status tetamu negara yang menurutnya berpunca daripada hubungan akrab yang terjalin sekian lama antara Malaysia dan negara berkenaan. "Alhamdulillah kedatangan pun mendapat layanan luar biasa sebab saya tak sangka jalan-jalan ditutup sepanjang lapangan terbang menuju ke tempat ini dan ia bukan perkara biasa," katanya dalam pertemuan dengan 150 mahasiswa Universiti Islam Madinah, di sini malam, semalam. Sambutan tak diduga Perdana Menteri berkata, beliau berasa bertuah mendapat sambutan yang tidak diduga itu ramai pelajar menyambut ketibaannya dan dimaklumkan pelajar berkenaan mendapat biasiswa Kerajaan Arab Saudi hasil hubungan baik serta akrab itu. Najib berkata, beliau akan terus memupuk hubungan baik dengan Arab Saudi dan sentiasa berusaha memperkukuhkan hubungan sedia terjalin erat sehingga mendapat pertimbangan istimewa dalam banyak aspek termasuk berhubung jemaah haji dan urusan lain. Arab Saudi beri bantuan Beliau turut berkongsi dengan mahasiswa mengenai kecemasan dalam Operasi Piramid untuk membawa pulang pelajar Malaysia dari Mesir ketika negara itu bergolak berikutan krisis politik yang membawa kejatuhan Presiden Hosni Mubarak. Katanya, perkara itu dibangkitkan dalam ucapan penangguhan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di sini, awal bulan ini. Beliau berkata, Kerajaan Arab Saudi memberi pertimbangan dengan membenarkan pesawat Charlie yang membawa masuk pelajar Malaysia, mendarat di Jeddah sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur tanpa perlu mendapatkan visa. "Ini satu pertimbangan luar biasa dan tidak cukup setakat pesawat itu, penerbangan dua pesawat Boeing 747 Jumbo diberi percuma bagi membawa balik pelajar terbabit," katanya. Terdahulu ketibaan Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongan untuk lawatan kerja empat hari di Lapangan Terbang Putera Mohamed Abdul Aziz di sini, disambut Timbalan Gabenor Madinah Abdul Mohsen Al-Munif. Berhubung perkembangan di Malaysia, Najib berkata beliau akan terus memperjuangkan bagi membangun, meningkat dan memperkukuh syariat Islam di Malaysia berpaksikan maqasid syariah yang menjadi landasan kerajaan untuk terus memperjuangkan membangunkan Islam. Selepas menziarahi makam Nabi Muhammad SAW, Najib bersama rombongan berangkat untuk menunaikan umrah di Makkah dan dijangka menghadap Raja Abdullah Abdul Aziz. - BERNAMA |
Usahawan muda digesa manfaat dana RM1.82b Posted: 22 Dec 2013 02:57 PM PST Kuala Lumpur: Usahawan tempatan khususnya golongan muda digesa merebut peluang menerusi dana pembangunan usahawan berjumlah RM1.82 bilion. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata kerajaan mahu terus membangunkan ekonomi negara dengan membuka pelbagai peluang kepada usahawan. Pembangunan Rizab Melayu untuk Perusahaan RM200 juta, Skim Usahawan Permulaan Bumiputera RM30 juta; Amanah Ikhtiar Malaysia tambahan RM300 juta dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga Tekun Tambahan RM700 juta. Dana terbesar "Anggaplah tahun hadapan adalah tahun yang baik untuk usahawan kerana ia adalah dana terbesar pernah dikeluarkan oleh kerajaan untuk memperkasa usahawan tempatan. "Masyarakat harus melihat ia sebagai peluang keemasan, justeru rebutlah kesempatan dan jangan biarkan ia berlalu tanpa dimanfaatkan sepenuhnya," katanya selepas melancarkan Bengkel Usahawan Melayu Inovatif (BUMI), di sini semalam. |
Caj rawatan hospital, klinik kerajaan kekal Posted: 22 Dec 2013 02:56 PM PST Segamat: Kementerian Kesihatan memberi jaminan caj rawatan di hospital, klinik serta pusat kesihatan kerajaan seluruh negara, akan kekal pada kadar lama. Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata kerajaan tidak bercadang untuk menyemak atau menaikkan kadar caj rawatan itu walaupun ia disifatkan sebagai antara terendah di dunia. Dalam tempoh terdekat ini, kita tiada cadangan untuk menaikkan kadar caj sedia ada. Manfaat kemudahan "Walaupun kita mengenakan kadar caj minimum dan rendah, kerajaan akan terus merangka sistem kesihatan lebih menyeluruh supaya rakyat terus menikmati penjagaan kesihatan lebih baik dan berkualiti," katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan dewan serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jementah, dekat sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas keluhan rakyat berikutan kenaikan kos sara hidup yang dianggap membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negara ini. "Penguatkuasa diarah mengambil tindakan tegas di kawasan pembiakan yang serius terutama kepada pemilik premis yang melakukan kesalahan secara berulang, dengan mengheret mereka ke mahkamah. Tindakan tegas "Bagaimanapun, jika mereka melakukan kesalahan pertama mungkin tindakan kompaun boleh diambil bagi menyedarkan mereka terhadap bahaya Aedes dan denggi kepada masyarakat," katanya. Subramaniam berkata, petugas kesihatan termasuk doktor juga diarahkan berjaga-jaga jika merawat pesakit yang mengalami simptom demam dengan mengarahkan mereka membuat pemeriksaan darah segera. "Ini berikutan banyak pesakit mengalami demam denggi lewat mendapatkan rawatan sehingga mendapat komplikasi serius. Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai turut mengambil langkah pencegahan iaitu berjumpa doktor dengan segera jika mengalami simptom demam bagi mengelak komplikasi denggi merebak," katanya. |
Eksklusif: Hilang royalti RM500,000 setahun Posted: 22 Dec 2013 02:55 PM PST Kuala Lumpur: Satu lagi lokasi curi pasir dikesan di Selangor, kali ini membabitkan kegiatan penyelewengan permit dan doket (kupon untuk tuntutan royalti) pengeluaran tanah merah di kawasan bahan buangan kuari bersebelahan Kuari Hansson, di Rawang, dekat sini. Ini juga menyebabkan kerajaan Selangor mengalami ketirisan RM500,000 dalam tempoh setahun setengah sejak operasi haram itu berlaku, kerana gagal mengutip cukai dan royalti, seperti juga di tiga lokasi lain yang turut dijadikan lokasi kegiatan curi pasir sebelum ini. Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Ku Li sokong usaha rasionalisasi subsidi Posted: 22 Dec 2013 02:52 PM PST Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyokong usaha kerajaan merasionalisasi subsidi bagi memacu perkembangan ekonomi negara untuk terus bersaing dalam era globalisasi. Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan (1976-1984) bagaimanapun berkata, usaha untuk memperkasakan orang Melayu dengan pelbagai kemahiran dalam bidang ekonomi perlu disusun dengan lebih sistematik dan berkesan. "Matlamat utama yang harus kita sasarkan ialah meletakkan orang Melayu sebagai kaum yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan serta mampu bersaing tanpa dibantu kerajaan. Program khusus perlu disusun supaya ia dapat dilaksanakan secara berperingkat. "Dengan cara ini, Melayu akan lebih merdeka, kompeten dan tidak akan ditelan oleh badai globalisasi. Sedikit demi sedikit, budaya subsidi perlu kita hakis dan mengangkat kemampuan orang Melayu untuk berdiri atas kaki sendiri," katanya berucap pada Persidangan Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Ke-4 di sini, semalam. Dominasi bukan Bumiputera Turut hadir ialah Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang turut menganugerahkan Bintang Pahlawan Pribumi PERKASA sebagai penghargaan terhadap sumbangan Tengku Razaleigh dalam pembangunan negara. Katanya, kesamarataan dalam penguasaan ekonomi adalah kunci utama aspek perpaduan kaum di negara ini dan keseimbangan dalam aspek ini akan menyegarkan perpaduan, tetapi jika sebaliknya, ia akan mengganggu kestabilan negara. Sementara itu, dalam sidang medianya Tengku Razaleigh berkata, kerajaan tidak berupaya untuk mengelak peningkatan kos hidup di negara ini kerana ia bergantung kepada pasaran semasa. "Kerajaan tidak boleh mengelak (peningkatan kos hidup)... ia bergantung kepada pasaran, tetapi kerajaan boleh mengawal bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |