Berdepan hukuman mati

Berdepan hukuman mati


Berdepan hukuman mati

Posted: 16 Dec 2013 02:34 PM PST

Berdepan hukuman mati

'Tuhan Harun' bersama isteri ketiga dan 2 pengikut dituduh terbabit kes bunuh pegawai kanan Jabatan Agama Islam Pahang

Kuantan: Ketua kumpulan ajaran sesat, Harun Mat Saat, 47, bersama isteri ketiganya dan dua pengikut, berdepan hukuman mati jika didapati bersalah terbabit dalam kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Ab Malek, bulan lalu.

Berkerusi roda

Semalam, pengasas kumpulan 'Tuhan Harun' itu yang dalam keadaan tidak terurus dan berkerusi roda selepas diserang angin ahmar Julai lalu, dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini untuk menghadapi pertuduhan bersama isteri ketiganya,Azida Mohd Zol, 30, serta dua pengikut, Sumustapha Suradi, 39, dan Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Eksklusif: Pemilik tanah dakwa diugut kakitangan PTD

Posted: 16 Dec 2013 02:34 PM PST

Eksklusif: Pemilik tanah dakwa diugut kakitangan PTDBeberapa buah lori hantu mengangkut pasir curi dari kawasan bersebelahan Kuari Sungai Long.

Sindiket guna laluan milik orang lain keluarkan pasir curi
dari lombong
Kuala Lumpur: Seorang pemilik tanah membuat laporan polis mendakwa dirinya diugut kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) supaya membenarkan tanahnya digunakan sindiket curi pasir sebagai laluan keluar masuk lori mengangkut pasir. Bimbang keselamatan diri dan keluarga serta berlaku kecurian pasir di kawasan tanah miliknya, lelaki berusia 40 tahun itu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Selayang pada 30 November lalu selepas empat hari kejadian berlaku.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

ETP raih pelaburan RM220b

Posted: 16 Dec 2013 01:08 PM PST

435,000 peluang kerja diwujudkan, jana kegiatan ekonomi

Putrajaya: Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan sejak 2010 sudah menarik pelaburan berjumlah RM220 bilion, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, komitmen pelaburan itu diunjurkan menyumbang RM144 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK), mewujudkan 435,000 pekerjaan baru dan menjana kesan sampingan yang akan memangkin kegiatan ekonomi lebih meluas di negara ini.

"Dalam pada kita mengakhiri 2013 dan melihat semula transformasi ekonomi negara sejak tiga tahun lalu, saya gembira mengumumkan bahawa 195 projek sudah dilancarkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sejak 2010," katanya berucap pada Majlis Memperingati Tiga Tahun Pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP), di sini semalam.

Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Idris Jala serta Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Sasaran khusus ditetapkan ketika pelancaran ETP dalam usaha menjadi negara maju berpendapatan tinggi tiga tahun lalu ialah bagi mencapai PNK per kapita AS$15,000 (RM48,533), mewujudkan 3.3 juta peluang kerja dan menarik pelaburan AS$444 bilion (RM1.44 trilion).

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, NKEA menyumbang 1.3 pekerjaan baru sejak 2010 hingga setakat tahun ini dengan jumlah tenaga kerja semasa ialah 13.66 juta orang.
Katanya, meskipun angka pelaburan diterima setakat ini sangat meyakinkan, cabaran sebenar ialah untuk memastikannya membuahkan hasil.

NKEA pada landasan kukuh

"Adalah membanggakan untuk melihat bahawa 69 peratus komitmen pelaburan bagi 2013 dapat direalisasikan dalam suku ketiga. NKEA pada landasan kukuh untuk mencerminkan pencapaian dua tahun sebelum ini," katanya.

Perdana Menteri berkata, NKEA terus memainkan peranan penting dalam ekonomi negara, dengan menyumbang 68.3 peratus daripada PNK bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini atau RM474 bilion.

KPI tepati unjuran

Katanya, keputusan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi NKEA kini menepati unjuran dengan 89 peratus secara puratanya sudah dicapai manakala 85 peratus KPI bagi Inisiatif Reformasi Strategik (STI) juga sudah dicapai.

"Ini menunjukkan kedua-dua projek dan inisiatif ini berjalan lancar dan saya yakin sasaran tahun ini dapat dipenuhi," katanya.

Najib berkata, menuju ke depan tinjauan global dijangka terus tidak menentu dengan pasaran negara maju terus dicengkam cabaran masing-masing.

Namun, di sebalik cabaran itu Malaysia disasar mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara lima hingga 5.5 peratus tahun depan dengan pelaburan swasta dijangka berkembang 12.7 peratus kepada RM153 bilion.

Kajian teliti elak cetus masalah

Posted: 16 Dec 2013 01:05 PM PST

Kaedah majoriti mudah ganti sistem konsensus beri implikasi

Kuala Lumpur: Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) berpendapat cadangan menggantikan sistem konsensus dengan kaedah majoriti mudah dalam membuat keputusan, perlukan kajian teliti supaya tidak timbul masalah apabila ia dilaksanakan.

Ketua Pemuda BN Sarawak, Datuk Fadillah Yusof, menyambut baik ketetapan itu kerana ia dapat memperkukuhkan kekuatan BN secara keseluruhan.

"Restu semua parti komponen akan memperkukuh kekuatan, konsesus dan kestabilan BN sendiri," katanya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Donald Mojuntin, percaya sistem konsensus adalah perkara asas penting dan ia memberi suara kepada setiap parti komponen BN, tidak kira saiznya dalam proses membuat keputusan.

"Sekiranya, sistem konsensus digantikan dengan kaedah majoriti mudah, ia mungkin akan menimbulkan perasaan 'rendah diri', terutama di kalangan parti politik yang kecil dalam BN," katanya.

Bawa banyak implikasi
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Talib Zulpilip, berkata cadangan mengguna pakai kaedah majoriti mudah bakal membawa banyak implikasi, terutama dalam menentukan penyertaan parti komponen baru ke dalam BN.

"BN perlu menggunakan kaedah perundingan dan permuafakatan kerana ia adalah langkah terbaik bagi menentukan masa depan parti komponen sedia ada, sekiranya kaedah konsensus dikekalkan," katanya.

Kelmarin, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dilaporkan, berkata akan mengemukakan cadangan menggunakan kaedah majoriti mudah berbanding sistem konsensus dalam membuat keputusan dan ia akan dikemukakan pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN tahun depan.

Timbalan Presiden Gerakan, Dr Cheah Soon Hai berkata, parti itu tidak menolak cadangan terbabit, namun penggunaan kaedah berkenaan perlu bergantung kepada sesuatu isu.

Ketua Pemuda MIC, C Sivarrajh, berkata cadangan itu baik dan amat dialu-alukan, namun percaya ia masih di peringkat cadangan serta perlu dibawa ke peringkat kepemimpinan tertinggi BN sebelum diputuskan.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berpendapat, BN tidak mempunyai alasan untuk menukar sistem konsensus, yang dilaksanakan sekarang kepada sistem lain.

TPPA bantu tarik pelaburan asing

Posted: 16 Dec 2013 01:03 PM PST

TPPA bantu tarik pelaburan asingMohammad Azlan (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Yun sambil diperhatikan oleh Abdul Jalil selepas mengetuai lawatan delegasi Kedutaan Amerika Syarikat ke Balai Berita, semalam. - Foto Yazit Razali

Kuala Lumpur: Amerika Syarikat (AS) menegaskan Perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) memberi banyak manfaat, termasuk lonjakan pelaburan asing, selain mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini.

Duta Besar AS ke Malaysia, Joseph Yun, berkata pertimbangan negara ini untuk menandatangani rundingan perjanjian itu perlu dilihat daripada perspektif lebih meluas dan keuntungan jangka panjang.

Tingkat peluang pekerjaan

"Seperti saya pernah nyatakan sebelum ini, antara inti pati rundingan itu adalah kemasukan jumlah pelaburan ke Malaysia dan syarikat AS yang beroperasi, di sini, sudah mengambil kira-kira 100,000 rakyat tempatan bekerja dengan mereka," katanya kepada media selepas mengadakan lawatan di Balai Berita, di sini, semalam.

Kehadiran delegasi dari Kedutaan AS itu disambut pengurusan kanan New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Mohammad Azlan Abdullah.

Hadir sama, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid; Timbalan Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Abdul Rashid Yusof; Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Abdul Ghafar Ismail dan Pengarang Eksekutif Rencana BH, Zainor Said.

Dalam lawatan itu, delegasi dari Kedutaan AS diberikan taklimat operasi penerbitan akhbar Kumpulan NSTP, selain bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa.

'Tambah subsidi diesel'

Posted: 16 Dec 2013 12:59 PM PST

Kuala Lumpur: Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) menggesa kerajaan menambah subsidi diesel kepada pengusaha pengangkutan itu supaya mereka dapat mengurangkan kos bahan api, sekali gus mengelak menaikkan tambang mulai 1 Januari ini.

Presidennya, Amali Munif Rahmat, berkata pengusaha kini membayar RM1.68 sen seliter diesel dan berharap kos berkenaan dapat dikurangkan kepada RM1 yang disifatkannya penyelesaian terbaik bagi memuaskan hati semua pihak termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pengusaha dan ibu bapa.

Tampung kos operasi

"Pengurangan itu juga akan membolehkan kami menampung kos penyelenggaraan bas," katanya ketika ditemui media, semalam sambil menambah, kenaikan 40 peratus tambang bas sekolah adalah jumlah kecil iaitu antara RM8 hingga RM10 sebulan.

Ditanya jika tiada pengumuman dibuat berhubung tambang baru sebelum sesi persekolahan bermula 1 Januari ini, beliau berkata, pihaknya tetap mengenakan kadar baru seperti dirancang.

"Jika SPAD umum tambang baru sebelum 1 Januari ini, kami akan kaji semula sama ada ia boleh menampung kos operasi. Kami sedar beban ditanggung ibu bapa, terutama yang ramai anak bersekolah, tetapi kenaikan tambang tidak dapat dielakkan," katanya.

Beliau juga mahu peruntukan kerajaan sebanyak RM40 juta untuk membiayai insurans pelajar, yang menggunakan bas sekolah sebelum ini, digunakan untuk menambahbaik pengangkutan itu, antaranya menyediakan pendingin hawa, Sistem Penentu Kedudukan Sejagat (GPS) dan kamera litar tertutup (CCTV) demi keselamatan pelajar.
Di Georgetown, Pengerusi Pengusaha Bas Sekolah Pulau Pinang, Loh Choon Beng mengesahkan akan ada kenaikan tambang bas sekolah di negeri itu, namun enggan mengulas lanjut.