Siapa presiden baru CUEPACS |
- Siapa presiden baru CUEPACS
- Komitmen tinggi bangunkan sains, teknologi
- Era baru industri pelancongan
- 'Kemuka aduan melalui pos'
- Kalut gara-gara 'tanah runtuh'
- Pegawai kanan angkat sumpah depan SPRM, mufti
Posted: 17 Dec 2013 02:11 PM PST 1,4000 perwakilan tentukan nasib tiga calon Presiden CEUPACS hari ini selepas Datuk Omar Osman tidak mempertahankan jawatan. Tiga calon itu ialah Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Azih Muda; Presiden Kesatuan Kakitangan Kementerian Pertahanan (KESATRIA), Ahmad Shah Mohd Zain dan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU), Shuhaimi Othman. Ikuti temubual BH dengan mereka dalam akhbar BH hari ini. |
Komitmen tinggi bangunkan sains, teknologi Posted: 17 Dec 2013 02:07 PM PST Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menegaskan Malaysia mempunyai komitmen tinggi terhadap pembangunan sains dan teknologi. Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar ia tidak boleh menyediakan kebajikan kepada rakyat, melainkan pihaknya boleh membina dan mengekalkan teknologi yang kukuh serta asas saintifik. Hadir sama, Presiden ASM, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali; Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, Prof Emeritus Datuk Seri Dr Zakri Abdul Hamid dan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis. Najib berkata, apa yang dilakukan atau dicadangkan oleh komuniti saintifik seperti ASM mesti akhirnya mempunyai impak positif kepada kehidupan rakyat. Pelan komprehensif "Ia memerlukan pelan komprehensif yang menggariskan keperluan pertengahan yang menggabungkan kepentingan pada masa depan. Pada majlis itu, Najib menganugerahkan dua Felo Kanan ASM kepada Ketua Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Tan Sri Dr Yusof Basiron dan Felo Penyelidikan Kanan Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Dr Chia Swee Ping, sebagai penghargaan terhadap sumbangan serta kepemimpinan dalam bidang masing-masing, selain menganugerahkan 19 orang sebagai Felo baru. |
Posted: 17 Dec 2013 02:03 PM PST Genting Highlands: Datuk Seri Najib Razak yakin Pelan Pelancongan Bersepadu Genting (GITP) akan merapatkan jurang dan ketidakseimbangan ekonomi di wilayah Pantai Timur, khususnya pembangunan infrastruktur pelancongan. Perdana Menteri juga percaya pelan induk itu juga akan menggalakkan kemasukan pelabur dari dalam dan luar negara ke Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Projek di atas tanah seluas 10.11 hektar itu ialah taman tema studio filem Twentieth Century Fox pertama seumpamanya di dunia. Cetus era baru "Saya lihat Pelan Transformasi Genting dalam pembangunan bersepadu resort ini sebagai pencetus arah aliran dan permulaan era baru dalam industri pelancongan negara," katanya melancarkan GITP dan Taman Tema Twentieth Century Fox di Genting International Show Room, Genting Grand Hotel di sini, semalam. GITP turut disenaraikan sebagai antara projek permulaan di bawah ECER berikutan impak besarnya kepada ekonomi negara, khususnya industri pelancongan di wilayah itu. |
Posted: 17 Dec 2013 02:03 PM PST Putrajaya: Orang ramai kini boleh mengemukakan aduan, maklum balas atau cadangan mengenai mutu perkhidmatan kerajaan dan kakitangan awam menerusi pos di cawangan Pos Malaysia seluruh negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, berkata khidmat ditawarkan menerusi usahasama antara Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Pos Malaysia itu turut dipanjangkan kepada penduduk luar bandar dan pedalaman. "Pendekatan ini memudahkan rakyat menghubungi kerajaan bagi membuat aduan, sekali gus membantu kerajaan menambah baik perkhidmatan kepada rakyat berdasarkan kemahuan mereka. "Saya yakin budaya ini akan menghapuskan amalan bekerja secara bersendirian dikementerian, jabatan atau agensi kerajaan tertentu. "Ia akan menggalakkan jalinan rangkaian kerjasama yang lebih berkesan dalam kalangan pegawai kerajaan merentasi kementerian, jabatan dan agensi," katanya pada majlis pelancaran borang aduan pos itu di sini, semalam. Seng Kuan menjelaskan, saluran aduan terbaru yang disediakan itu selaras dasar kerajaan bagi mencapai kecemerlangan berterusan dalam sistem penyampaian dan perkhidmatan kepada rakyat. Seng Kuan juga yakin skim itu dapat mempertingkatkan keberkesanan dan memperkenalkan kaedah lebih holistik lagi bertanggungjawab dalam cara jabatan atau agensi kerajaan menangani aduan. |
Kalut gara-gara 'tanah runtuh' Posted: 17 Dec 2013 02:03 PM PST Gempar seketika apabila petugas media di Sarawak pagi semalam, menerima maklumat mengenai sekurang-kurangnya 10 mangsa terperangkap dalam tanah runtuh yang dikatakan berlaku pada jam 10.30 pagi di Taman Permai Timur, Sibu. Berikutan maklumat itu, pelbagai agensi terdiri daripada anggota Bomba dan Penyelamat Balai Sungai Merah dan Sibu, termasuk Unit Tindakan Cepat Bermotosikal Bomba (RIM) dan Pasukan Operasi Taktikal Penyelamat Khas Malaysia (STORM) serta polis dan petugas Hospital Sibu dikejarkan ke lokasi bagi operasi menyelamat semua mangsa. |
Pegawai kanan angkat sumpah depan SPRM, mufti Posted: 17 Dec 2013 01:53 PM PST Kuala Terengganu: Mulai tahun depan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pegawai kanan kerajaan Terengganu akan dikehendaki mengangkat sumpah di hadapan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan mufti selain memegang al-Quran. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah itu bertujuan untuk menentukan pembuat pengakuan berlaku jujur dan amanah dengan tanggungjawab yang digalas. Ahmad bercakap kepada pemberita pada Program Transformasi SPRM mencegah rasuah kepada ADUN di sini, semalam. Kukuh keyakinan Katanya, kerajaan negeri akan meneruskan tradisi untuk berhubung rapat dengan agensi penguatkuasaan seperti SPRM dan taklimat SPRM semalam akan diperluaskan kepada pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua jabatan tidak lama lagi. Taklimat itu juga adalah sebagai komitmen kerajaan negeri Terengganu dalam menjalankan urusan pentadbiran dengan telus dan berintegriti untuk mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap sektor perkhidmatan awam. "Hari ini banyak perkara disentuh, termasuk kuasa perundangan serta bentuk kesalahan rasuah dan perkara yang boleh disabitkan sebagai 'suapan' yang mudah berlaku dalam kehidupan seharian," katanya. Taklimat kira-kira tiga jam itu disampaikan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |