Malaysia gagal pertahan kejuaraan

Malaysia gagal pertahan kejuaraan


Malaysia gagal pertahan kejuaraan

Posted: 19 Dec 2013 05:22 AM PST

MALAYSIA terpaksa tunduk kepada Indonesia selepas gagal mempertahankan pingat emas Sukan SEA dalam penentuan sepakan penalti dalam perlawanan separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA ke-27 di Stadim Zeyar Thiri, Myanmar malam ini.

Kemenangan berpihak kepada Indonesia 4 - 3 selepas dua cubaan pemain negara A Thamil Arasu dan Shahrul Saad berjaya diselamatkan penjaga gol Indonesia untuk melayakkan mereka mara ke final.

Terdahulu, separuh akhir itu menyaksikan Malaysia dan Indonesia terikat 1 - 1.

Indonesia membuka jaringan yang dihasilkan oleh Bayu Gatra Sanggiawan pada minit ke-30.


Bagaimanapun, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan menerusi A Thamil Arasu pada minit ke-85 untuk mengikat Indonesia 1-1.


Selepas 90 minit perlawanan, Malaysia masih terikat 1-1 dengan Indonesia dan perlawanan terpaksa berlangsung dalam masa tambahan.

Namun, kedua pasukan gagal menambahkan jaringan setelah tamat masa tambahan dan kemenangan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/19

AKUATIK: Pandelela dominasi 10m platform

Posted: 19 Dec 2013 04:54 AM PST

RATU terjun negara Pandelela Rinong memenangi pingat emas menerusi acara 10 meter platform individu wanita sebentar tadi.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik London itu mudah mendominasi acara berkenaan dengan memungut 346.60 mata.

Pandelela langsung tidak berdepan sebarang masalah mempertahankan pingat emas yang ketiga dimenanginya sejak kali pertama di Laos 2009.

Perak turut menjadi milik penerjun negara Loh Zhiayi yang meraih 292.10 mata.

Foto

Pemenang pingat emas, Pandelela Rinong (kanan) bersama pemenang pingat perak, Loh Zhiayi. FOTO Hasan Ismail


Pingat gangsa pula milik penerjun tuan rumah Saw Hla Nandar yang meraih 233.15 mata.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/19

Awas dendam musuh tradisi

Posted: 18 Dec 2013 02:11 PM PST

SKUAD Harimau Muda A diingatkan supaya jangan mengambil mudah musuh tradisi Indonesia pada perlawanan separuh akhir pada temasya Sukan SEA ke-27 di sini esok.

Jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee berkata, mereka tidak boleh memandang remeh pasukan Indonesia walaupun pernah meranapkan impian mereka untuk menjadi juara ketika menjadi tuan rumah pada edisi 2011.

Beliau berkata Indonesia dilihat mempunyai motivasi tinggi selepas mengecewakan tuan rumah Myanmar 1-0 pada perlawanan terakhir kumpulan B, Isnin lepas.

Selain itu, Kim Swee percaya Indonesia akan turun dengan misi untuk membalas dendam bagi menebus kekalahan pada final 2011.

Foto


"Sudah pasti mereka (Indonesia) lebih berkeyakinan selepas menyingkirkan Myanmar serta mahu menebus kekecewaan terlepas pingat emas dua tahun lepas," katanya di sini hari ini.


Beliau berkata semua pemain perlu memeras keringat serta fokus sepenuhnya hingga ke wisel penamat bagi memastikan tempat ke pentas akhir sebelum memikirkan lawan pada penentuan pingat emas nanti.

Mengenai barisan kesebelasan esok, Kim Swee berkata beliau tidak akan mengambil risiko untuk menguji pemain malah akan mengekalkan sebahagian besar pemain yang sedia ada.

Katanya beliau mempunyai pemain gantian bagi memikul tugas pemain pertahanan K Ruben yang tidak dapat beraksi satu perlawanan kerana mengutip dua kad kuning sebelum ini.

Ruben mendapat kad kuning pertama semasa menentang Singapura, Ahad lepas dan kad kedua ketika menentang Vietnam semalam.

Pada satu lagi perlawanan separuh akhir esok, Thailand akan menentang Singapura. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/19

Mangsa peragut berkereta

Posted: 18 Dec 2013 10:36 AM PST

Kuala Terengganu: Hasrat seorang pelajar kolej menduduki ujian percubaan akhir tahun terbantut apabila dia diragut sekumpulan lelaki ketika menunggang motosikal mengakibatkan dia mengalami kecederaan di kepala dalam kejadian di Kampung Tok Jembal, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa Zafira Halwa Ibrahim, 20, yang menunggang motosikal Honda Dash dihimpit sebuah PERODUA ViVa berwarna kuning, mengakibatkan dia tersembam di atas jalan.

Akibat kemalangan itu, kepala pelajar Kolej Yayasan Terengganu berkenaan terhentak kuat di atas jalan tar menyebabkannya pengsan, sekali gus membolehkan suspek melarikan beg tangannya.

Zafira yang ditemui di Wad Pembedahan Wanita di Hospital Sultanah Nur Zahirah ((HSNZ), di sini, semalam berkata, dia hanya tersedar ketika diangkat ke dalam kereta penduduk kampung yang melihat dia terbaring di atas jalan.

Foto

ZAFIRA Halwa kini menerima rawatan di HSNZ.


"Kepala saya terasa amat sakit dan terkejut apabila seluruh muka dan badan saya bercalar akibat tergesel di atas jalan dan penduduk membawa saya ke Klinik Kesihatan Seberang Takir sebelum dirujuk ke HSNZ untuk rawatan lanjut.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/19

Panik lihat sekatan jalan

Posted: 18 Dec 2013 10:36 AM PST

Tuaran: Akibat panik apabila mendapati anggota polis melakukan sekatan jalan dalam Ops Cantas Khas Trafik, seorang penunggang motosikal merempuh sekatan itu sehingga menyebabkan seorang anggota polis cedera di paha dan tangan kanannya dalam kejadian di Jalan Telibong-Tamparuli, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, Koperal Madlan Suara, 47, dikejarkan ke Hospital Tuaran di sini, selepas cedera di tapak tangan dan jari manis serta pahanya dan menerima beberapa jahitan.

Bagaimanapun, Madlan yang masih menerima rawatan di Hospital Tuaran di sini, dilaporkan berada dalam keadaan stabil, manakala penunggang motosikal berusia 17 tahun itu ditahan.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan mendapati, suspek menunggang motosikal Honda EX5 dari Tuaran menuju ke Tamparuli, dekat sini, dan sebaik tiba di tempat kejadian, suspek panik apabila melihat anggota polis sedang melakukan sekatan jalan.

Foto

ANGGOTA polis cedera dirempuh penunggang motosikal di Jalan Telibong-Tamparuli, semalam.


"Penunggang motosikal itu cuba melarikan diri dengan merempuh Koperal Madlan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/19

Fokus pada kandungan

Posted: 18 Dec 2013 10:35 AM PST

Raut wajah yang terpamer ketika sesi fotografi ini sudah cukup menggambarkan kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh pasangan ini.

Tidak salah dikatakan Beego dan Linda Hashim kini sedang meniti saat-saat indah dan bahagia dalam perkahwinan mereka.

Kegembiraan ini bertambah apabila Linda kini hamil lima bulan selepas mereka diijabkabulkan pada 7 Jun lalu.

Berkongsi perkembangan terkini, Linda yang menyerlah menerusi watak Toh Puan Norasyikin dalam filem Tanda Putera memberitahu dirinya kini banyak menghabiskan masa berehat di rumah.


"Saya tak ambil lagi tawaran berlakon memandangkan perut semakin besar dan tak boleh disembunyikan. Ada juga produser yang tak tahu saya sedang mengandung berikan tawaran berlakon, akhirnya 'job' itu saya berikan pula kepada rakan-rakan artis lain.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/19