Buru geng tahi |
Posted: 21 Dec 2013 09:47 AM PST Ipoh: Polis bandar raya ini berusaha menjejaki kumpulan penjenayah biadab yang didakwa mempunyai hobi aneh gemar membuang air besar di rumah mangsa selain meninggalkan najis di ruang tamu kediaman diceroboh masuk. Kumpulan penjenayah terbabit yang mendapat jolokan geng tahi dipercayai mengamalkan ilmu hitam berdasarkan perbuatan itu yang pernah dilakukan penjenayah warga asing bagi tujuan memukau penghuni kediaman. Sumber polis berkata, penjenayah dikesan gemar memecah masuk kediaman melalui pintu belakang sebelum menggeledah rumah mangsa bagi mencari barang berharga terutama wang, barang kemas, komputer dan telefon bimbit. Menurutnya, dalam kes terbaru, kumpulan penjenayah terbabit dikesan memecah masuk rumah di Taman Aked, Menglembu, di sini, ketika penghuninya keluar atas urusan perniagaan. KEADAAN ruang tamu rumah mangsa yang digeledah suspek.
|
Posted: 21 Dec 2013 09:46 AM PST Marang: "Ombak terlalu besar dan tidak sampai lima minit saya ditarik sejauh 100 meter," kata Mohamad Zulhilmi Zakaria, 17, menceritakan detik cemas apabila dia bersama empat ahli keluarga nyaris lemas di Pantai Rusila, di sini, semalam. Zulhilmi yang berasal dari Klang, Selangor, berkata dalam kejadian jam 2.30 petang itu, dia bersama dua kakaknya, Siti Nadia Zakaria, 26, dan Siti Natasha Zakaria, 23, mandi bersama sambil diperhatikan ahli keluarga lain. Menurutnya, ketika bermain ombak, dia dan dua kakaknya itu tidak menyedari ditarik ombak sehingga berada semakin jauh dari persisir pantai. Katanya, kedalaman air pantai berkenaan menyebabkan ketiga-tiga mereka hilang kawalan dan tidak mampu berenang melawan ombak besar. HAIRY (kanan) melihat keadaan bapa tirinya yang masih lemah.
|
Posted: 21 Dec 2013 09:44 AM PST Kuala Lumpur: Bersuamikan lelaki tampan dan kacak sering menerbitkan rasa cemburu kepada si isteri, apatah lagi jika si suami agak miang dan kerap meninggalkan rumah kerana tuntutan tugas. Bimbang teman hidup 'makan luar' atau dikebas wanita lain, ada segelintir isteri mengambil jalan mudah melakukan perbuatan khurafat untuk menundukkan suami dengan harapan rumah tangga dibina kekal harmoni tanpa kehadiran orang ketiga. Ini termasuk amalan 'mengunci suami' iaitu menggunakan ilmu sihir untuk menutup atau mengikat nafsunya terhadap wanita lain terutama ketika berjauhan dengan isteri. Bagaimanapun, risiko menggunakan khidmat syaitan amat tinggi terutama jika menggunakan bahan kotor seperti batang keladi, nasi kangkang, air mani, titisan peluh serta seluar dalam kotor untuk tujuan itu. Akibat tersilap kunci, si suami turut hilang nafsu terhadap isteri sendiri. Ikram dan Iza menceritakan pengalaman mereka kepada wartawan Metro Ahad.
|
Posted: 21 Dec 2013 09:08 AM PST Nay Pyi Taw: Gandingan bidan terjun Muhammad Nazreen Abdullah serta Ooi Tze Liang masih mampu menjamin pingat emas untuk negara selepas mendominasi acara 10 meter platform seirama lelaki di Pusat Akuatik Wunna Theikdi semalam. Nazreen dan Tze Liang turut mengesahkan pingat emas ke-40 seperti disasarkan kontinjen negara selepas mengumpul 386.28 mata selepas enam terjunan. Menariknya, mereka berdua baru saja digandingkan di sini selepas rakan gandingan Tze Liang, Muhammad Danial Sabri tidak dapat hadir ke Sukan SEA kali ini kerana menghadapi masalah jangkitan kuman di telinganya. Perak menjadi milik gandingan Indonesia Andriyan serta Adityo Resto Putra selepas mencatat 327.51 mata.
|
Posted: 21 Dec 2013 08:16 AM PST Sebaik pelakon sedang mencipta nama, Johan As'ari mengumumkan mahu melamar Lana Nordin selepas tiga hari bertemu, pasangan itu menjadi perhatian ke mana saja mereka pergi. Hubungan mereka dikritik apabila ramai keliru memandangkan sebelum itu, Johan dikatakan intim dengan penyanyi popular, Shila Amzah. Meskipun Johan dan Shila menegaskan hubungan yang terjalin tidak lebih sebagai kenalan rapat, tambahan pula keluarga mereka berdua saling mengenali, ramai masih beranggapan ada sesuatu di antara mereka. Terbaru, penerbit filem Paku menampilkan Johan sebagai pelakon utama, menyelar Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin kerana menemani Johan menghadiri majlis tayangan perdana filem berkenaan. Dalam kenyataan yang disiarkan media, penerbit filem itu berkata kehadiran Lana menyebabkan tumpuan wartawan terhadap Paku beralih kepada kisah cinta pasangan itu. Ia dibimbangi mempengaruhi minat penonton untuk menyaksikan filem terbabit di pawagam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |