Peluntur cabut nyawa

Peluntur cabut nyawa


Peluntur cabut nyawa

Posted: 11 Dec 2013 10:34 AM PST

Kuala Lumpur: Tertekan diancam isteri yang mahu melarikan diri bersama anak mereka, seorang lelaki berusia 31 tahun dipercayai sanggup meminum cecair peluntur, antibiotik dan ubat penahan sakit sebelum disahkan mati, kelmarin.

Mangsa, Shanmugan Nathan dikatakan sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dengan isterinya dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia setahun.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki terbabit yang bekerja sebagai penghantar surat dikatakan tinggal bersendirian di rumah selepas isteri dan anak perempuannya ke rumah keluarga wanita itu di Puchong, dekat sini.

"Mangsa dipercayai mengalami tekanan menyebabkan dia tekad mahu membunuh diri dengan meminum cecair peluntur, menelan ubat penahan sakit ubat selsema dan antibiotik.

Foto

AHLI keluarga mangsa menunggu di pekarangan hospital untuk menuntut mayat mendiang.


"Selepas berbuat demikian, mangsa dikatakan pergi ke rumah seorang adiknya yang tinggal berhampiran. Adik mangsa yang melihat keadaannya seperti tidak sedarkan diri dan muntah segera membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/12

Sapu duit hutang makan

Posted: 11 Dec 2013 10:29 AM PST

Batu Pahat: Seorang lelaki warga Nepal didakwa mengambil kesempatan melarikan wang tunai RM17,000 hasil kutipan hutang bulanan makanan daripada rakan senegara serta warga asing lain selepas diamanahkan mengutip wang berkenaan doleh seorang peniaga warga tempatan.

Mangsa Aminah Mohd Anuar, 34, mendakwa sebelum ini, dia mewakilkan lelaki dikenali sebagai Lal Kumar Khaphangi, 23, untuk mengutip wang berkenaan.

"Saya berniaga makanan berhampiran beberapa kilang di Taman Sri Sulong dan memberi kemudahan 'kredit' (hutang) kepada warga asing dan mereka hanya membayarnya pada hujung bulan.

"Pekerja asing yang berhutang ramai dan kerana kekangan masa, saya mewakilkan kepada Lal Kumar mengutip bayaran daripada semua pelanggan yang berhutang," katanya, semalam.


Bagaimanapun, menurutnya, pada September lalu, Lal Kumar gagal dihubungi dan dia yang sangsi bertanyakan perkara itu dengan beberapa warga asing termasuk kenalan lelaki berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/12

'Bagi saya masa'

Posted: 11 Dec 2013 10:23 AM PST

Kuala Lumpur: "Memang sudah lama saya tanam niat, tapi niat saja kalau tak buat tak guna juga. Sekarang saya dalam proses belajar-belajar untuk bertudung penuh. Tapi kena perlahan-lahanlah," jelas pelakon Emma Maembong mengenai penampilan terbarunya yang dikhabarkan mula berhijab kebelakangan ini.

Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 21, berkata, penampilan berhijab itu bertitik-tolak daripada pembabitannya menjayakan dua watak wanita bertudung dalam drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss! sejak dua bulan lalu.

"Sudah lama saya terdetik dalam hati. Kebetulan pula, sejak dua bulan saya terbabit dalam penggambaran drama yang memerlukan saya bawa watak wanita bertudung. Bila sudah hari-hari bertudung di lokasi, lama-kelamaan saya makin selesa.

"Lagipun menutup aurat adalah tuntutan pada setiap wanita Muslim. Sama ada sekarang atau lambat-laun saya tetap akan bertudung juga," katanya ketika dihubungi, semalam.

Foto

PENAMPILAN Emma dengan imej bertudung.


Emma tampil dengan imej bertudung ketika muncul dalam program hiburan, MeleTop di Astro Ria malam kelmarin sehingga menimbulkan tanda tanya sama ada dia benar-benar sudah berhijab atau bertujuan mempromosikan drama PMS semata-mata.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/12

Atlet dapat tonik baru

Posted: 11 Dec 2013 10:03 AM PST

Nay Pyi Taw: Temasya Sukan SEA Myanmar dibuka penuh warna warni secara rasmi di Stadium Wunna Theikdi dengan kontinjen negara membariskan 556 atlet diketuai jaguh bina badan, Sazali Samad selaku pembawa bendera, semalam.

Majlis dibuka Presiden Myanmar U Thein Sein dan isteri Daw Khin Khin Win dan dif-dif kehormat termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang disambut dengan percikan bunga api.

Malaysia menetapkan sasaran 40 pingat emas daripada 460 emas yang ditawarkan dengan mengambil bahagian dalam 29 acara, tanpa menyertai acara vovinam, perlumbaan perahu tradisional, gusti dan kempo.

Mereka akan menyertai acara renang, olahraga, memanah, badminton, bola keranjang, snuker dan biliard, tinju, berkanu, berbasikal, ekuestrian, bola sepak (termasuk futsal), golf, hoki, judo, karate, perahu dayung, sepak takraw (chinlone), perahu layar, menembak, ping pong, taekwondo, bola tampar, bina badan, catur, muay Thai, pencak silat, angkat berat dan petanque.

Foto

BUNGA api menghiasi majlis pembukaan.


Pada temasya di Indonesia dua tahun lalu, kontinjen negara meraih 59 pingat emas, 50 perak dan 82 gangsa untuk menduduki tempat keempat keseluruhan bagi mencatat pencapaian terbaik selepas meraih 111 pingat emas ketika menjadi tuan rumah Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/12

Saling memahami petua kejayaan

Posted: 11 Dec 2013 04:55 AM PST

Banyak faktor yang boleh memberi gambaran awal sekiranya pendatang baru itu mahir berkomunikasi, tahu menjaga penampilan, sambutan peminat, memiliki bakat yang luar biasa, tenaga dan aura di pentas itu sendiri.

Khasnya buat penyanyi K-Pop, tidak dinafikan muncullah siapa jua pun pasti akan berjaya menarik peminatnya tersendiri, namun bukan semua boleh menjadi kumpulan yang 'luar biasa' seperti Big Bang mahupun Super Junior.

Berikutan lambakan kemunculan artis baru di rantau itu yang nampaknya tidak akan susut, persaingan terus menjadi sengit apabila peminat mahu melihat artis terbabit menjadi lebih hebat.

Apalagi jika melihat sendiri pola dan bentuk artis K-Pop yang rata-rata muncul berkumpulan kala ini, konsep ditampilkan lebih kurang sama serta tiada perbezaan nyata.

Foto

SANGGUP lupakan cita-cita masa kecil demi nyanyian.


Bagaimanapun, meniti kemuncak populariti dan mula menjadi sebutan sekarang ini, kumpulan Boys Republic yang sempat berkunjung ke Kuala Lumpur, minggu lalu menegaskan mereka tidak akan beralah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/12