Brunei-Muara areas suffer blackout during downpour

Brunei-Muara areas suffer blackout during downpour


Brunei-Muara areas suffer blackout during downpour

Posted: 13 Dec 2013 05:22 PM PST

BANDAR SERI BEGAWAN: Several areas in the Brunei-Muara District were affected by a blackout yesterday as the Department of Electrical Services worked to normalise the power supply to as many affected areas as possible, Borneo Bulletin reported.

The first report was received around 6.15pm, after a 11-kilovolt line was struck by lightning during yesterday's downpour, affecting the Pasar Gadong, Kiarong and Beribi areas. The technical details of the power disruption are yet to be known.

Later, the Kg Sg Akar area suffered a blackout after a tree struck by lightning fell on an 11-kilovolt power line at Simpang 378-7 at 8.35pm.

The Department of Electrical Services urged members of the public not to plant trees, especially fruit trees, as strong winds alone are enough to cause disruption to the power supply.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Polis tahan suspek dalam kes bunuh penunggang motosikal

Posted: 13 Dec 2013 05:20 PM PST

KUCHING: Polis kelmarin menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kes bunuh seorang penunggang motosikal pada awal pagi 12 Disember lalu.

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan ketika memandu sebuah kereta jenis Toyota Hilux di Jalan Lapangan Terbang Baru sekitar jam 9.30 malam kelmarin.

Ekoran penahanan tersebut, mahkamah semalam telah meluluskan permohonan tahanan reman selama lima hari terhadap suspek sehingga 18 Disember ini untuk siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek dipercayai ditahan hasil daripada pengecaman nombor pendaftaran kereta yang digunakan suspek semasa insiden tersebut berlaku sekitar jam 1 pagi di Kenyalang Park, di sini pada Rabu lepas.

Dalam insiden tersebut, suspek yang memandu sebuah kereta terdahulu dipercayai melanggar motosikal yang ditunggangi mangsa iaitu Mohd Ilfan Daud berusia 25 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumah rakannya di Tabuan Foochow.

Berpunca daripada kemalangan tersebut, dikatakan berlaku pertengkaran di antara suspek dan mangsa sebelum suspek bertindak menikam leher mangsa sehingga membawa kepada kematian.

Suspek selepas itu terus melarikan diri dari tempat kejadian, namun saudara mangsa yang turut berada di tempat kejadian sempat mencatat nombor kereta yang digunakan suspek.

Hasil siasatan awal pihak polis kemudian berjaya menjejaki suspek dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas insiden tersebut dilaporkan berlaku.

Pihak polis turut menemui sarung senjata yang dipercayai kerambit (taji) di tempat kejadian.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Polis komited perangi gejala dadah

Posted: 13 Dec 2013 05:20 PM PST

by Kepu Sidi. Posted on December 14, 2013, Saturday

Operasi tangkap penagih memudahkan pengedar dikenal pasti: Sabtu

SARIKEI: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berterusan melancarkan gerakan memerangi dadah.

Katanya, kes berkaitan dadah di negeri ini masih berada pada tahap terkawal, namun polis memandang serius masalah itu.

"Kita tidak mahu leka dengan situasi tersebut, malah dalam perancangan dan agenda kita ialah menghapuskan semua gejala berkaitan dengan dadah ke peringkat akar umbi.

"Kita menjalankan operasi menangkap penagih-penagih dadah kerana usaha ini akan memudahkan kita mengenal pasti pengedarnya dan membanteras gejala ini hingga ke tahap sifar.

"Kita memandang serius perkara ini kerana ia mampu menyebabkan berlakunya jenayah-jenayah sampingan lain," ujarnya ketika ditemui semasa lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei, semalam.

Sehubungan itu, Sabtu mengingatkan masyarakat agar turut memainkan peranan mereka dalam usaha terbabit agar gejala dadah dapat dibanteras dengan berkesan.

"Bagi masyarakat yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti berkaitan dadah ataupun kegiatan jenayah lain, kita harap mereka menyalurkan maklumat dengan segera kepada polis.

"Usaha itu bukan kebaikan satu pihak sahaja, tetapi untuk semua pihak kerana kita tahu dadah adalah musuh nombor satu negara. Jika aktiviti penagihan dan pengedaran dadah terus berleluasa, ia bakal memberi impak negatif kepada semua.

"Kita mahu masyarakat sedar bahawa dadah adalah punca utama berlakunya sesuatu masalah, justeru ia harus disekat dan dimusnahkan dengan segera," tegasnya.

Pada lawatan itu, Sabtu menghadiri beberapa siri lawatan termasuk ke Bilik Gerakan IPD Sarikei, menghadiri sesi dialog bersama anggota polis IPD Sarikei, Program 'Walk About' bersama masyarakat serta menghadiri majlis makan malam bersama anggota.

Sabtu turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Penyampaian Cek Tabung Amanah Warisan Polis.

Menemani beliau ialah Ketua Polis Daerah Sarikei Superintenden Poniman Margiman serta para pegawai kanan polis.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Ahli perniagaan bercuti, rumah dipecah masuk

Posted: 13 Dec 2013 05:19 PM PST

Posted on December 14, 2013, Saturday

KUCHING: Sebuah rumah milik seorang ahli perniagaan di Jalan Patingan di sini dipecah masuk dengan pelbagai barangan elektrik dilarikan dalam satu insiden, awal pagi semalam.

Difahamkan, kejadian tersebut hanya disedari oleh saudara mangsa apabila mendapati pagar utama serta pintu bahagian belakang rumah tersebut terbuka sekitar jam 7 pagi.

Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati keadaan di dalam rumah juga berselerak dan beberapa barangan elektrik termasuk empat televisyen telah hilang dari rumah tersebut.

Menurut sumber, dekoder untuk kamera litar tertutup (CCTV) rumah tersebut turut dilarikan.

Pemilik rumah tersebut yang kini sedang bercuti juga telah dimaklumkan mengenai insiden itu.

Saudara mangsa yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga rumah tersebut kemudian membuat laporan polis dan siasatan lanjut pihak polis masih giat dijalankan.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Lelaki menerima 18 jahitan kerana cedera dilibas menggunakan parang

Posted: 13 Dec 2013 05:18 PM PST

MIRI: Seorang lelaki terpaksa menerima 18 jahitan berikutan kecederaan yang dialami di bahagian perut setelah dilibas menggunakan sebilah parang oleh seorang individu yang dikenali dalam kejadian yang berlaku di Bukit Peninjau, Bakong pada Ahad lalu.

Berikutan itu, mangsa yang berusia 49 tahun dari Batu 74, Jalan Miri-Bintulu membuat laporan polis di Balai Polis Beluru, di sini pada Rabu lalu.

Dalam aduannya, mangsa mendakwa sekitar jam 5.30 petang, 8 Disember lalu di kawasan Bukit Peninjau, Bakong, semasa baharu turun dari keretanya jenis Proton Iswara, tiba-tiba dia telah didatangi seorang lelaki yang dikenali.

Lelaki terbabit telah melibaskan sebilah parang yang menggena bahagian perutnya dan kemudian terus melarikan diri.

Meskipun dalam kesakitan, mangsa sempat berfikir kenapa lelaki terbabit bertindak sedemikian terhadapnya.

Dia kemudian terus pergi ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan segera dan terpaksa menerima 18 jahitan akibat kecederaan tersebut.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Lelaki diberkas kerana didakwa lari ‘powerbank’

Posted: 13 Dec 2013 05:18 PM PST

SIBU: Seorang lelaki diberkas oleh polis kerana didakwa melarikan sebuah 'powerbank' iaitu alat pengecaj bateri dari sebuah kedai menjual aksesori telefon bimbit di Jalan Channel di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, suspek, 39, berbangsa Iban, dan berasal dari Kanowit dikatakan memasuki sebuah premis menjual aksesori telefon bimbit dan mencuri sebuah powerbank.

Ketika mahu beredar dari situ, 'powerbank' yang disimpannya di dalam kocek seluar jeannya tiba-tiba terjatuh ke lantai.

Pemilik kedai yang kebetulan berada di situ terus mendekati suspek dan bertanya sama ada dia mahu mencuri 'powerbank' tersebut.

Suspek yang tidak mengaku lantas cuba melarikan diri, namun jeritan pemilik kedai tersebut membuat peniaga-peniaga lain yang berada di kawasan itu turut mengejar suspek.

Suspek kemudiannya berjaya ditangkap dan dibelasah oleh orang awam sebelum menghubungi polis untuk memberkasnya.

Bagaimanapun, suspek mengalami pendarahan di kepala setelah dibelasah orang awam tetap enggan mengaku perbuatannya.

Difahamkan suspek yang berada dalam pengaruh alkohol itu terus diheret ke balai untuk tindakan lanjut.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.