Sindiket bayar RM20,000 |
- Sindiket bayar RM20,000
- Rumah khas untuk tentera di Johor
- BN syor guna pakai kaedah majoriti mudah
- JAKIM, MAIN buat tindakan susulan
- Mat Sabu perlu jawab tuduhan jika ada bukti kukuh
- SPAD jamin tambang tak membebankan
Posted: 15 Dec 2013 01:50 PM PST Lagi pendedahan SPRM: Upah lindungi kegiatan curi pasir di Selangor Kuala Lumpur: Kegiatan sindiket curi pasir di Selangor yang mengaut keuntungan jutaan ringgit aktif sejak tiga tahun tahun lalu, dipercayai mendapat perlindungan pihak tertentu. Bagaimanapun, ia sukar dibuktikan kerana sindiket berkenaan licik dan sentiasa bertukar tangan setiap kali operasi dan serbuan dilancarkan atau apabila maklumat kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Rumah khas untuk tentera di Johor Posted: 15 Dec 2013 01:48 PM PST Johor Bahru: Sebanyak 211 daripada 1,055 rumah mampu milik dan kos sederhana rendah yang dibina di Taman Mutiara Rini, Skudai, diperuntukkan kepada bekas dan anggota tentera. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata projek itu yang dibangunkan Mutiara Rini Sdn Bhd membabitkan pembinaan 748 rumah berkembar dengan keluasan 111.5 meter persegi dijual pada harga RM220,000 seunit. Semua rumah berkenaan dijadual siap sepenuhnya tahun depan. "Kerajaan negeri membuat keputusan ini bagi memberi peluang kepada golongan berkenaan memiliki rumah dalam kawasan yang pesat membangun," katanya pada majlis pengundian rumah mampu milik dan rumah kos sederhana rendah untuk kuota bekas dan anggota tentera di Taman Mutiara Rini di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd Latif Bandi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil dan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Jeneral (B), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor. Mutiara Rini Sdn Bhd adalah bahagian hartanah Kumpulan Boustead. Sejak dilancarkan pada 1996, syarikat itu berjaya menyiapkan projek pembangunan membabitkan kawasan seluas 376.4 hektar dengan 7,000 rumah pelbagai jenis. |
BN syor guna pakai kaedah majoriti mudah Posted: 15 Dec 2013 01:45 PM PST Putrajaya: Cadangan untuk mengguna pakai kaedah majoriti mudah berbanding sistem konsensus yang kini diamalkan Barisan Nasional (BN) dalam membuat keputusan, akan dikemukakan pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN tahun depan. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata Perlembagaan BN perlu dipinda untuk membolehkan kaedah undi majoriti dilaksanakan.
"Jika sebuah parti komponen tidak bersetuju terhadap sesuatu cadangan, maka ia tidak akan diteruskan (mengikut sistem konsensus). Saya sebagai Setiausaha BN akan mencadangkan agar mengkaji dan meminda semula Perlembagaan BN untuk menggunakan kaedah majoriti mudah. "Perkara ini saya telah maklumkan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India se-Malaysia (IPF) ke-21 di Seri Kembangan, dekat sini semalam. Tengku Adnan mengulas permintaan Presiden IPF, Datuk M Sambanthan dalam ucapannya pada perhimpunan dihadiri 700 perwakilan itu agar BN menerima IPF sebagai parti komponen. Takut IPF dipinggirkan "IPF turut memohon agar ahli kami dilantik untuk jawatan Ahli Dewan Negara, pengarah syarikat berkaitan kerajaan serta ahli majlis pihak berkuasa tempatan," katanya. Mengenai masalah dalaman IPF, Sambanthan berkata, mereka yang terbabit dalam isu itu bukan lagi ahli kerana telah meninggalkan parti berkenaan beberapa tahun lalu, malah enggan memperbaharui keahlian walaupun dipelawa beliau sendiri selepas dilantik menjadi Presiden IPF. "Setakat ini, Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan sebarang cawangan yang ditubuhkan bekas ahli parti ini," katanya sambil menambah, IPF mempunyai 26 ahli jawatankuasa tertinggi dan lebih 100,000 ahli di 600 cawangan seluruh negara. |
JAKIM, MAIN buat tindakan susulan Posted: 15 Dec 2013 01:41 PM PST Bagan Datoh: Kes seorang pemimpin PAS yang dikaitkan dengan fahaman Syiah kini diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk tindakan undang-undang. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kementeriannya akan menyerahkan semua bukti berhubung perkara itu kepada dua pihak berkuasa agama terbabit kerana kes berkenaan sudah masuk peringkat penguatkuasaan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Air Bagan Datoh, di sini semalam. Zahid mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, Zamihan Mat Zin kelmarin bahawa kementerian itu memiliki bukti eksklusif 'gred A' berupa pengakuan lebih 20 individu yang didakwa mampu 'menceritakan' kecenderungan pemimpin PAS berkenaan dengan fahaman Syiah. Sebelum ini, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi turut mendedahkan kementerian itu mempunyai 10 maklumat untuk mengaitkan pemimpin pembangkang terbabit dengan fahaman berkenaan. Sambil yakin pihak berkuasa agama akan mengambil tindakan tegas berhubung kes itu, Zahid berkata, beliau tidak mahu lagi mengulas isu berkenaan kerana ia kini di peringkat penguatkuasaan. |
Mat Sabu perlu jawab tuduhan jika ada bukti kukuh Posted: 15 Dec 2013 01:40 PM PST Subang: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hanya perlu menjawab tuduhan beliau pengikut Syiah sekiranya pihak berkuasa mengemukakan bukti lebih kukuh. Ketua pembangkang itu berkata ketika ini bukti dikemukakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk dakwaan Mohamad atau Mat Sabu kerap mengunjungi Iran dan mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Syiah di luar negara sejak era 90-an, tidak meyakinkan. 10 bukti "Saya antara rombongan awal menemui Khomeini... menyatakan hubungan menolak sistem zalim (Shah Iran) yang menjadi alat kepada Amerika Syarikat menindas rakyat Iran. Ia tidak menyebabkan saya menjadi Syiah. "Kalau tiada tuduhan, tak jelas (Mat Sabu) tak perlu bela diri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jiwa Merdeka: Himpunan Esei Pimpinan Muda Keadilan di sini, semalam. Anwar diminta mengulas perkembangan terkini isu Syiah selepas KDN mengemukakan 10 bukti yang mengaitkan pemimpin nombor dua PAS itu dengan fahaman Syiah. |
SPAD jamin tambang tak membebankan Posted: 15 Dec 2013 01:37 PM PST Isu kenaikan kadar caj tambang bas sekolah: Kadar baru akan diumum sebelum sesi persekolahan 2014 bermula Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi jaminan, kadar caj tambang bas sekolah yang baru akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2014 bermula.
"Sebarang kadar kenaikan adalah dalam bidang kuasa SPAD dan pengusaha bas sekolah seharusnya tidak membuat keputusan sendiri tanpa berbincang bersama terlebih dulu. "Malah ketika ini, banyak syarikat bas tidak mengikut kadar caj sebenar ditetapkan SPAD, sebaliknya menaikkan kadar hingga menyusahkan ibu bapa pula," katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam. Terima pelbagai insentif Syed Hamid berkata, pelbagai insentif dan bantuan diberikan kerajaan kepada pengusaha bas sekolah, termasuk peruntukkan subsidi diesel 570 liter sebulan, rebat RM10,000 bagi skim penukaran bas sekolah baru serta pinjaman dengan kadar faedah dua peratus. Presidennya, Amali Munif Rahmat, berkata kadar baru itu diambil kira dengan pelbagai kos termasuk tayar, baik pulih bas, bahan api, pekerja dan servis yang dikenakan terhadap pengusaha bas. Katanya, usul yang dipersetujui dalam mesyuarat persatuan itu, akan diteruskan jika SPAD tidak mengambil keputusan muktamad mengumumkan sebarang kenaikan tambang yang sepatutnya dilakukan. Bebankan ibu bapa pengusaha bas," Sementara itu, Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata kenaikan tambang yang dituntut pengusaha bas terbabit tidak wajar, malah membebankan lagi ibu bapa, terutama yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah. "Kami selaku ibu bapa membantah keras dengan kenaikan tambang 40 peratus kerana jumlah itu terlalu tinggi dan tidak wajar berbanding beban yang akan dialami pihak ibu bapa yang menanggung anak bersekolah menaiki pengangkutan terbabit. "Saya mohon SPAD mengambil tindakan tegas dan sewajarnya jika mereka masih berdegil untuk menaikkan tambang tanpa kelulusan badan itu," katanya. Katanya, ibu bapa juga perlu berusaha mencari pilihan lain bagi mengelak beban kenaikan tambang itu dengan mengadakan boikot kepada pengusaha bas sekolah atau bekerjasama dengan pihak sekolah, koperasi setempat, dan komuniti untuk mewujudkan pengangkutan bas sekolah persendirian. INFO: Tambang bas sekolah
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |