Sindiket curi wang ATM |
- Sindiket curi wang ATM
- Malaysia model penyatuan ummah
- Bantuan kematian diberi KWSP perlu permohonan
- Program perlindungan saksi bantu selesai kes jenayah
- Perhimpunan haram bukan dianjur pembangkang: Rafizi
- 'Segera tahan dalang perhimpunan'
Posted: 26 Dec 2013 01:09 PM PST Lelaki warga Poland pasang alat pengimbas, kamera pengintip Kuala Lumpur: Penahanan seorang lelaki warga Poland membongkar kegiatan sindiket mencuri wang dari mesin ATM yang menggunakan taktik licik sehingga langsung tidak disedari mangsa. Alat pengimbas berkenaan membolehkan sindiket membaca maklumat dalam kad ATM pengguna ketika kad dimasukkan untuk pengeluaran wang sebelum kamera pengintip merakam pergerakan jari ketika mangsa memasukkan nombor PIN kad ATM mereka. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Malaysia model penyatuan ummah Posted: 26 Dec 2013 01:04 PM PST Kuala Lumpur: Malaysia mampu menjadi model penyatuan ummah dalam memperkukuhkan jalinan antara Islam dan bukan Islam. Tokoh agama dari Amerika Syarikat (AS), Dr Sheikh Al-Muhaddith Muhammad Yahya Al-Husayni An-Ninowy (gambar), berkata walaupun Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, ia mampu menjadi pusat perbincangan mengenai aspek kemanusiaan sejagat Islam. "Malaysia mampu menonjolkan kelebihan dan kekuasaan Islam, selain menjadi pusat perkembangan Islam di rantau ini," katanya selepas menyampaikan ceramah umum di sini, kelmarin. Muhammad Yahya yang kali pertama menjejakkan kaki ke negara ini mengadakan lawatan empat hari bersama delegasi luar negara bermula 23 Disember lalu, bertujuan menyampaikan beberapa ceramah umum selain menghadiri perjumpaan dengan beberapa ulama dan organisasi tempatan. |
Bantuan kematian diberi KWSP perlu permohonan Posted: 26 Dec 2013 01:02 PM PST Kuala Lumpur: Bantuan Kematian RM2,500 yang diberikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada penama atau waris pencarum yang meninggal dunia bukan secara automatik, sebaliknya berdasarkan permohonan. Bantuan juga bukan diambil daripada simpanan pencarum, sebaliknya hasil keuntungan pelaburan KWSP sebagai ihsan membantu meringankan beban penama atau waris.
"Tidak benar dakwaan kononnya KWSP tidak memberikan bantuan. Kami tidak tahu pencarum meninggal dunia jika penama atau waris tidak membuat permohonan dengan mengemukakan bukti seperti sijil kematian. Pewaris kena mohon "Bantuan itu adalah ihsan KWSP. Oleh itu, kami minta penama atau waris pencarum datang ke pejabat KWSP untuk membuat permohonan dengan membawa bukti kematian," katanya kepada BH semalam. Beliau mengulas dakwaan pihak tertentu yang disebarkan melalui SMS dan laman sosial kononnya KWSP 'menyembunyikan' wang berkenaan daripada penama atau waris pencarum yang sudah meninggal dunia. Bagaimanapun, KWSP turut meletakkan syarat, bantuan hanya diberikan hanya jika pencarum meninggal dunia sebelum usia 55 tahun. Selain itu, jika waris pencarum didapati tidak layak menerima bantuan berdasarkan syarat ditetapkan, wang berkenaan akan diagihkan kepada semua pencarum KWSP dalam bentuk dividen. Sehubungan itu, beliau meminta pencarum merujuk kepada KWSP jika menghadapi kemusykilan berhubung caruman dan tidak mempercayai dakwaan dipercayai sengaja disebarkan pihak tertentu. Maklumat lanjut mengenai KWSP boleh diperoleh di http:www.kwsp.gov.my |
Program perlindungan saksi bantu selesai kes jenayah Posted: 26 Dec 2013 01:00 PM PST Kuala Lumpur: Sebanyak 61 tangkapan atau 39 peratus daripada 157 tangkapan awam yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga November lalu membabitkan warga asing. Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Hadenan Abdul Jalil, berkata tangkapan itu membabitkan mereka yang cuba menawar atau memberi rasuah kepada penjawat awam.
"Ini menunjukkan memberi rasuah juga dalam radar SPRM," katanya kepada media selepas mesyuarat PPO SPRM di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Jalan Duta, di sini, semalam. Hadenan berkata daripada keseluruhan 61 tangkapan membabitkan warga asing itu, 10 kes adalah warga Singapura. Pada sidang media itu, Hadenan juga mengumumkan seramai 26 individu dilindungi di bawah program perlindungan saksi di bawah Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Katanya, pihak terbabit adalah daripada keseluruhan 49 individu yang memohon untuk dilindungi sebagai saksi di bawah program itu menerusi peruntukan Akta Perlindungan Saksi 2009. "Semua saksi ini dilindungi walaupun kes selesai," katanya menyifatkan program perlindungan saksi itu diharap menggalakkan lebih ramai tampil ke depan menjadi saksi bagi membantu menyelesaikan kes jenayah. Tanpa memberi butiran program itu, Hadenan berkata kebanyakan kes perlindungan saksi itu membabitkan kes besar seperti dadah, pembunuhan dan kes rasuah. Di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009, mana-mana individu boleh memohon untuk dilindungi melalui program perlindungan saksi bagi membantu pihak berkuasa membanteras jenayah. Ditanya pemberita portal propembangkang mengenai kes rasuah membabitkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Hadenan berkata siasatan masih berjalan dan kes itu belum ditutup. |
Perhimpunan haram bukan dianjur pembangkang: Rafizi Posted: 26 Dec 2013 12:57 PM PST Petaling Jaya: Seorang pemimpin kanan pembangkang berpendirian tidak salah untuk rakyat termasuk pemimpin pakatan berkenaan menyertai perhimpunan yang dirancang di ibu negara, 31 Disember ini. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata tidak salah juga untuk rakyat menggunakan kesempatan itu bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan harga barang. Bercakap pada sidang media di sini semalam, Rafizi bagaimanapun menafikan pembabitan pakatan pembangkang dalam penganjuran perhimpunan berkenaan. "Ia langsung tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat, 20 Disember lalu... (pakatan pembangkang) langsung tak terbabit," katanya sambil mengulangi pendiriannya bukan satu kesalahan meraikan kedatangan 2014 dan pada masa sama, menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan. Katanya lagi, bukan suatu kesalahan juga untuknya dan pemimpin pembangkang lain menyertai perhimpunan yang sama. Usah politikkan isu "Kalau ada masa, saya juga akan turut serta dan kami tidak melihat perhimpunan berkenaan sebagai suatu program atau rancangan politik," katanya. Berita mengenai perhimpunan berkenaan tersebar luas sejak beberapa hari lalu dengan pelbagai laman sosial yang dikaitkan sebagai propembangkang aktif mengajak rakyat turun ke Dataran Merdeka, termasuk memaparkan kenyataan berbaur hasutan mengajak rakyat menggulingkan kerajaan. |
'Segera tahan dalang perhimpunan' Posted: 26 Dec 2013 12:56 PM PST Kuala Lumpur: Segera tahan dalang perhimpunan haram yang dirancang pada malam 31 Disember ini. Menyuarakan gesaan itu, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohamad Aziz, menegaskan tiada sebab polis tidak mampu bertindak proaktif menghalang perhimpunan di Dataran Merdeka itu kerana penganjurnya sudah dikenal pasti. "Jangan biarkan ia berlaku. Mereka yang nak berhimpun itu tak hormat demokrasi negara. Mengapa perlu guling kerajaan?" katanya kepada BH, semalam sambil meminta orang ramai tidak terpengaruh menyertai perhimpunan itu bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara. Mohamad menegaskan, rakyat sudah bosan dengan demonstrasi jalanan yang kononnya bagi memperjuangkan hak kebebasan dan demokrasi, tetapi hakikatnya menyebabkan kerosakan di sekitar lokasi mereka berhimpun dan menjejaskan imej negara dari perspektif rakyat asing. "Dulu kerajaan kita berjuang menentang gerakan subversif dan komunis, sekarang terpaksa buang masa menentang demonstrasi jalanan oleh pihak yang sengaja tak mahu faham bahawa kerajaan yang dipilih rakyat adalah kerajaan yang sah," katanya. Di Johor Bahru, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau, Jamali Bahrom turut menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap penganjur perhimpunan berkenaan yang dikhuatiri mencetuskan keadaan huru hara di negara ini. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |