Pejuang era darurat diiktiraf |
- Pejuang era darurat diiktiraf
- Balu, anaknya tinggal sehelai sepinggang rumah terbakar
- Wanita cedera kereta dirempuh Rush dari jalan bertentangan
- Hajat temui gadis tak kesampaian
- Koperasi digalak manfaatkan bantuan untuk aktif semula perniagaan: Naroden
- Penduduk prihatin diseru derma untuk kanak-kanak kanser
Posted: 07 Dec 2013 04:15 PM PST RM1j diperuntuk untuk Pingat Jasa Pahlawan Negara yang disampaikan tahun depan KUCHING: Kerajaan memperuntukkan RM1 juta untuk Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) yang bakal disampaikan tahun depan kepada pejuang-pejuang yang berkhidmat semasa era darurat. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pingat itu akan diberikan kepada mereka yang bertugas ketika zaman darurat pertama mulai tahun 1948 hingga 1960 dan darurat kedua dari tahun 1964 hingga 1990, selain zaman darurat di Sarawak dari tahun 1962 hingga 1990. "Pingat ini bukan sahaja untuk polis, tetapi sesiapa sahaja yang turut serta dalam menunjukkan kepahlawanan pada waktu (darurat) akan dianugerahkan pingat ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan buku 'Limbang Rebellion: 7 Days in December 1962' oleh Dr Eileen Chanin di Menara Tun Jugah di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Majlis Penasihat Sarawak 1Malaysia Datuk Joseph Salang Gandum, Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Dayak (DCCI ) Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie, Penasihat DCCI Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Wahap Abang Julai. Diluluskan oleh kabinet pada 25 Oktober lalu, pingat yang setaraf dengan Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang dianugerahkan kepada anggota tentera, akan diberikan kepada Home Guard, Special Constabulary, Extra Police Constable, Auxiliary Police, Border Scout, Sarawak Constabulary, North Borneo Armed Constabulary dan Pasukan Polis Hutan. Beliau bagaimanapun, tidak dapat mengulas lanjut mengenai jumlah penerima pingat tersebut di Sarawak. Sebagai permulaan, katanya, kementerian akan membiayai kos pingat tersebut sebelum ia diambil alih oleh Kementerian Kewangan. Sementara itu, Wan Junaidi menyifatkan buku 'Limbang Rebellion: 7 Days in December 1962' karya Dr Eileen, pakar sejarah dari Australia, akan membawa pembaca mengimbas kembali kisah duka danpenderitaan yang terpaksa dilalui pada zaman darurat. "Kisah pemberontakan tersebut ditulis dengan begitu jelas dan terperinci malah dihidupkan dalam buku ini," katanya. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Dr Eileen yang memfokuskan buku itu kepada serangan ke atas Balai Polis Limbang yang menyaksikan empat anggota polis terbunuh, termasuk bapa saudaranya sendiri, Wan Jamaluddin.Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, kesan sejarah pemberontakan itu telah mengubah pemikiran rakyat Sarawak dan berharap empat anggota polis terbabit dan wira lain akan diberikan pengiktirafan. "Peristiwa-peristiwa di Limbang mencerminkan keberanian tidak ada tolok bandingan, komitmen pada tugasan dan kesetiaaan selain melihat keberanian individu dan kepahlawanan," katanya. Dr Eileen berkunjung ke Sarawak buat pertama kali pada 1970-an bersama suaminya, Adrian Morris atau 'Bujang Manchal,' yang membesar di negeri ini. Dr Eileen yang merupakan pensyarah kanan kehormat di Universiti New South Wales di Australia menyatakan dalam bukunya, wira sebenar adalah seperti orang biasa, polis yang melakukan perkara luar biasa untuk melindungi dan menyelamatkan nyawa orang lain. Buku-bukunya juga pernah mendapat pengiktirafan Hadiah Sejarah, Anugerah Sastera New South Wales dan disenarai pendek untuk Anugerah Sastera Nettie Palmer Perdana Victoria untuk bukan fiksyen, Anugerah Sastera Perpustakaan Waverley dan Pingat Sejarah Australia Persatuan Magarey untuk biografi. 'Buku Limbang Rebellion: 7 Days in December 1962' kini diterbitkan di Australia oleh • Muka 20 Universiti New South Wales Press, di Singapura oleh National University of Singapore Press dan United Kingdom oleh Pen and Sword Books. Sementara itu, Wan Junaidi menyeru orang ramai khasnya golongan profesional atau akademik agar tampil dengan penulisan sama ada mengenai diri sendiri atau pengalaman mereka. "Kita, warganegara Malaysia, tidak banyak yang mahu menulis. Saya telah berbincang beberapa kali dengan golongan profesor universiti, naib canselor dan individu dalam hal ehwal luar negeri, ketua-ketua jabatan agar menulis mengenai diri sendiri serta pengalaman mereka kerana perkara seperti ini tidak dipelajari di universiti. Orang tidak tahu, namun amat penting untuk dibukukan demi negara. "Tidak perlu menulis buku yang tebal, jika dapat menghasilkan karya dengan sebanyak 180 hingga 200 muka surat, itu sudah memadai," katanya. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
Balu, anaknya tinggal sehelai sepinggang rumah terbakar Posted: 07 Dec 2013 04:09 PM PST KUCHING: Seorang balu dan anak-anaknya tinggal sehelai sepinggang semalam apabila rumah kayu mereka di Lorong 12 RPR Batu Kawa, musnah dijilat api. Dalam insiden sekitar jam 1.40 petang itu, balu berusia 48 tahun dikenal pasti sebagai Bui, bersendirian di rumah dan sedang mencuci baju di belakang rumah. Menurutnya, dia terhidu bau asap dari bahagian dalam rumah dan kemudiannya mendapati api telah marak. Dia bergegas keluar untuk menyelamatkan diri dan meminta bantuan jirannya untuk menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat. Mangsa hanya dapat menyelamatkan beberapa pakaian sebelum struktur rumah kayu itu musnah dalam kebakaran. Pada waktu kejadian, tiga anaknya yang berumur antara 11 tahun hingga 18 tahun keluar membeli barangan keperluan, manakala yang sulung, bekerja di Bintulu. Suami mangsa meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2002. Seramai lapan anggota dari Balai Bomba Batu Lintang dikerahkan ke tempat kejadian susulan menerima panggilan kecemasan sekitar 1.44 petang. Kebakaran berjaya dikawal sekitar 3.07 dan operasi ditamatkan sekitar 3.30 petang. Punca kebakaran masih disiasat. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
Wanita cedera kereta dirempuh Rush dari jalan bertentangan Posted: 07 Dec 2013 04:09 PM PST KUCHING: Seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian muka selepas sebuah kenderaan bertentangan arah merempuh pembahagi jalan lalu melanggar keretanya, awal pagi semalam. Mangsa, 28, yang mengalami kecederaan di muka dan badan akibat tertusuk kaca dari cermin kereta, sedang memandu bersendirian untuk pulang ke rumah di Jalan Lapangan Terbang apabila insiden berlaku di hadapan pusat komersial Chonglin Park sekitar 2.30 pagi. Menurut saksi, sebuah Toyota Rush dipandu seorang lelaki hilang kawalan terlanggar pagar tepi jalan di hadapan sebah kuil Cina ketika menuju ke pusat bandar. Kenderaan itu kemudiannya berpusing dan terbabas ke laluan sebelah sebelum merempuh bahagian pemandu Volkswagen Beetle mangsa, sekali gus menyebabkan wanita tersebut tersepit di dalam keretanya. Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa dari keretanya yang remuk, sebelum pihak perubatan mengejarkannya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan. Selain luka-luka, sumber memberitahu mangsa turut cedera di bahagian mata kanan akibat terkena kaca. Pihak polis trafik sedang menyiasat kemalangan tersebut. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
Hajat temui gadis tak kesampaian Posted: 07 Dec 2013 04:08 PM PST Pekerja kilang terbunuh selepas motosikalnya rempuh pembahagi jalan KUCHING: Seorang pekerja kilang maut dalam kemalangan jalan raya awal pagi semalam, selepas motosikalnya merempuh pembahagi jalan ketika dalam perjalanan untuk berjumpa dengan seorang gadis yang baharu dikenalinya. Mangsa yang dikenal pasti sebagai Zulhamizam Samat, 20, dari Kampung Baru di Sebuyau, meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden sekitar jam 1.40 pagi itu. Mangsa ditemui pengguna jalan raya dalam keadaan berbaring dan berlumuran darah berhampiran motosikalnya yang rosak teruk di Jalan Keruing, tidak jauh dari Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang seterusnya menghubungi pihak ambulans. Pasukan perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS) tiba di tempat kejadian sejurus kemudian untuk memeriksa keadaan mangsa, namun mendapati mangsa sudah tidak bernyawa, lantas menghubungi pihak polis bagi memaklumkan insiden tersebut. Seorang gadis di lokasi kejadian memberitahu pemberita, mangsa dalam perjalanan untuk berjumpa dengannya apabila terbabit dalam kemalangan. Katanya, dia baharu mengenali Zulhamizam, pekerja kilang kayu di Demak Laut, tiga hari sebelum itu dan mangsa ingin berjumpa dengannya di rumah sewa gadis itu yang terletak di pusat komersial berhampiran. "Apabila dia gagal muncul seperti dijanjikan, saya cuba menghubungi telefon bimbitnya, namun dijawab oleh orang tidak dikenali yang mengatakan dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya," kata gadis tersebut. Ibu bapa serta abang Zulhamizam yang bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan mengenai kejadian itu tidak dapat menahan perasaan sedih setelah melihat mayat mangsa. Polis trafik turut berada di tempat kejadian untuk menyiasat insiden itu dan seterusnya menghantar mayat mangsa ke HUS untuk bedah siasat. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
Koperasi digalak manfaatkan bantuan untuk aktif semula perniagaan: Naroden Posted: 07 Dec 2013 04:06 PM PST KUCHING: Persatuan dan pertubuhan koperasi di negeri ini digalakkan untuk mengaktifkan semula perniagaan masing-masing menerusi pelbagai bentuk bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan. Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera), Datuk Naroden Majais berkata, 10 peratus daripada kira-kira 824 buah koperasi di negeri ini didapati tidak aktif dalam menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Daripada peratusan koperasi tidak aktif tersebut, katanya, kebanyakannya merupakan koperasi mikro yang menjalankan perniagaan keluarga di kampung-kampung serta pasaran yang kecil dan terhad kepada kumpulan tertentu sahaja. "Jika dahulu memang agak sukar untuk persatuan dan pertubuhan koperasi menjalankan perniagaan tetapi tidak lagi hari ini kerana terdapat banyak bantuan dalam bentuk dana, pinjaman dan geran disediakan oleh kerajaan. "Malah, setiap tahun kerajaan menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan kira-kira RM5 juta bagi tujuan pinjaman khas untuk persatuan dan pertubuhan koperasi di negeri ini," katanya. Beliau berkata demikian pada Fiesta Koperasi Sarawak 2013 yang berlangsung selama Metalundua hari pada 7 dan 8 Disember di Bangunan Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di sini, semalam. Terdahulu dalam ucapannya, Naroden berkata terdapat tidak kurang daripada 824 buah koperasi di negeri dengan keahlian seramai 300,000 lebih yang menjalankan pelbagai bentuk perniagaan. Koperasi-koperasi ini ditubuhkan bukan sahaja bertujuan meningkatkan pendapatan sosioekonomi masyarakat malah sebagai alat bagi mewujudkan keharmonian dan perpaduan rakyat berbilang kaum. Bagi membantu para usahawan dan koperasi yang bertapak di negeri dan negara ini, kerajaan pusat, katanya, telah menubuhkan SKM di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperai dan Kepenggunaan (KPDNKK), manakala kerajaan negeri mewujudkan bahagian koperasi di bawah Jabatan Ketua Menteri. Mengulas mengenai fiesta tersebut, Naroden berkata, ia bertujuan mempamerkan produk-produk yang berpotensi untuk diketengahkan serta memberi peluang supaya lebih banyak para pengguna mengenali produk-produk yang ada ditawarkan. Fiesta ini diadakan di dua tempat dan pada tarikh yang berbeza iaitu 7 dan 8 Disember di Kompleks Baitulmal ini dan Mini Ekspo Pameran dan Jualan Produk Koperasi pada 21 dan 22 Disember di Summer Mall, Samarahan. Bertemakan 'Koperasi Pemangkin Kesejahteraan Masyarakat', ia dilihat bertepatan dengan usaha kerajaan untuk mentransformasikan koperasi kepada satu entiti sosioekonomi yang lebih efisien, berdaya saing serta berupaya menjana pendapatan dalam kalangan anggotanya. Turut hadir Pengarah SKM Ishak Samdin mewakili Pengerusi Eksekutif SKM Datuk Nik Ali Mat Yunus, Pengurus Besar Baitulmal Datu Abang Mohamad Shiblie Abang Mohamad Nailie serta yang lain. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
Penduduk prihatin diseru derma untuk kanak-kanak kanser Posted: 07 Dec 2013 04:03 PM PST KUCHING: Orang ramai disaran untuk meningkatkan kebolehan menggunakan teknologi canggih serta kemahiran mengendalikan teknologi atas talian. Sehubungan itu, warga yang prihatin boleh menderma melalui atas talian di laman sesawang www.supermain.com.my bagi membantu kanak-kanak yang menghidap kanser. Supermain merupakan komuniti sokongan melalui laman beli-belah atas talian yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menderma dengan hanya menekan butang pada papan kekunci melalui Internet. Selain itu, Supermain mengambil langkah produktif dengan menganjurkan program amal 'Spread the Love Online Charity Sales 2014' kepada Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak (SCCS) bertujuan bagi mengumpul dana sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kanser pada kanak-kanak di bandar raya ini. Program amal atas talian itu turut mendapat sokongan penuh daripada beberapa restoran makanan seperti Flinders Station, Sharing Planet/Sharing Downtown, Shimino Japanese Crepes, Sweet Flavours, T4 Tea For You dan ZenQ Desserts. Orang ramai boleh membeli baucar tunai istimewa di alamat web seperti di atas dan derma tersebut akan terus diserahkan kepada SCCS. Setiap baucar berharga RM10 dan hendaklah ditebus di restoran makanan yang terlibat dengan program amal tersebut seperti dinyatakan di atas mulai 19 Januari sehingga 22 Januari tahun depan. Sementara itu, aktiviti riadah turut akan diadakan pada 18 Januari kelak bersama kakitangan dan kanak-kanak SCCS. Hadiah pula ditaja oleh 100 Yen manakala makanan akan disediakan oleh Absolute Tribal. Dana terkumpul akan diserahkan kepada SCCS pada hari sama. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |