Dua negeri, 16,214 keluarga |
- Dua negeri, 16,214 keluarga
- Kereta terbang junam gaung
- Bukan sekadar cinta monyet
- Josiah patah tulang rusuk, selangka
- Rindu kembali berlakon filem
Posted: 08 Dec 2013 11:02 AM PST KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir Pahang dan Terengganu menunjukkan penurunan dan kini terdapat 58,120 daripada 16,214 keluarga ditempatkan di 196 pusat pemindahan sehingga 11 malam tadi. Mengikut rekod Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, jumlah mangsa keseluruhan di Pahang susut kepada 35,502 berbanding 40,399 yang dicatatkan pada awal pagi. Mengikut perangkaan, sejumlah 10,632 keluarga kini berada di 148 pusat pemindahan seluruh Pahang. NUR Aziemah Zainal, 14, termenung melihat keadaan banjir ketika berada di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Temai. Terdapat lebih 95 mangsa di pusat berkenaan. FOTO Mohd Rafi Mamat KUANTAN Keluarga: 9,154 PEKAN MARAN ROMPIN JERANTUT LIPIS TEMERLOH BERA RAUB JALAN DITUTUP TERENGGANU mencatatkan penurunan sedikit jumlah mangsa banjir kepada 22,618 yang direkodkan pada sekitar 11 malam tadi, berbanding 22,800 pada kira-kira 5 petang. Jumlah keluarga terbabit pula adalah 5,582 berbanding 5,637 yang kini ditempatkan di 48 pusat pemindahan seluruh Terengganu. DUNGUN KEMAMAN: KUALA TERENGGANU: MARANG: JALAN DITUTUP Keadaan banjir di KELANTAN semakin pulih pada sekitar 11 malam tadi, dengan hanya 139 mangsa daripada 66 keluarga di tempatkan di empat pusat pemindahan manakala tiada jalan ditutup. PASIR MAS TUMPAT |
Posted: 08 Dec 2013 10:58 AM PST REMBAU: Tindakan lima warga India beraksi ala filem Hollywood, 'Fast And Furios' memakan diri apabila kesemua mereka terbunuh selepas kereta dinaiki terbabas sebelum terjunam ke gaung sedalam 20 meter di Kilometer 240.6, lebuhraya PLUS arah selatan, dekat Plaza Tol Pedas/Linggi, kira-kira 4.30 petang. Dalam kejadian itu, mangsa D Ponneri, 23; S Annand Meenakshi, 23; V Ragunathan, 28 dan S Karupannan, 29 mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta badan. Keempat-empat mayat dibawa ke Hospital Tampin, dekat sini untuk bedah siasat. Bagaimanapun, rakan mereka, Vijay Khatik, parah namun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), dekat sini, kira-kira 7 malam. KEADAAN kereta Toyota Altis yang terjunam sedalam 20 meter.
"Dalam perjalanan pulang, pemandunya dikatakan membawa laju kenderaan dipercayai 160 kilometer sejam sebelum kereta hilang kawalan di lokasi kejadian. "Akibatnya kereta dipandu terbabas dan 'terbang' ke gaung seperti dalam aksi filem Hollywood, Fast and Furious," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/09 |
Posted: 08 Dec 2013 10:50 AM PST Port Dickson: "Usia bukan ukuran untuk menentukan tahap kemampuan dan tanggungjawab saya untuk bergelar suami dan ketua keluarga. Restu keluarga dan sanak- saudara memberi kekuatan kepada saya. "Saya akan buktikan bahawa walaupun masih belasan tahun, saya boleh menjadi suami terbaik untuk seorang isteri, sekali gus bakal menjadi ayah dalam sebuah keluarga yang bahagia," kata pengantin 'junior' Muhamad Haikal Farith Mohd Shah yang memberi hantaran RM5,000 dan mas kahwin RM200. Muhamad Haikal, 15, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, pagi kelmarin dan dikatakan antara suami termuda yang melangsungkan perkahwinannya di negara ini. Walaupun kisah kehancuran bahtera perkahwinan sepasang pengantin muda di Kedah yang berusia 13 dan 19 tahun sebelum ini menjadi topik hangat baru-baru ini, Muhamad Haikal tidak melihatnya sebagai suatu perkara yang menakutkan, malah mengambil kira kisah itu sebagai pengajaran berguna dalam mengharungi pahit manis berumah tangga. MUHAMAD Haikal dinikahkan Rahim, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/09 |
Josiah patah tulang rusuk, selangka Posted: 08 Dec 2013 09:49 AM PST Kuala Lumpur: Ketika berada di kemuncak prestasi untuk memburu pingat, nasib malang menimpa pelumba negara Josiah Ng apabila terbabit dengan kemalangan ketika menyertai Siri Piala Dunia Klasik kedua di Aguascalientes, Mexico semalam. Kemalangan itu mengakibatkan pelumba berasal dari Sarawak itu dikejarkan ke hospital apabila tulang rusuk dan tulang selangkanya patah selain turut menjejaskan paru-parunya. Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad yang memaklumkan Josiah terbabit dengan kemalangan itu ketika saringan kedua acara keirin yang menyaksikan seorang lagi pelumba negara Azizulhasni Awang mara ke pusingan akhir. Bagaimanapun Josiah kini dilapor stabil selepas dirawat di unit rawatan rapi Hospital Mexico biarpun masih lagi dalam keadaan separuh sedar. KEADAAN Josiah selepas mendapat rawatan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/09 |
Posted: 08 Dec 2013 05:16 AM PST Kejayaan drama lakonannya Misiku Kuza berjaya menukar status Arja Lee, 30, sebagai pelakon yang menjadi buruan produser dan pengarah sehingga dia dikatakan semakin lupa diri dan tidak lagi mempedulikan rakan-rakan yang banyak membantunya selama ini. Arja yang baru kematian ibunya pada Ogos lalu terkejut dengan kenyataan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan tegasnya dia bukanlah orang seperti itu, malah dia masih berpijak di bumi nyata serta ingat jasa kawan-kawan. "Sedih saya apabila dikatakan dah lupa diri dan tak 'kenal' lagi kawan-kawan. Saya masih Arja Lee yang dulu dan tanpa sokongan serta pertolongan mereka, tak mungkin saya akan berada pada kedudukan sekarang. "Cuma apabila semakin sibuk berlakon saya tiada masa untuk berjumpa mereka bahkan saya tiada masa untuk diri sendiri. Saya akui kejayaan drama Misiku Kuza mengubah jadual harian saya, jika dulu saya tertunggu-tunggu tawaran berlakon sekarang tidak menang tangan. Alhamdulillah, berkat kesabaran saya, kini apa yang saya idamkan sudah pun tercapai.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |