Kuantan terputus bekalan elektrik

Kuantan terputus bekalan elektrik


Kuantan terputus bekalan elektrik

Posted: 03 Dec 2013 02:29 PM PST

KUANTAN: Sebahagian besar bandar ini mengalami masalah gangguan elektrik apabila 200 pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa ditutup selepas paras air banjir meningkat dengan mendadak.

Bandar ini yang sedia ditenggelami banjir akibat hujan lebat berterusan mengalami kenaikan paras air berikutan fenomena air pasang besar yang bermula jam 10 malam tadi.

Pengurus Besar TNB Pahang Datuk Sharuddin Mohd Simin berkata, pihaknya terpaksa menutup pencawang itu kira-kira jam 12 tengah malam ini bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat apabila 9,638 mangsa ditempatkan di 49 pusat pemindahan banjir di lima daerah.

Foto


Sehingga 12 tengah malam tadi, Kuantan mencatatkan bilangan mangsa tertinggi dengan 4,148 orang ditempatkan di 11 pusat pemindahan diikuti Rompin 3,380 orang di 13 pusat pemindahan, Maran (1,124 orang di sembilan pusat pemindahan), Pekan (923 orang di 13 pusat pemindahan) dan Jerantut (63 orang di satu pusat pemindahan).

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/04

Infografik: Banjir di Terengganu, Pahang dan Johor

Posted: 03 Dec 2013 02:29 PM PST

KUALA LUMPUR: Sehingga malam ini, kira-kira 20,000 penduduk di Terengganu, Pahang dan Johor telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara manakala banyak jalan utama ditutup berikutan dinaiki air atau tanah runtuh.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/04

Janda 'berjaga' tiga tahun

Posted: 03 Dec 2013 02:28 PM PST

Kota Bharu: Tiga tahun lamanya seorang wanita menderita sukar tidur malam kerana diganggu mimpi ngeri, malah sepanjang tempoh itu dia hanya boleh melelapkan mata apabila berbaring dalam posisi mengiring.

Semua itu dilaluinya angkara perbuatan sihir anggota keluarga sendiri yang tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka.

"Jika saya tidur telentang atau meniarap, badan terasa sakit seperti ditimpa besi atau menjadi panas seperti kena rebus," kata ibu tunggal beranak satu itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 37.

Menurutnya, akibat perbuatan sihir itu juga berat badannya yang sebelum ini 80 kilogram (kg) menyusut 20kg kepada 60kg.

Foto

MOHAMAD Faris merawat Nur.


Wanita berasal dari sebuah kampung di Gua Musang itu berkata, penderitaannya selama tiga tahun itu berakhir selepas dirawat seorang pengamal perubatan Islam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/04

Serampang dua mata FC Ryukyu

Posted: 03 Dec 2013 01:34 PM PST

Kelana Jaya: Kehadiran FC Ryukyu ke Malaysia membawa misi serampang dua mata apabila kelab divisyen tiga Jepun itu bukan sekadar mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad bawah 23 tahun negara (B-23) malah dalam masa yang sama mahu mencari pemain berbakat.

Selepas mengikat kontrak dengan dua pemain Harimau Muda A sebelum ini iaitu pemain sayap Wan Zack Haikal Wan Noor dan pemain pertahanan kiri Nazirul Naim Che Hashim, kelab yang berpangkalan di Okinawa itu berminat untuk memberi peluang kepada pemain muda lain.

Menurut jurulatih FC Ryukyu Norihiro Satsukawa, perlawanan persahabatan dengan anak buah Datuk Ong Kim Swee di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini bakal menjadi medan untuk mereka menilai pemain yang boleh diketengahkan.

"Perlawanan persahabatan ini bukan aksi biasa. Ia cukup istimewa sebagai lambang persahabatan FC Ryukyu dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Saya tidak menolak kami mungkin akan menilai beberapa lagi pemain muda Malaysia kerana kami berminat dengan bakat pemain muda di negara ini," katanya pada sidang media di Wisma FAM semalam.

Foto

PEMAIN FC Ryukyu menjalani latihan di Stadium Mini PLUS, Subang Jaya semalam.


Wan Zack yang menandatangani kontrak selama dua tahun April lalu kini terpaksa berehat akibat kecederaan lutut manakala kontrak Nazirul Naim selama setahun kemungkinan bakal disambung bergantung kepada perbincangan selepas ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/04

Kisah dongeng 'sejuk beku'

Posted: 03 Dec 2013 06:55 AM PST

Berpaut pada kisah dongeng fantasi ibarat sudah menjadi kemestian di mana setiap kanak-kanak akan melalui fasa bergelumang dengan himpunan cerita rekaan berkenaan.

Meskipun puratanya kini terlihat putaran jalan cerita setiap kisah yang terselit teladan seperti Cinderel�la, Snow White, Rapunzel, Tumbelina, Pochantas serta kalau tempatan kita ada Bawang putih Bawang Merah seakan-akan serupa, hakikatnya ia tetap menghiburkan terutama buat kanak-kanak.

Bahkan, sehingga meniti pendewasaan pun masih segar di ingatan betapa dulu karya cerita begini banyak meninggalkan impak biar sekadar imaginasi karut.

Apalagi dengan kewujudan empayar syarikat gergasi Walt Disney Animation Studio yang terus tegar memperjuangkan animasi sebegini, ikatan terhadap cerita khayalan sebegini tidak luput daripada kehidupan kita.

Foto

ANNA bertemu putera idamannya.

Foto

MARSHA berdebar nyanyi lagu tema.


Istimewanya sekarang juga, biarpun semua cerita yang diterbitkan syarikat terkemuka itu dibikin dalam bahasa Inggeris namun sekarang ini sudah menjadi trend untuk mengalih kepada bahasa lain pula.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/04