'Hilang semua' |
- 'Hilang semua'
- 30 minit pujuk raja sungai
- Dua tewas, seorang bolos
- Misi tercapai
- Fasha belajar bahasa Arab
Posted: 01 Dec 2013 10:01 AM PST Alor Setar: "Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka sudah pergi meninggalkan saya serentak. Ini dugaan paling hebat yang perlu saya tempuhi." Itu rintihan Rusdi Rani, 38, bapa kepada tiga beradik yang ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan dekat sini, semalam dan kelmarin selepas dilaporkan hilang sejak keluar rumah dengan menaiki motosikal petang Jumaat lalu. Mayat anak sulung Rusdi, Norsyafika Nadia, 14, dijumpai tertiarap dalam keadaan separuh bogel pada jam 3.45 petang, kelmarin di kawasan sawah padi berhampiran Alor Senibong, di sini oleh orang awam. Ketika Rusdi berdoa dan berharap dua lagi anaknya yang ketika itu gagal dikesan berada dalam keadaan selamat, dia menerima berita duka apabila polis petang semalam memaklumkan penemuan dua beradik itu. ANGGOTA polis menarik mayat Nur Izzati yang dijumpai dalam tali air Kampung Padang Petani. ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital. MAYAT Puteri Nurul Akma ditemui 100 meter dari kakaknya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/02 |
Posted: 01 Dec 2013 10:01 AM PST Saratok: "Saya ambil masa setengah jam untuk pujuk buaya itu supaya tidak terlalu agresif sebelum menariknya ke tebing sungai," kata pawang buaya, Indet Sanabong, 49. Lelaki itu menangkap reptilia yang dipercayai membaham Andrian Thomas, 32, di Sungai Tingam, tidak jauh dari Lubuk Emplaie, di sini, semalam. Buaya sepanjang lima meter itu ditangkap ketika memakan umpan anjing yang disangkut pada kail, jam 9 pagi. Indet yang tinggal di Rumah Panjang Tawala Spaoh, Betong berkata, dia yakin buaya itulah yang membaham Andrian penduduk Rumah Panjang Empayak berdasarkan saiz serta warna dilihat ketika haiwan itu memuntahkan sebahagian badan mangsa, Khamis lalu. WILLIAM bersama datuknya duduk atas buaya yang ditangkap, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/02 |
Posted: 01 Dec 2013 10:01 AM PST Kuala Lumpur: Tindakan bijak anak lelaki pemilik sebuah rumah di Jalan Persiaran Syed Putra 4, Brickfields menghubungi polis selepas kediamannya dipecah masuk tiga lelaki bersenjatakan pistol membolehkan polis menembak mati seorang daripada penjenayah terbabit. Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam, suspek mati selepas berbalas tembak dengan polis, seorang rakannya cedera parah selepas terkena tembakan di perut dan dada manakala seorang lagi berjaya melarikan diri bersama wang tunai milik mangsa. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, rumah diceroboh suspek milik lelaki berusia 60 tahun dan ketika kejadian mangsa bersama isteri, seorang anak perempuan serta anak lelaki tidur di bilik berasingan. Menurutnya, suspek yang bersenjatakan pistol mengikat pemilik rumah, isteri dan anak perempuannya tanpa menyedari anak lelaki mangsa berusia 20-an ada di dalam satu bilik lain. ANGGOTA polis dan forensik menjalankan siasatan di tempat kejadian. TEMBAKAN pada kereta. DARAH suspek akibat terkena tembakan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/02 |
Posted: 01 Dec 2013 10:00 AM PST Selepas dua tahun digandingkan, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong akhirnya mengecapi kejayaan sebagai beregu senior di pentas antarabangsa dengan menjuarai GP Emas Terbuka Macau semalam, namun jurulatih Pang Cheh Chang mengingatkan mereka supaya tidak terlalu gembira sehingga lupa diri. Pertemuan sulung dengan pilihan utama kejohanan yang juga gandingan nombor lapan dunia dari Taiwan, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin menjadi milik mutlak gandingan nombor dua negara itu, apabila menang dua permainan tanpa balas, 21-16, 21-19. "Mereka amat gembira dengan kejuaraan ini, ianya selepas dua tahun digandingkan," kata Cheh Chang yang mengiringi pemain ke Macau. "Percaturan strategi hari ini (semalam) tepat dan menjadi, terutamanya apabila mereka tenang pada kedudukan mata genting, sedangkan pemain Taiwan mahu mematikan bulu tangkis lebih cepat."
|
Posted: 01 Dec 2013 10:00 AM PST Walaupun bergenre seram, filem Penanggal arahan sulung pelakon dan sutradara berbakat besar Ellie Suriaty Omar bukanlah satu kisah 'hantu', sebaliknya ia membabitkan pengaruh ilmu hitam yang terpaksa diwarisi tanpa rela. Menariknya, terjemahan Penanggal versi Ellie ini digarap berlatarbelakangkan Tanah Melayu pada era 1930-an yang penduduknya sudahpun berbilang kaum dan dikelilingi kepelbagaian bahasa serta budaya. Mengetengahkan sinematografi cukup indah sentuhan pengarah fotografi berpengalaman Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin, Penanggal sudah menemui penonton di pawagam seluruh negara, Khamis lalu. Menelan belanja pembikinan sebanyak RM2.8 juta, Penanggal juga membabitkan kerjasama kali pertama dua syarikat produksi terulung tanah air iaitu Grand Brilliance (GB) dan Astro Shaw Sdn Bhd yang bertindak sebagai penerbit bersama.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |