Azab 10 minit ditoreh suami

Azab 10 minit ditoreh suami


Azab 10 minit ditoreh suami

Posted: 02 Dec 2013 10:06 AM PST

Seremban: "Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat," kata Nor Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 5 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Ampangan, di sini, selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara.

Nor Hafazalina berkata, suaminya yang berusia 30-an seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani.

"Puas saya merayu supaya dia menghentikan perbuatan itu, namun dia bagaikan naik hantu apabila tangan kanan menoreh muka manakala tangan kirinya menarik rambut saya," kata ibu kepada dua anak lelaki itu yang ditemui di wad sebuah hospital, di sini, semalam.

Foto

Nor Hafazalina


Menurutnya, dia meminta cerai daripada suaminya yang dikahwini hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali dan terpaksa menumpang di rumah ibunya di Ampangan, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/03

Remaja lelaki direman 4 hari

Posted: 02 Dec 2013 10:02 AM PST

Alor Setar: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di Arau, Perlis, kelmarin bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat tiga beradik, Norsyafika Nadia Rusdi, 14; Nur Izzati Husna, 12 dan Puteri Nurul Akma, 3, yang dipercayai dibunuh.

Mayat mangsa ditemui orang awam di dua lokasi berbeza di Alor Senibong dan tali air Padang Petani, di sini, kelmarin dan Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, remaja ditahan itu pelajar sebuah sekolah menengah dan dipercayai kenalan Norsyafika Nadia.

"Remaja itu ditahan jam 11.30 malam (kelmarin) di rumahnya di Arau bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini, semalam.

Foto

JENAZAH Nur Izzati dan Puteri Nurul Akma dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Semela.


Menurutnya, polis sudah mendapatkan perintah reman selama empat hari mulai semalam bagi menahan remaja terbabit dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui sejauh mana perhubungan lelaki itu dengan mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/03

Air naik mendadak

Posted: 02 Dec 2013 10:00 AM PST

Oleh Mohd Nasif Badruddin, Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz, Mohd Nor Asri Yaacob, Khairul Hamizy Ramlee dan Syazwan Msar

Kuantan: "Ketika saya mahu ke tempat kerja kira-kira jam 7.30 pagi, paras air sungai masih belum melimpah ke tengah jalan raya dan selamat untuk dilalui, namun sebaik sampai di tempat kerja, anak menelefon mengatakan kawasan Sungai Lembing sudah terputus hubungan berikutan jambatan Sungai Charu sudah ditenggelami air," kata penduduk Kampung Sungai Charu, dekat sini, Wan Kamaruzzaman Wan Ahmad, 54.

Wan Kamaruzzaman yang bekerja sebagai kakitangan awam di bandar ini berkata, ketika melalui jambatan itu pagi semalam, air sungai sudah melepasi paras bahaya, namun masih belum melimpahi jalan.

Namun, dia terkejut selepas dimaklumkan jambatan Sungai Charu sudah ditenggelami air dan terus bergegas pulang ke rumah, namun gagal kerana jalan utama ke rumahnya itu sudah ditutup dan menyebabkan kira-kira 2,000 penduduk di kawasan berkenaan terputus hubungan.

"Keadaan ini menyebabkan saya buntu memikirkan nasib keluarga saya dan bagaimana untuk memindahkan keluarga sekiranya paras air terus naik memandangkan hujan tidak berhenti.

Foto

ANGGOTA bomba mengawasi orang ramai yang ingin menyeberang jambatan Sungai Charu yang ditenggelami air.

Foto

KENDERAAN meredah banjir di Jalan Tun Ismail 1, Kuantan, semalam.

Foto

PENDUDUK mengharungi jambatan Sungai Charu untuk ke bandar.


"Pada masa sama, saya juga tidak sempat melakukan sebarang persiapan seperti memindahkan kereta dan perkakas elektrik ke rumah saudara-mara seperti mana yang dilakukan sebelum ini," katanya, ketika ditemui, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/03

'Usah persoal isu keselamatan'

Posted: 02 Dec 2013 09:25 AM PST

Putrajaya: Tiada lagi yang perlu dipersoalkan mengenai aspek keselamatan di Myanmar menjelang saingan pembuka tirai temasya Sukan SEA bermula 11 Disember ini.

Ini kerana, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong mengesahkan negara itu bebas daripada sebarang ancaman bahaya dan sudah sedia untuk menerima ketibaan atlet dan pegawai sukan.

"Kita tidak menerima sebarang laporan yang boleh menjejaskan penyertaan kita dan saya dimaklumkan bahawa pihak penganjur sudah meningkatkan kawalan keselamatan mereka terutama di venue dan perkampungan sukan.

"Jadi saya boleh katakan tiada apa yang perlu dirisaukan dan kita akan terus berhubung dengan pihak kedutaan dan Wisma Putra," katanya selepas merasmikan perhimpunan atlet Sukan Sea ke-27 semalam.

Foto

ZOLKPLES (tengah) bergambar bersama atlet yang akan mewakili negara ke Sukan SEA.


Myanmar ketika ini sedang berdepan krisis pergolakan perkauman membabitkan etnik Islam Rohingya serta penganut Buddha yang mencetuskan situasi tegang serta pertumpahan darah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/03

Album kedua bawa tuah

Posted: 02 Dec 2013 06:40 AM PST

Kisah kumpulan duo popular dari Sweden, Icona Pop bermula di sebuah parti pada Februari 2009 apabila dua gadis yang masing-masing berdepan masalah peribadi mencetuskan 'idea gila' untuk menubuhkan band.

Ketika itu, Aino Jawo, 27, yang putus cinta kerana ditinggalkan teman lelaki�nya dibawa seorang rakan menghadiri parti anjuran Caroline Hjelt, 26, yang bingung memikirkan hala tuju masa depannya.

Walaupun baru berkenalan, Aino dan Caroline sudah rancak berbincang menubuhkan sebuah band dan menulis lagu pertama mereka pada keesokan harinya.

Dua tahun kemudian, kumpulan itu menghasilkan single pertama mereka berjudul Manners sebelum mempopularkan lagu hit I Love It yang berjaya mencetuskan fenomena pada 2012.


Pada Jun lalu, Icona Pop mengeluarkan single terbaru mereka berjudul Girlfriend, diikuti lagu All Night sebulan kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/03