4.8 juta pengguna tak terjejas

4.8 juta pengguna tak terjejas


4.8 juta pengguna tak terjejas

Posted: 02 Dec 2013 01:44 PM PST

4.8 juta pengguna tak terjejasMaximus pada sidang media khas di Parlimen, semalam. - Foto Effendy Rashid

IKUTI penjelasan MyPower berhubung penggunaan elektrik dan kesan daripada semakan semula kadar purata tarif elektrik dalam akhbar BH hari ini.

UMNO kena utama kepentingan negara

Posted: 02 Dec 2013 01:40 PM PST

Forum Antarabangsa - Kesederhanaan Politik Ke Arah Keamanan dan Kestabilan sempena Perhimpunan Agung UMNO

Kuala Lumpur: UMNO perlu mempunyai visi masa depan yang jelas dan tidak hanya berbangga dengan kejayaan lampau.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, berkata parti itu mesti meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan sendiri dengan menentang rasuah, membuka ruang politik lebih luas dan menikmati gabungan nilai bersama bagi memastikan parti terus kekal relevan pada masa depan.

Sejajar kehendak rakyat

Beliau berkata, UMNO harus memperkukuh kesejahteraan hidup rakyat di bandar dan luar bandar bagi mempamerkan bahawa visi masa depan negara adalah sejajar dengan kehendak rakyat, selain memastikan nilai didokong dalam perjuangan parti sentiasa relevan dengan generasi muda.

"Ini adalah politik baru. Kita tidak lagi berada di medan perjuangan yang sama seperti pada 1960-an, 1970-an dan 1980-an. Untuk memastikan parti dan negara berjaya, kita harus memahami aspirasi orang muda dan pengundi berpendidikan tinggi serta menikmati kemudahan kehidupan bandar.

"Kita harus memelihara tradisi tetapi pada masa sama, tidak lupa melihat ke hadapan," katanya.
Najib berucap merasmikan Forum Antarabangsa 'Kesederhanaan Politik Ke Arah Keamanan dan Kestabilan' sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Beri hasil lebih baik

Katanya, kejayaan UMNO sebagai tunjang Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan hanya untuk mempertahankan orang Melayu, malah masyarakat pelbagai bangsa, sejajar konsep satu negara - 1Malaysia.

"Dalam usaha kita meletakkan dasar membantu kumpulan yang ketinggalan berikutan faktor sejarah, kita tidak menafikan hak kumpulan lain. Ekonomi yang diasaskan secara inklusif akan memberikan hasil lebih baik untuk komuniti," katanya.

Konsep wasatiyah Malaysia dipuji

Posted: 02 Dec 2013 01:37 PM PST

Forum Antarabangsa - Kesederhanaan Politik Ke Arah Keamanan dan Kestabilan sempena Perhimpunan Agung UMNO

Pemimpin Parti Keadilan dan Kebebasan Mesir, Dr Abdul Moujud Dardery, memuji konsep wasatiyah yang diterapkan dalam sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Beliau berkata, konsep berkenaan berkait rapat dengan dasar pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang memperkenalkan transformasi dalam pelbagai bidang seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Katanya, konflik melanda negaranya boleh dielakkan jika konsep demokrasi dan wasatiyah diamalkan Malaysia turut diamalkan negara berkenaan.

Contohi demokrasi negara

"Saya sudah baca buku Memacu Transformasi karya Najib dan mengakui ia adalah dasar yang baik. Buku berkenaan perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab untuk dijadikan contoh negara Arab supaya mengamalkan demokrasi seperti diamalkan Malaysia," katanya pada forum semalam.

Selain beliau, empat ahli panel lain ialah Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Joseph Y Yun; Duta Peru ke Malaysia, Marco V Balarezo; wakil kerajaan Ukraine, Anatoly K Orel dan EXCO Kedah, Datin Nor Sabrina Mohd Noor.
Forum 'Apabila Kesederhanaan Dipinggirkan, Keangkuhan Menjadi Punca Konflik' itu dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu, Joseph Y Yun berkata, konflik dalaman sesebuah negara hanya boleh ditangani pihak di negara itu sendiri dan bukannya menerusi campur tangan luar.

Puji prinsip urus hal ehwal negara

Yun turut memuji inisiatif Malaysia menguruskan hal ehwal membabitkan kepentingannya dalam isu domestik atau antarabangsa tanpa bantuan asing.

"Malaysia adalah negara berprinsip. Kali pertama saya menjejakkan kaki ke negara ini, saya tahu AS dan negara ini boleh bersahabat baik dan bekerjasama dalam pelbagai hal berdasarkan konsep kesederhanaan diamalkan Kerajaan Malaysia.

"Saya melihat Malaysia negara Islam teladan bagi kebanyakan negara Islam yang lain, terutama dalam hal menyelesaikan konflik," katanya.

'Sedih digelar macai UMNO'

Posted: 02 Dec 2013 01:34 PM PST

'Sedih digelar macai UMNO'Ustaz Kazim (kanan) ketika hadir di Parlimen untuk bertemu Perdana Menteri, di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Effendy Rashid

Ustaz Kazim keluar PAS berkuat kuasa serta merta

Kuala Lumpur: Serik dengan cercaan serta hinaan berterusan segelintir ahli dan pemimpin PAS, pendakwah bebas, Muhammad Kazim Elias semalam mengumumkan keluar PAS, berkuat kuasa serta merta.

Untuk berita lanjut dapatkan naskhah BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Dr M sah letak jawatan penasihat PETRONAS

Posted: 02 Dec 2013 01:31 PM PST

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengesahkan peletakan jawatannya sebagai penasihat PETRONAS, berkuat kuasa kelmarin.

Beliau berkata, surat rasmi berhubung keputusan itu sudah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.

Katanya, beliau membuat keputusan itu berikutan faktor usia dan kesihatan supaya boleh menumpukan sepenuh perhatian pada rawatan susulan.

"Saya sudah 10 tahun menjadi penasihat PETRONAS. Sepanjang pembabitan saya, ramai usahawan Bumiputera dilahirkan dan pencapaian PETRONAS pun sudah menepati sasaran," katanya pada sidang media selepas jamuan tengah hari Persidangan Antarabangsa UMNO 2013 bertajuk 'Kesederhanaan Politik Ke Arah Keamanan dan Kestabilan', di sini, semalam.

Terus perjuangan dalam Proton

Sebelum ini, Dr Mahathir menerima rawatan di wad Institut Jantung Negara (IJN) selama 10 hari kerana jangkitan dada pada 16 November lalu.

Bagaimanapun, laporan doktor mengesahkan beliau perlu menjalani fisioterapi dan meneruskan program senamannya.
Ditanya sama ada beliau akan meletakkan jawatannya dalam Proton Berhad kerana faktor sama, Dr Mahathir menafikan spekulasi itu.

"Proton bukan milik kerajaan. Ia milik DRB-Hicom Bhd. Saya masih akan meneruskan perjuangan saya dalam Proton," katanya.

Mengulas pelantikan sembilan ahli Majlis Tertinggi yang diumum Najib, Jumaat lalu, Dr Mahathir menyifatkannya keputusan tepat dan seiring dengan perkembangan politik semasa.

Isu sistem pemilihan dijangka hangat

Posted: 02 Dec 2013 01:29 PM PST

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, berkata isu penambahbaikan sistem pemilihan parti dijangka menguasai sesi perbahasan Perhimpunan Agung Pemuda, esok.

"Selain itu, turut diketengahkan ialah isu kepentingan rakyat seperti pekerjaan, perumahan, peluang perniagaan dan ekonomi Melayu," katanya ketika ditemui selepas sidang meja bulat penyelarasan usul perbahasan pergerakan itu, semalam.

Khairul Azwan berkata, sayap itu juga membincangkan langkah untuk menarik lebih ramai generasi muda menyertai UMNO sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Sementara itu, Wakil Mahasiswa, Mohd Affifi Mohd Aris, yakin isu agama yang dibahaskan pada Perhimpunan Pemuda mampu melahirkan generasi muda yang berkepimpinan dinamik.

Usul itu dilihat relevan dengan perkembangan semasa selain menjadi tunjang kepada usaha memperkasakan UMNO yang seharusnya diambil perhatian semua siswa.

Mohd Affifi, 21, yang juga bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang, berkata peluang itu bagi membolehkan mahasiswa berpolitik seperti penuntut di luar negara.

"Peluang berucap ini akan saya gunakan untuk menarik mahasiswa mendekati dunia politik supaya mereka menjadi sebahagian daripada pelapis untuk kepimpinan negara pada masa depan," katanya.