Terpaksa berlakon |
- Terpaksa berlakon
- Buaya tunggu mayat bayi
- Enggan daftar kematian
- Mignolet yakin Reds mampu
- Tak peduli kritikan
Posted: 30 Nov 2013 10:27 AM PST Kuala Lumpur: Anaknya diajar memanggilnya abang, manakala dia membahasakan si kecil itu adik. 'Skrip' itu direka seorang lelaki bagi menutup aib keluarganya yang berketurunan Syed selepas dia terlanjur dengan kekasihnya hingga gadis itu melahirkan anak tak sah taraf, dua tahun lalu. Ibu bapanya pula memberitahu jiran terdekat, kanak-kanak yang dijaga keluarga itu di rumah mereka di Melaka adalah anak angkat yang diambil daripada keluarga daif. Lakonan itu terpaksa dicipta Syed Haiqal, 22, selepas dia mengambil tanggungjawab membesarkan zuriatnya dengan bantuan keluarganya selepas kekasihnya enggan menerima kelahiran Haziq, 2. Menurut Haiqal, segala-galanya bermula apabila dia menjalin hubungan dengan Ziera, 22, ketika sama-sama menuntut di sebuah kolej di ibu negara. HAIQAL menyesali dosa silamnya.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01 |
Posted: 30 Nov 2013 10:21 AM PST Mersing: "Saya mencari lokasi sesuai untuk memancing sebelum terlihat objek umpama anak patung di permukaan sungai manakala di depannya dua buaya kecil menghampirinya. "Saya mengesyaki ada yang tidak kena. Saya dan rakan terus bergegas memeriksanya, dan kami terkejut mendapati ia mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat," kata Abd Kadir Hanapiah, 45, semalam. Dalam kejadian jam 10.45 pagi kelmarin, Abd Kadir dan rakannya Ali Afandi Sa'at, 54, datang ke Sungai Tenglu Besar di Kampung Air Papan Tengah, di sini, untuk memancing sebelum menemui bayi berkenaan. Pada masa sama, Abd Kadir berkata, dia turut yakin bayi berkenaan akan dibaham buaya jika dibiarkan begitu saja. MAYAT bayi yang ditemui oleh dua pemancing.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01 |
Posted: 30 Nov 2013 10:18 AM PST Endau: "Sehingga kini saya dan anak masih mengharap suami pulang. Ia tidak mustahil kerana semuanya kuasa Allah walaupun ramai mengatakan harapan menemuinya bersama tiga lagi yang hilang bersamanya tipis." Demikian rintihan Zainak Amran, 60, menceritakan kisah kehilangan suami Mohamad Buang yang berusia 45 tahun ketika kejadian pada 17 Jun 1995. Turut hilang abang suaminya, Saleh, 48; anak Saleh, Mohd Najib, 20, dan sepupu Abdul Wahid Othman, 45, selepas mereka keluar memancing di perairan Pulau Layak, dekat sini. Zainak berkata, kerana percaya suaminya masih hidup, dia enggan mendaftar kematian suaminya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) walaupun pihak berkuasa mengisytiharkan keempat-empat mereka meninggal dunia. ZAINAK (kanan) dan Mohd Suffian melihat bot digunakan Mohamad ketika kejadian.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01 |
Posted: 30 Nov 2013 09:13 AM PST Kingston Upon Hull: Penjaga gol Liverpool Simon Mignolet yakin pasukannya mampu layak ke saingan Liga Juara-Juara asalkan semua pemain masih berpijak di bumi nyata dan tidak terbawa-bawa dengan aksi membanggakan yang sedang dipamerkan ketika ini. Skuad bimbingan Brendan Rodgers itu berjaya mengambil peluang daripada persembahan tidak menentu dua kelab Manchester, Chelsea dan Tottenham sekali gus menduduki tempat kedua Liga Perdana Inggeris di belakang Arsenal. Sejak musim 2008-09, Liverpool gagal menempatkan diri di kalangan empat pasukan teratas tetapi dengan 24 mata hasil 12 perlawanan setakat ini menyaksikan ruang untuk mereka kembali ke saingan elit Eropah terbuka luas. Begitupun, Mignolet mengingatkan rakan sepasukannya bahawa mereka perlu berubah serta merta bermula dengan perlawanan menentang Hull di Stadium KC malam ini selain melupakan segala masalah yang berlaku di kelab lain. MIGNOLET (kanan) mahu rakan sepasukan tidak terbawa-bawa.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01 |
Posted: 30 Nov 2013 05:30 AM PST Perjalanan seni Tasha Shilla, 25, tidak pernah sepi dengan kontroversi. Bukan sekadar dikaitkan dengan ramai lelaki, pelakon jelita ini pernah dilabel liar pada awal kemunculannya. Tidak cukup dengan itu, dia dikatakan melakukan pembedahan plastik di hidung dan mangsa fitnah apabila kecoh satu negara dia dan seorang pemain bola sepak ditangkap khalwat. Semua kisah itu menjadi bualan hangat alam maya, sekali gus mengundang rasa terkilan empunya diri. Paling terkesan dengan kontroversi panas itu sudah pasti orang tuanya yang terpaksa menjawab pertanyaan rakan, jiran dan sanak saudara. Anak mana yang tidak sedih melihat wajah kecewa ayah bonda, namun dikuatkan hati demi cintanya terhadap bidang lakonan.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |