Tiga kru kapal disyaki diculik

Tiga kru kapal disyaki diculik


Tiga kru kapal disyaki diculik

Posted: 22 Apr 2014 02:23 PM PDT

Pelabuhan Klang: Tiga kru yang bekerja di sebuah kapal tanker dikhuatiri diculik sekumpulan lanun kira-kira 16 Batu Nautika dari Pulau Ketam, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kapal berkenaan dikatakan memberikan isyarat kecemasan kepada pihak berkuasa sebelum berjaya diselamatkan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Norzaid Ismail berkata, pihaknya bagaimanapun masih belum dapat mengesahkan sama ada tiga kru berkenaan diculik atau bersubahat dengan perompak dipercayai warga Indonesia terbabit.

"Kapal dalam perjalanan dari Singapura ke Yangoon, Myanmar apabila didatangi perompak bersenjatakan parang dan juga senjata api dengan menaiki bot.

Foto


"Kapal berkenaan kemudian diiringi polis ke Pelabuhan Klang dan tiada kru kapal lain yang cedera," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/23

Syif nahas

Posted: 22 Apr 2014 11:18 AM PDT

Sungai Petani: "Selepas bas kami dipenuhi asap, saya segera merangkak keluar melalui pintu belakang dan selepas itu baru saya tahu ia sudah merempuh belakang sebuah treler."

Itu kata pekerja kilang P Balasubramaniam, 45, apabila bas kilang dinaikinya bersama 16 penumpang lain terbabit dalam kemalangan di susur keluar ke Plaza Tol Sungai Petani Selatan dekat Taman Sejati, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 3.25 petang ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk menghantar pekerja di Taman Sejati Indah dan Taman Bandar Baru, di sini, manakala treler muatan gula mentah dari arah Butterworth menuju ke Padang Terap.

Akibat kejadian itu, empat pekerja parah dengan dua daripadanya kritikal kerana tersepit manakala 13 lagi cedera ringan dan semua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk rawatan.

Foto

BAS kilang yang membawa 16 penumpang terperosok ke dalam treler muatan gula yang berhenti di bahu jalan.


Balasubramaniam berkata, dia bersama rakan lain tidur sepanjang perjalanan kerana baru habis bekerja syif pagi sebelum tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat sebelum tercampak ke hadapan bas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/23

'Awak boleh sembahyang untuk anak'

Posted: 22 Apr 2014 11:18 AM PDT

Melaka: Seorang ibu tidak menyangka khidmat pesanan ringkas (SMS) 'Selamat jalan' dan 'Lagi satu kali tak SMS. Awak boleh sembahyang untuk anak' yang diterimanya, kelmarin membawa petanda anak bongsunya mati dibunuh selepas diculik lelaki tidak dikenali.

SMS itu diterima A Letchumy, 44, ibu kepada M Gunaseelan, 13, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mutahir yang ditemui mati dengan kedua-dua tangan dan kaki diikat pada kerusi di tingkat satu sebuah rumah kedai di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, di sini, kelmarin.

Bapa mangsa D Murugan, 52, berkata, mereka hanya mengetahui Gunaseelan diculik selepas isterinya menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali mengaku menculik mangsa dan menuntut wang tebusan RM20,000 kira-kira jam 7 malam, Ahad lalu.

"Pada pagi hari kejadian saya keluar ke pasar borong untuk membeli sarapan dan lauk, namun sebaik pulang Gunaseelan sudah tiada di rumah. Apabila sehingga petang dia tidak pulang kami menyangkakan dia ke kafe siber berhampiran.

Foto

LETCHUMY (duduk) diberi minuman dan ditenangkan ahli keluarga ketika menunggu mendiang anaknya. Gambar kecil, SMS yang diterima daripada penculik anaknya.


"Namun, sejurus selepas isteri menerima panggilan telefon itu, bimbang dengan keselamatannya kami mencarinya di kawasan sekitar sebelum membuat laporan di Balai Polis Batu Berendam," katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Melaka, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/23

Cemar imej liga tempatan

Posted: 22 Apr 2014 11:16 AM PDT

Kuala Lumpur: Bekas pengadil Subkhiddin Mohd Salleh melahirkan rasa kecewa dengan insiden seorang pengadil tempatan dipukul apabila menganggap kejadian itu sesuatu yang cukup memalukan dan boleh mencemarkan imej bola sepak Malaysia.

Beliau yang dipilih menjadi salah seorang pengadil di pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan itu berkata, mana-mana individu tidak boleh bertindak mengikut perasaan walaupun pengadil ada melakukan kesilapan ketika membuat keputusan dalam sesuatu perlawanan.

"Bagi saya, besar mana sekalipun kesalahan dilakukan pengadil, pihak terbabit tidak berhak mengambil tindakan melulu, apatah lagi tindakan itu dilakukan individu berkedudukan. Permainan ini bukan untuk golongan tertentu saja, ia dimainkan dan ditonton segenap lapisan masyarakat.

"Adalah sesuatu yang memalukan jika insiden seperti itu berlaku dan mendapat liputan. Sudah tentu ia boleh mencemarkan imej bola sepak kita," katanya menerusi emel yang dihantar ke Arena Metro semalam.

Foto

LAPORAN Harian Metro semalam.


Subkhiddin, 47, yang kini berada di Sydney berkata demikian sebagai mengulas insiden kekecohan yang berlaku selepas tamat perlawanan antara Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dengan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Sabtu lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/23

Raih sejuta pengikut di Weibo

Posted: 22 Apr 2014 11:16 AM PDT

Tidak menafikan Shila Amzah kini antara penyanyi yang memiliki suara terbaik di rantau Asia, lebih-lebih lagi selepas menyertai program realiti TV, I Am A Singer 2 di China, baru-baru ini.

Walaupun mendapat tempat ketiga pada pertandingan akhir program itu, kedudukan penyanyi berusia 24 tahun itu di industri muzik China semakin kukuh apabila berjaya menambah peminat di negara itu, Malaysia dan juga Hong Kong.

Sebagai penyanyi bukan berbangsa Cina, Shila dianggap unik kerana bukan saja berbakat dalam nyanyian tetapi juga mahir menyampaikan lagu dalam pelbagai bahasa.

Sejak menyertai program I Am A Singer 2, nama Shila semakin terserlah apabila mampu mendendangkan lagu beberapa artis popular dari Taiwan sehingga meraih lebih satu juta pengikut di akaun laman sosial China, Weibo.

Foto


Sepanjang menetap di Beijing, Shila berkata, kehidupannya di negara itu mematangkan pemikirannya selain belajar untuk berdikari dengan lebih baik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/23