Asia iktiraf Harian Metro

Asia iktiraf Harian Metro


Asia iktiraf Harian Metro

Posted: 24 Apr 2014 03:00 PM PDT

HONG KONG: Akhbar Harian Metro (HM) memenangi pingat Perak dalam kategori Anugerah Khidmat Masyarakat Terbaik melalui program Titipan Kasih pada Anugerah Media Asia ke-13 anjuran Persatuan Penerbit Akhbar dan Berita Sedunia (WAN-IFRA) di sini, malam tadi.

Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd Datuk Abdul Jalil Hamid bersama Pengarang Eksekutif Berita Dan Hal Ehwal Semasa Shariffudin Mohamed menerima anugerah itu yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini.

Titipan Kasih adalah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) HM yang mula dilaksanakan sejak 2008.

Impak yang paling ketara ialah mendekatkan HM sebagai akhbar berkonsep Juara Masyarakat dengan penduduk, khususnya khalayak pembaca.

Foto

Gambar fail.


Titipan Kasih kini memasuki tahun ketujuh penganjurannya dan sepanjang 2013 saja, hampir 1,000 anak yatim, ibu tunggal dan keluarga miskin menerima manfaat daripada program amal ini.


Akhbar Berita Harian pula memenangi pingat Emas dalam kategori Anugerah Reka Letak Muka Depan Terbaik manakala The New Straits Times menang pingat Perak dalam kategori Anugerah Gambar Sukan Terbaik.

Majlis sempena persidangan Publish Asia 2014 itu dihadiri ketua pegawai eksekutif syarikat penerbitan akhbar, editor dan wartawan kanan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/25

Derita tak pasal

Posted: 24 Apr 2014 02:13 PM PDT

Butterworth: Seorang lelaki terpaksa menahan sakit selama 40 minit akibat tersepit dalam keretanya selepas dilanggar pemandu kereta lain dari arah belakang yang ketika itu sedang mengejar suspek kejadian ragut di simpang masuk ke pekan Permatang Pauh, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam.

Sebelum kejadian, dua lelaki menunggang motosikal Yahama 125Z nekad memecahkan cermin tingkap bahagian penumpang sebuah kereta Honda Accord dinaiki seorang lelaki dan ibunya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat tidak jauh dari tempat kejadian.

Suspek kemudian menyambar beg tangan milik wanita berkenaan sebelum melarikan diri dan menyangka mangsa yang masih terkejut tidak akan mengejar mereka.

Menurut sumber, lelaki berusia 30-an yang memandu Honda Accord itu berang selepas menyedari beg tangan ibunya dilarikan sebelum memecut kereta terbabit untuk mengejar suspek menghala ke arah pekan Permatang Pauh.

Foto

ANGGOTA bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa manakala Pasukan Bulan Sabit Merah turut memberikan rawatan awal.


"Selepas mengekori sejauh kira-kira 300 meter, pemandu terbabit menghimpit motosikal suspek dengan harapan penunggangnya akan berhenti bagi membolehkan kedua-duanya ditahan serta mendapatkan semula beg tangan berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/25

'Neraka' Skype

Posted: 24 Apr 2014 02:07 PM PDT

Kuala Lumpur: "Patutlah sepanjang 10 minit perbualan kami melalui Skype, lelaki itu minta saya melakukan beberapa pergerakan badan. Rupa-rupanya dia rakam dan gunakannya untuk buat tiga video pendek yang mengaibkan saya.

"Dia ugut akan musnahkan kerjaya dan masa depan saya dengan sebarkan video itu jika saya tidak mengirimkan wang RM20,000 kepadanya," kata penyampai stesen televisyen Al-Hijrah, Amin Idris.

Amin, 33, berkata, kejadian itu berlaku pada hujung Mac lalu apabila dia menerima pesanan daripada pemilik akaun Facebook (FB) dengan nama Stevan Cruz ketika melayari laman sosial itu di rumahnya.

Menurutnya, Stevan memperkenalkan diri sebagai pegawai jabatan sumber manusia yang dilantik beberapa pengurusan kilang di Filipina dan ingin menjemputnya ke sana bagi menyampaikan ceramah motivasi kepada pekerja kilang.

Foto

MESEJ yang diterima Amin menggunakan akaun FB palsu.


"Dia kemudian mengajak saya beralih kepada Skype kerana lebih mudah untuk berbincang melalui video dan tanpa mengesyaki apa-apa saya membuka akaun Skype semata-mata mahu memenuhi pelawaannya itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/25

'Hati-hati PKBM!'

Posted: 24 Apr 2014 09:25 AM PDT

Kuala Lumpur: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berdepan dengan tindakan lebih serius selepas audit kedua dijalankan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mendapati wujud beberapa kelemahan serius terhadap peruntukan kewangan yang disalurkan pihaknya.

Perkembangan berkenaan didedahkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas unit audit dalaman KBS selesai menjalankan audit dua minggu lalu dan sudah memberikan laporan kepadanya.

"Unit audit dalaman mendapati akaun PKBM menunjukkan beberapa kelemahan serius dalam pengurusan dana dan buat masa sekarang saya tidak boleh katakan ia membabitkan unsur jenayah. Kami juga belum mahu membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ia masih dalam siasatan KBS," katanya ketika mengulas mengenai audit dijalankan terhadap PKBM sejak awal tahun ini.

Khairy berkata, beliau kini menyerahkan kepada Panel Penasihat Sukan (SAP) yang diketuai Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid bagi memberikan cadangan kepadanya untuk bertindak berdasarkan laporan audit berkenaan.

Foto

SKUAD lebuh raya giat berlatih bagi menghadapi Le Tour de Langkawi, Februari lalu.


"SAP akan tentukan sama ada ia akan diteruskan ke tahap Pesuruhjaya Sukan atau perlu melangkau ke peringkat lebih tinggi, mereka akan membuat cadangan kepada saya dalam masa terdekat," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/25

'Kami cuma ikut arahan'

Posted: 24 Apr 2014 06:47 AM PDT

Kesudahan penghujung siri Bukan Kerana Aku Tak Cinta sudah pun terjawab malam Selasa lalu.

Lebih membanggakan drama bersiri 60 episod adaptasi karya novel nukilan E-Man Sufi yang mula menemui penonton sejak 9 Disember tahun lalu menerusi Mustika HD (Saluran 134), Astro itu mencatat kejayaan sebagai drama dengan 'rating' tertinggi setakat ini di saluran berkenaan menewaskan Adam Dan Hawa yang sebelum ini mencetus fenomena.

Biarpun disulami kontroversi demi kontroversi membabitkan pelakon utamanya Sharnaaz Ahmad berhubung isu pertelingkahan dengan pelakon drama itu, Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi serta kontroversi gambar mesranya bersama Nelydia Senrose yang menjadi bualan hangat sepanjang penayangan siri itu, ia sedikitpun tidak menjejaskan minat penonton.

Bahkan, kontroversi yang wujud dilihat sebagai penyumbang kejayaan drama terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd milik produser terkenal, Ziela Jalil dan arahan Jamal Khan itu.

Foto


Sharnaaz selaku teraju utama, saat dita�nya berhubung perasaannya menghadapi episod pengakhiran drama berkenaan mengakui sehing�ga kini dia masih belum mampu memisahkan karakter Jebat daripada dirinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/25