Kru kabin MAS tetap tabah

Kru kabin MAS tetap tabah


Kru kabin MAS tetap tabah

Posted: 18 Apr 2014 02:48 PM PDT

Kuala Lumpur : "Kami saling memerlukan antara satu sama lain...dan kru kabin (Malaysia Airlines/MAS) tidak pernah serapat ini sebelum ini," kata Ketua Peramugari Farisha Mohamed Shariff dalam video terbaru yang disiarkan MAS, lewat malam ini.

Klip video berdurasi 3:34 minit itu menampilkan Farisha yang bercerita ringkas tentang rakan sekerjanya yang masih belum ada sebarang khabar berita selepas 42 hari gerakan mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi gagal menemukan sebarang bukti kedudukan pesawat itu.

Farisha memulakan bicara dengan memperkenal diri dan bidang tugasnya yang bekerja rapat dengan kru MH370 diikuti pengalaman peribadinya dengan Ketua Pramugara Andrew Peter Nari dan Pramugari Utama Tan Ser Quin.

"Tan Ser Quin suka tanya orang tentang warna gincunya kerana pada dia gincu semua orang nampak cantik namun tidak pada dirinya. Saya kata tentulah, sebab kulit awak cerah tetapi saya gelap, kalau kita pakai warna (lipstik) sama akan terhasil pembayang berbeza," katanya.

Foto


Menurutnya, kenangan terakhirnya bersama Andrew ketika ketua pramugara itu mengurut bahunya kerana dia tidak sihat dan Andrew turut dipanggil menggantikannya tempatnya dalam penerbangan, Januari lalu.


"Sebenarnya kami saling memerlukan antara satu sama lain, kami menjaga sesama sendiri dan saling memberi sokongan. Paling penting, ketika bertugas kami menyambut hari jadi dan (sebarang sambutan) ulang tahun bersama kerana kami tidak dapat menyambutnya dengan ahli keluarga.

"Saya faham apa yang dialami ahli keluarga (kru) MH370 alami sekarang," katanya sambil mengelap air matanya.

Menurutnya, penumpang lain juga memahami apa yang dihadapi kru penerbangan MAS di mana ada yang memberi kad yang bertulis kata-kata perangsang selain ada yang mengucapkan kata-kata semangat.

"Pada hari pertama insiden (kehilangan pesawat 8 MH370), ada penumpang wanita yang melepaskan begnya dan memeluk saya kerana dia tidak tahu apa yang hendak diucapkan. Bimbang jika dia ucapkan sesuatu bakal melukakan hati saya. Kami berpelukan dan menangis di muka pintu pesawat," katanya.

Farisha berkata, tragedi MH370 juga membuatkan hubungan antara kru kabin baik yang masih bertugas mahupun telah lama berhenti, kembali rapat. Menurutnya, ada bekas kru kabin yang tiada khabar berita selama 10 hingga 20 tahun datang menemui mereka dan ahli keluarga petugas MH370 untuk memberi semangat serta menenangkan mereka.

"Mereka (bekas kru kabin) juga memberi sokongan moral kepada kru kabin yang akan terbang dan kru kabin tidak pernah serapat ini sebelum ini," katanya menutup bicara.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan kru dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang tanpa jejak pada awal pagi 8 Mac lalu. Gerakan mencari pelbagai negara dijalankan di Laut China Selatan sebelum operasi diperluaskan ke koridor utara hingga Kazakhstan dan koridor selatan ke Lautan Hindi.

Pada 24 Mac lalu, berdasarkan bukti yang diperoleh, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan lautan Hindi" di barat daya Perth.

Beberapa isyarat dari dalam Lautan Hindi turut dikesan pasukan mencari diketuai Australia, bagaimanapun tiada lagi ping kotak hitam pesawat Boeing 777-200ER itu dikesan sejak kali terakhir pada 8 April lalu, dipercayai akibat kehabisan bateri.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/19

Bola 4kg kena kepala

Posted: 18 Apr 2014 11:57 AM PDT

Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah, di sini, cedera parah di kepala apabila terkena bola besi yang dilontarkan rakannya ketika menjalani sesi pemanas badan acara sukan lontar peluru di padang sekolah berkenaan, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang, mangsa, Kamil Sidqie Salim, 17, sedang mengutip bola besi yang dilontar rakannya sebelum secara tiba-tiba sebiji bola seberat empat kilogram yang dibaling seorang lagi rakannya menimpa kepalanya.

Difahamkan, mangsa terus rebah dan mulutnya mengeluarkan lendir bercampur darah sebaik terkena lontaran bola besi itu selain terdapat kesan lekukan di bahagian kiri kepalanya.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan di sini, untuk rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke Unit Neuro Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, untuk rawatan lanjut.

Foto

KAMIL cedera parah selepas terkena balingan bola besi di padang sekolah.


Hasil ujian x- ray, tengkorak tempat mangsa terkena bola besi itu dikatakan mengalami keretakan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/19

Laman sosial 'tunjuk jalan'

Posted: 18 Apr 2014 11:45 AM PDT

Shah Alam: Misteri seorang wanita warga emas yang dilihat berjalan seorang diri di Lebuh Raya Shah Alam, petang kelmarin terjawab apabila dia sebenarnya tersesat ketika keluar bersama anaknya.

Bagaimanapun, warga emas terbabit dilaporkan sudah dijemput ahli keluarganya pagi semalam selepas berita mengenai penemuannya tersebar dalam laman sosial.

Warga emas dikenali sebagai Rahmah Baiduri berusia 70 tahun sebelum ini dilihat berjalan seorang diri di tepi lebuh raya oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 3 petang kelmarin sebelum memaklumkan kepada polis.

Difahamkan, selepas menerima maklumat orang awam, sepasukan anggota polis bergegas ke kawasan berkenaan sebelum membawa warga emas itu ke Balai Polis Bandar Baru Klang sementara waktu bagi mengesan ahli keluarganya.

Foto

GAMBAR Rahmah yang tersebar meluas di laman sosial sehingga membolehkan dia disatukan semula dengan keluarganya.


Menurut sumber, polis yang membuat semakan rekod peribadi warga emas berkenaan tidak menemui sebarang maklumat mengatakan dia individu dilaporkan hilang.


Katanya, hasil percakapan, warga emas berkenaan dikatakan berasal dari Perak dan lupa jalan pulang selepas keluar dari rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/19

Bujang Senang bedal TRW

Posted: 18 Apr 2014 11:11 AM PDT

Kota Bharu: Stadium Sultan Muhammad IV bukan lagi gelanggang keramat bagi The Red Warriors (TRW) apabila tewas 0-1 kepada Sarawak dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mohamad IV, semalam.

Bermula babak pertama Kelantan mula mengasak kubu Sarawak seawal minit ke-9 menerusi hantaran lintang pemain pertahanan, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim sebelum berjaya ditanduk penyerang import, Francis Forkey Doe namun percubaan itu sedikit tersasar ke kiri gawang.

Tuan rumah di bawah bimbingan sementara Penolong Jurulatih Hashim Mustapha terus menguasai perlawanan sehingga m-15 malah Forkey Doe sekali lagi menunjukkan kemampuannya apabila melepaskan rembatan kencang ke arah gawang namun percubaan itu terus ke dakapan penjaga gol, Mohd Fadzley Abdul Rahim.

Tertekan dengan asakan bertali arus, skuad Bujang Senang bangkit mengatur serangan balas menerusi pemain sayapnya, S Chanturu yang berjaya melepasi dua pemain Kelantan sebelum melepaskan rembatan kencang m-32 namun tersasar jauh dari gawang.

Foto

JARINGAN lewat perlawanan Figueroa (dua dari kanan) benam T-Team.


Kelantan hampir memecah kebuntuan m-43 menerusi Mohd Fitri Omar yang mengambil sepakan percuma dengan mensasarkan penjuru kiri gawang namun Fadzley sekali lagi cemerlang melayangkan badan menepis bola keluar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/19

BtoB serba boleh

Posted: 18 Apr 2014 07:16 AM PDT

Nampak mudah buat pendatang baru mencipta nama di arena muzik Korea Selatan atau lebih popular dengan jolokan gelombang K-Pop, namun tangga menuju kemasyhuran bukannya seindah di mata peminat.

Setiap minggu muncul muka baru di sana dan ini tentu menuntut kerja keras daripada agensi, pihak pengurusan juga artis sedia ada untuk terus kekal menonjol.

Kumpulan Big Bang, Super Junior, Girls' Generation, Psy, Rain, BoA dan ramai lagi tidak lagi sekadar bersandarkan rupa paras menawan semata-mata.

Banyak faktor lain jelas lebih menjadi keutamaan buat peminat untuk benar-benar boleh 'dirasuk' artis terbabit antaranya fesyen, aura, penguasaan laman sosial hinggalah kepada kualiti muzik yang dipertaruhkan.


Ditubuhkan pada 2012, hala tuju dan misi kumpulan digelar BtoB, ringkasan daripada Born to Beat juga semakin jelas apabila perjuangan muzik dijadikan tiang untuk mereka menyinar setanding Big Bang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/19