Tayar rosak bikin cemas

Tayar rosak bikin cemas


Tayar rosak bikin cemas

Posted: 20 Apr 2014 03:50 PM PDT

Sepang: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) bagi penerbangan MH192 yang kerosakan gear pendaratan berlegar di udara sekurang-kurangnya empat jam sebelum selamat mendarat semula di KLIA, pada 1.56 pagi tadi.

Biarpun mengakui mula panik apabila dimaklumkan anak kapal dan juruterbang pesawat berdepan masalah, penumpang gembira dan bersyukur selepas pesawat selamat mendarat.

Namun, situasi kembali tenang selepas ditenteramkan anak kapal dan juruterbang sebelum pesawat berlegar lebih empat jam di udara sementara menanti arahan pendaratan kecemasan.

Foto

PESAWAT MAS MH192 laluan Kuala Lumpur-Banglore yang berada di landasan KLIA selepas membuat pendaratan cemas pada 1.56 pagi. FOTO Sairien Nafis

Selepas dibenarkan keluar dari pesawat, semua penumpang ditempatkan di Bangunan Satelit sementara menanti urusan pendaftaran sebelum dihantar ke sebuah hotel berdekatan.


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata laporan awal mendapati insiden berkenaan berpunca daripada kerosakan tayar.

Katanya, perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku dan laporan siasatan yang diterima itu akan dibawa ke mesyuarat jemaah menteri.

"Pada masa sama, kita tidak mahu mana-mana pihak buat spekulasi mengenai kejadian itu sebaliknya perlukan jawapan dan laporan awal.

"Saya mengambil kesempatan untuk melahirkan rasa bangga terhadap juruterbang dan anak kapal kerana berjaya mengawal keadaan," katanya pada sidang media, di KLIA, awal pagi tadi.

Terdahulu, MAS dalam kenyataannya, MH192 yang dalam penerbangan dari KLIA ke Bangalore, terpaksa berpatah balik berikutan masalah berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/21

Tikam bapa lerai bertekak

Posted: 20 Apr 2014 01:16 PM PDT

Niat baik seorang bapa menegur anaknya yang sedang bertengkar dengan tunangnya bertukar tragedi apabila lelaki itu patah tulang rusuk belakang dan luka di belakang badannya dipercayai akibat ditikam dengan pisau dalam satu pertengkaran di Kampung Lembah Harapan, Seberang Takir, di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 9 malam ketika mangsa berusia 55 tahun sedang berehat di kediamannya sebelum terdengar bunyi bising di luar rumah.

Beliau berkata, sebaik keluar, mangsa yang juga seorang kakitangan kerajaan mendapati anak lelakinya berusia 22 tahun sedang bertengkar dengan tunangnya berusia 20-an menyebabkan mangsa masuk campur dengan menegur suspek.

"Teguran itu bukan saja tidak diendahkan, sebaliknya mengundang kemarahan suspek yang memarahi mangsa supaya tidak masuk campur urusan dia dan tunangnya.

Foto


"Walaupun dilarang, mangsa tetap menghampiri pasangan itu dengan niat mahu meleraikan pergaduhan menyebabkan berlaku pertengkaran mulut antara dua beranak terbabit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/21

Remaja maut dihempap lori

Posted: 20 Apr 2014 01:16 PM PDT

Georgetown: Perjalanan pulang dua sahabat ke rumah mereka di Balik Pulau mengundang tragedi apabila seorang daripadanya maut dihempap lori dalam satu kemalangan ngeri di Lebuhraya Dr Lim Chong Eu, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa seorang remaja berusia 19 tahun maut di lokasi kejadian akibat dihempap lori muatan satu tan terbabit manakala rakannya Umairah Roslan, 19, parah dan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Kedua-dua sahabat terbabit ketika itu menunggang motosikal dan baru keluar dari lorong motosikal sebelum dihempap lori berkenaan selepas pemandunya hilang kawalan kerana cuba mengelak sebuah lagi lori.

Akibatnya, kedua-dua mangsa terperangkap hampir setengah jam di bawah lori itu sebelum orang ramai membantu mengangkat lori itu, namun seorang daripadanya tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Foto


Menurut sumber, ketika kejadian kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Georgetown dan dipercayai mahu pulang ke rumah mereka di Balik Pulau, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/21

REDS MAKIN HAMPIR

Posted: 20 Apr 2014 01:12 PM PDT

Liverpool mengukuhkan kedudukan dalam pemburuan kejuaraan liga pertama sejak 1990 selepas menumpaskan Norwich City, 3-2 bagi melebar kelebihan lima mata di puncak Liga Perdana malam tadi.

Dua gol awal menerusi Raheem Sterling dan Luis Suarez meletakkan pelawat dalam keadaan selesa di Carrow Road sebelum Gary Hooper merapatkan jurang pada minit ke-54 untuk Norwich yang kini menduduki tangga keempat tercorot.

Sterling meletakkan Liverpool dalam kedudukan selamat beberapa minit selepas itu.

Bagaimanapun jaringan lewat Robert Snodgrass menerusi tandukan menyebabkan Reds menamatkan saingan 10 minit terakhir dengan cukup mendebarkan.

Foto


Ia kemenangan liga ke-11 berturut-turut untuk mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan namun skuad kendalian Brendan Rodgers itu kini mengimpikan hadiah lebih bermakna.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/21

Alyah KAYA fesyen

Posted: 20 Apr 2014 01:09 PM PDT

Penyanyi Kisah Hati ini antara selebriti tanah air yang cukup arif soal penampilan. Ketika belum bertudung dulu, gayanya menjadi inspirasi dan ikutan ramai.

Kini, jika ada teman-teman menggayakan 'headband', skaf, turban atau pakaian berelemenkan 'studded', pasti dikaitkan dengan Alyah.

Walaupun kini sudah bertudung, gaya penyanyi dilahirkan dengan nama Noor Hasliah Abu Hassan, 32, ini masih unggul dengan kepelbagaian fesyen tudung atau hijab yang ditampilkannya.

Minat mendalam terhadap fesyen turut mendorong Alyah untuk tampil dengan jenama fesyen sendiri iaitu Gayalyah.

Foto


Hampir tiga tahun mengusahakan perniagaan yang sebelum ini lebih tertumpu pada rekaan turban saja, tahun ini Alyah punya rencana besar untuk mengembangkan lagi perniagaan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/20